Pages

Wednesday, December 31, 2014

~Entri Penutup Untuk Tahun 2014~

Teks : Fyda Adim
Foto : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan bersama orang tersayang. Ini adalah entri penutup untuk tahun 2014 dan disimpulkan sebagai entri terakhir. Andai sepanjang aku berblog ini ada menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf. 

Tahun 2014 ini banyak meninggalkan kedukaan daripada kegembiraan. Bermula dengan tragedi MH370 pada Mac, kemudian pada waktu sahur negara dikejutkan pula dengan tragedi MH17 yang menyayat hati. Walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat namun kesedihan itu turut dirasakan. Kemudian penutup tahun negara sekali lagi dilanda musibah. Banjir yang melanda pantai timur amat menyedihkan. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Bagaimana negara dilanda dugaan dan musibah, aku juga tidak lari daripada diduga. Diuji tentang perkara yang amat berat untuk diri kerdil ini memikul. Namun alhamdulillah, segalanya sudah terungkai. Aku ditunjukkan jalan untuk meleraikan segalanya. Allah menguji setakat kemampuan kita. Aku belajar sesuatu daripada ujian itu. 

Hanya kekuatan, semangat dan doa yang sering dipanjatkan supaya kesedihan itu tidak berlarutan. Biarkan ia berlalu pergi. Jangan toleh ke belakang andai bisa menyakitkan. Barang yang lepas usah dikenang, yang di depan mata sentiasalah dalam ingatan. :D

Antara kenangan manis sepanjang aku menjadi blogger apabila diberi peluang untuk melawat Kilang Mamee dan kemudian menulis satu entri tentang lawatan tersebut di blog. Satu entri dibayar RM150. Rezeki berblogging. Sekian penutup entri tahun 2014 dan berjumpa di entri baru tahun baru 2015.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

~Kenangan Bersama Myra Mokhtar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Empat tahun bersama dan tahun ini adalah tahun terakhir dia bekerja satu bumbung denganku. Kalau tahun lepas kami dikhabarkan tentang penamatan kontraknya tetapi kesedihan itu terubat apabila Myra Mokhtar ditawarkan penyambungan kerjanya semula.

Dengarnya untuk tahun 2015, tiada penyambungan untuk jawatannya. Pasrahlah. Tiada lagi teman bergelak tawa dan bercerita. Tinggal lah aku dengan Kak Nisah sahaja teman untuk berbicara. Harus bersyukur kerana masih punya teman baik.

Isnin lepas hari akhir buat Myra Mokhtar. Sempatlah kami berdua membuat misi-misi yang tergendala. Dapat juga bersedondon hari akhir tempoh hari. Lepas ni tak ada teman nak bercerita tentang drama-drama kegemaran dan lakon semula. Berhubung melalui telefon lain sekali rasanya. Tidak sama perasaannya dengan bertentang mata. Hah jiwang sekali! Hahaha...


Aku duduk sebab bila aku berdiri dia nampak rendah sedikit daripadaku. Maknanya aku tinggi sikitlah kan. Hehehe...Sentap cik kak tu nanti.


Hah kalau nak bergambar berdiri kena sipi-sipi begini.


Tengahari tu sempat terjah Restoran PH. Nak guna kupon yang ada.


Gaya kami memang 'peace' aje. Tak ada ke pose yang menarik selain ini?


Cuba juga tersenyum hari itu walaupun hati masing-masing dirundung kesedihan. Berpisah bukan bermaksud putus kawan. Kita masih boleh berhubung kerana kita masih lagi menjadi sahabat! Kenangan bersama tidak akan dilupakan sepanjang empat tahun bersama. 

Paling manis saat ke audition dan waktu kita berhempas pulas menulis. Rindu cerita Irsyad dan Hareth. Amira dan Insyirah. Semuanya telah berlalu. Jangan dilupakan kenangan itu. Semoga kita berjaya dengan impian masing-masing. Kau tahu impian akak dan akak tahu impian kau. InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                         

~Program Kami Selepas Orientasi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Entri ini kesinambungan daripada entri INI. Berlaku pada hari yang sama. Selesai urusan orientasi di sekolah, kami singgah rumah mak. Adriana salin baju jalan. Cadangnya mahu ke kolam renang MBMB. Tempoh hari masa cuti krimas tak dapat pergi sebab kolam renang tu tutup.

Dalam perjalanan, aku cakap dengan asben perut sudah berkeroncong. Fikir-fikir mana nak makan, sudahnya asben buka mulut ajak makan mee rebus dan cendol. Wallaaaaaa...Cendol uolls.

Warung dekat Kampung Jawa.

Aku makan mee rebus dan cendol.

Bersungguhlah dua beranak ni.

Seperti biasa adriana kalau disuruh bergambar memang sporting habis. Tak macam yang dua beranak kat atas tu.

Berialah aku tu pose. Kekononlah gaya mahu makan.

Lepas makan, pergi ke studio gambar untuk amik gambar passport Ammar.

Akhir sekali barulah ke kolam renang MBMB di Banda Hilir. Seronok budak berdua ni. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Kolam budak-budak nun di sana.

