Friday, February 21, 2014

~Selamat Hari Lahir Buat Ammar Qayyum!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam jumaat buat semua.  Kita sudah pun sampai di penghulu hari.  Bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini bersama orang tersayang.  Hargailah orang yang kita sayang sementara masih diberi peluang.  Jangan menyesal di kemudian hari.

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran anakanda yang kedua iaitu Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Affendy.  Jam 2.30 petang nanti genap umurnya tiga tahun.  Masih lagi teringat dan terbayang-bayang saat-saat di dalam kamar bersalin Hospital Melaka bertarung nyawa mahu melahirkan Ammar.  Dalam fikiran cuma terlintas satu perkara je.  Boleh ke aku meneran memandangkan bersalinkan Adriana gunakan kaedah vakuum.  Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku.

Ammar sudah keletah bercakap walaupun masih dalam pelat-pelatnya.  Selalu kat rumah yang jadi jurubahasanya adalah kakaknya.  Dia je yang faham apa adik cakap.  Kadang mama sendiri tak faham.  Papa jauh sekali nak fahamnya.  Hehehe...Usai bangun tadi, Adriana kata hari ini hari jadi adik.  Yang adik masih lena diulit mimpi.

Ammar, kadang buat aku cair bila nak marah dia.  Baru nak marah dia dah pujuk kita dulu.  Tak jadi marah.  Kakak selalu kata mama lebihkan adik.  Sayangkan adik.  Mama sayang dua-dua.  Mana boleh pilih kasih.  Perasaan anak sulung memang cam tu kut.  Aku pun sulung.  Hehehe...

Apa-apa pun buat Ammar...

Mama, papa dan kakak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ammar! Semoga ammar menjadi anak yang soleh, mendengar kata, menghormati orang tua dan apa yang baik buat ammar. Semoga sentiasa dilembutkan hati, diterangkan hati dan dapat menjadi seorang yang berjaya kelak.  Mama berangan nak Ammar jadi Pilot! Tapi itu angan-angan mama sahaja.  

Marilah tengok gambar Ammar yang agak selebet yang aku sempat ambil malam tadi.  Susah benar nak suruh dia bergambar.  Ini sahaja yang dapat diabadikan di sini buat tatapan aku dan mungkin buat tatapan anak-anak nanti.






Tahun ini sambut biasa-biasa je.  Mungkin petang makan anak beranak je.  Tahun ini mahu menjadi lebih bersederhana.  Kek pun beli kek comel je.  Hehehe...Itu sahaja cerita mengenai anak teruna aku yang sorang ni.  Bersambung lagi dengan cerita yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

nur-afiz said...

selamat hari lahir ammar.. semoga menjadi anak yg soleh dan menjadi anak kebanggaan mama n papa.... sekejap saja dah 3 tahun....