Wednesday, December 11, 2013

~Entri 111213~

Assalamualaikum...

Selamat pagi rabu buat semua pembaca di blog picisan aku ini.  Cantik tarikh hari ini.  Takkan dapat jumpa lagi ini lagi akan datang.  Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.  Semoga hari-hari akan datang dapat memberikan ketenangan pada diri ini.  Itu yang sering diharap-harap.  Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.  Kadang masalah datang tanpa diduga akibat kelalaian kita sebagai manusia.

Pagi ini aku keluar ke kerja seperti biasa.  Asben menghantar nana ke tuisyen.  Nanti aku ceritakan aktiviti nana semasa cuti sekolah ini.  Dah lama kisah anak-anak aku tidak dikongsikan di sini.  Asyik entri bercuti dan entri berperasaan.  Sesekali kena jugak berperasaan baru ambil mood untuk menulis.  Hehehe...

Ini gambar kiriman asben pagi tadi di whatsapp.  Mereka berdua bersarapan pagi bersama.  Berdating ye.  Mama jeles!Sarapan pagi tanpa mama dan ammar.  Tak pe, petang nanti kita jalan-jalan ye.  Okeylah, mahu menyambung kerja-kerja yang tak habis-habis ni.  Bersambung lagi di lain entri..Sekian..

Wassalam...






                                                                                                          

No comments: