Tuesday, December 24, 2013

~Di Hari Ulangtahun Perkahwinan~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...Sudah masuk hari selasa.  Lebih kurang lagi seminggu kita akan melangkah ke tahun baru.  Maknanya umur pun semakin meningkat.  Sejak dah memasuki ke angka 30an tidak lagi teruja tentang umur.  Sudah semakin tua.  Masih banyak lagi amalan yang belum dapat dilaksanakan.  Okey, nak cerita kisah di hari ulangtahun perkahwinan aku bersama yang tercinta ahad lepas.  

Alhamdulillah, ahad lepas bersamaan 22 Disember 2013 usia perkahwinan aku dan suami sudah genap tujuh tahun.  Tujuh tahun melayar bahtera bersamanya dan kami sudah dikurniakan sepasang cahaya mata.  Susah senang melalui perkahwinan yang masih lagi di peringkat awalan.  Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari.  Sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.  Cewahhh...kang ada pula yang nyanyi lagu P. Ramlee ni.

Harapan dalam sebuah perkahwinan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah.  Siapa yang tidak mengimpikan keluarga yang bahagia kan?Untuk hari itu hanya sambutan kecil kami empat beranak sahaja di rumah.  Cukuplah itu untuk kami lebih menghargai antara satu sama lain.  Sebelum tengok gambar-gambar yang ada dalam entri ini, nak menjawab pada persoalan kenalan blogger Kyla Pearlisha, masuk kat A Famosa tu dalam RM70.  Ada rate untuk hari biasa dan weekend. :D

Mengimbas kembali kisah tujuh tahun lepas.  Gambar tengah yang bawah itu adalah hadiah buat hubby dan juga dari hubby untuk aku.  Sudah sekian lama aku tak membelikan asben hadiah.  Ulangtahun kali ini aku belikan juga.  Hadiah wallet dan tali pinggang.  Murah je pun.  Kalau beli mahal-mahal nanti aku minta duit kat asben.  Kikiki..

Datang rajin hari tu, aku baking sebiji kek.  Asben suka makan devil's food chocolate cake.  Setelah lama tak membakar kek inilah hasilnya.  Simple deko daripada aku.

Kek yang sudah dipotong.  Separuh bagi kat jiran sebelah rumah.

Ini untuk aku makan.

Kemudian aku masaklah untuk makan tengahari.  Asben nak makan ikan pari masak asam pedas.

Goreng sayur sikit.

Dan ini adalah sampingannya.  Pembuka selera.  Kalau ada sambal belacan lagi sedap tapi dek kerana malas nak menumbuk tidakler terbuat.  Itu sahaja kisah ahad lepas untuk aku, suami dan anak-anak.  Malam tu baru keluar ke aeon beli barang.  Anak-anak aku letak kat rumah mak.  Mula-mula dia orang nak ikut memandang atok dah hidangkan mereka anggur, mereka lebih rela menghadap anggur daripada ikut papa dan mama.  Dapatlah dating kejap kan.

Itulah kisah di hari ulangtahun aku dan suami.  Nanti sambung cerita lain pula ye.  Sekian..Wassalam..

Love,
Fyda Adim

Publish!






                                                                                                          

2 comments:

Unknown said...

wahhh thanks kak.Cm da mahal je skng.heheh pape pon selamat ulang tahun perkahwinan ye. Smga dpnjngkn jodoh ke akhir hayat.AMIN

adianiez AIDA said...

happy 7th anniversary fida & apen....