Ini kolam untuk orang dewasa. Aku tak berenang pun. Hanya duduk di tepi kolam menjaga beg dan menjaga diri. Hahaha..Sambil tu memantau anak-anak. Lagi sekali pergi rasa macam nak terjun sekali dalam kolam. Itu sahaja ceritanya. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                          


Tuesday, December 30, 2014

~Jalan-Jalan Di Banda Hilir~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Sempena cuti umum menyambut perayaan krismas, kami anak beranak keluar berjalan. Tak jauh mana pun. Masih lagi berjalan di dalam negeri. Awalnya aku dan suami bercadang nak bawa anak-anak berenang di Kolam MBMB di Banda Hilir. 

Rupanya tutup pula pada hari cuti umum. Jadi terpaksa ditukarkan program pada hari itu. Akhirnya kami berjalan-jalan di sekitar Banda Hilir sahaja.

Naik di atas Dataran Pahlawan. Ada sekelompok manusia di sini yang sedang bersantai-santai.

Adriana sempat berposing atas padang.

Kemudian meneruskan perjalanan ke kawasan bersejarah. Bangunan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan.

Kota A'Famosa

Gaya 'peace' daripada dua beradik ni.

Sedang melihat tempat-tempat menarik, mata terarah ke pelakon ni. Sedang bershooting. Pelakon drama Zahira yang memegang watak Zahira.

Bergambar berdua. PhotoG aku pada hari itu adalah anak daraku.

Kereta lembu dari Melaka. Di bawa oleh nana dan ammar. Hehehe...

Bergambar tiga beranak. Lain kali mahu bawa anak-anak merasa naik beca pulak.

Selfie. Bukang senang mahu berselfie dan meletakkan gambar sendiri. Sesekali aje. Jangan over. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                          


Monday, December 29, 2014

~Hari Orientasi Murid Tahun Satu SJKC Keh Seng~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam pagi isnin. Hari baru dan lagi dua hari sahaja lagi tahun 2014 akan melabuhkan tirai. Semoga penutup tahun ini baik-baik sahaja. Mudah-mudahan. Bagi mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur agar keadaan beransur pulih. Sama-sama kita berdoa.

Sabtu lepas bersamaan 27 Disember 2014, anak sulung aku Adriana menghadiri hari orientasi murid tahun satu. Iye, anak aku sudah mahu melangkah ke alam persekolahan rendah. Sila terima hakikat. Bila anak-anak makin membesar, diri terasa makin tua.

Sesi orientasi bermula jam 9.00 pagi. Aku bangun 6.30 pagi untuk bersiap. Mandi dan solat kemudian terus ke dapur siapkan sarapan. Bersarapan di rumah sahaja. Lebih jimat. Memandangkan jarak rumah dan sekolah tidaklah jauh, jam 8.30 pagi kami gerak dari rumah.

Sampai di perkarangan sekolah, tempat parkir sudah penuh. Aku turun dulu dengan nana menuju ke dewan sementara asben dan ammar mencari parkir.


Sampai sahaja di dewan, aku disuruh lihat senarai nama yang dilekatkan di board tepi dewan. Tak jelas pula gambar ni. Gambar ni guna hp aku memang selalu cenggini. Tak apalah. Nama nana di Kelas 1L.


Suasana di dalam dewan.


Cari Kelas 1L.




Ini adalah urusan untuk kelas 1L.

 Ada empat kelas semuanya.

Mamat ni boring je. Merengek nak minum susu.

 Kemudian nana disuruh duduk di sini yang menempatkan murid-murid kelas 1L.

 Cool aje anak mama.

Kemudian cikgu-cikgu membawa mereka melihat kawasan sekolah dan kemudian melihat kelas. Aku pula hanya duduk di dalam dewan. Bayar yuran, serahkan borang maklumat pelajar dan ambil buku teks. Semuanya sudah selesai. Ada dua buah buku sahaja yang belum dibeli. Buka sekolah nanti baru beli. Itu sahaja ceritanya dan hanya menunggu sesi persekolahan 2015 dibuka. Maknya tak sabar sudah!

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

Sunday, December 28, 2014

~Jika Ke Melaka Boleh Sewa R&K Homestay Melaka~

Teks : Fyda Adi
Foto : Whatsapp Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Bersambung lagi entri kedua memandangkan malam tadi aku pulun habis mengarang beberapa entri yang tertangguh. Kalau simpan sahaja gambar-gambar yang ada memang tidak akan tercatatlah dalam blog ini. 

Entri kali ini mahu mempromosikan homestay seorang kawan tempat kerja. Tolong promosikan homestay miliknya. Dah lama dia minta tolong untuk promosikan homestay miliknya dan hari ini barulah aku berkesempatan mahu menaip entri ini. Maaflah sangat-sangat.

Tidak ambil sebarang komisen atau bayaran ye. Sekadar membantu mana yang patut. Baiklah, jika sesiapa yang Melaka, kalau tidak tahu mana mahu duduk bolehlah sewa homestay ini yang dinamakan R&K Homestay.


Boleh hubungi pada nombor telefon yang tertera.

Di bawah ini aku letakkan beberapa keping gambar keadaan di dalam homestay tersebut.
















Jadi pada sesiapa yang mahu mencari tempat untuk duduk jika melancong ke Melaka bolehlah duduk di R&K Homestay Melaka. Segala pertanyaan tentang bayaran bolehlah hubungi pada nombor telefon berkenaan. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,