Monday, April 7, 2014

~Hari Terakhir Di Kuala Lumpur~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Tengahari ni tak ke mana.  Makan? Mira Mokhtar keluar jadi kirim pada dia sahaja.  Jadi berehat-rehat di office untuk satu jam ini.  Bersambung lagi mengenai percutian singkat ke Kuala Lumpur tempohari.

Ini cerita untuk hari terakhir di sana.  Hari tu bercadang mahu nak tren lagi atas permintaan si anak teruna.  Menyanyi nak naik keretapi.  Jadi kami naik lagi tren.  Tinggalkan kereta di hotel dan kami keliling Kuala Lumpur.  Mari aku ceritakan mengikut gambar yang ada.


Pagi tu awal lagi bersiap.  Kemudian turun sarapan.  Tengoklah gaya dua beradik ni.  Ammar dengan selipar lagi.  Tak perasan!


Nana makan mee sup.


Selesai makan naik bilik berkemas sambil bersiap.


Tengok ada barang tertinggal tak?


Sementara tunggu mama berkemas, Ammar layan susu dulu.  Bergolek atas katil dulu.


Sudah siap.  Mama papa bergambar.  PhotoG adalah nana.

 
Bergambar bertiga.  Nana photoGnya.


Suka benar budak berdua ni tengok luar.  


Permandangan dari atas sekali lagi.


Masa untuk checkout.





Apa yang nana tengok dalam kolam kecil itu?


Kemudian kami ke Jalan Tar.  Aku dapatlah memborong tudung harga RM5.  Macam-macam warna aku beli.  Tudung aku murah je.


Dari Jalan Tar kami menaiki tren ke KLCC.  Gambar dalam tren tak sempat diambil kerana orang ramai hari tu.  Bersesak-sesak.  Singgah rehat dekat sini jap.  


Nana yang ceria walaupun merungut penat.


Selepas membasahkan tekak, kami ke Petrosains.

 Nana je yang bergambar.


Ini kadar bayaran untuk masuk ke Petrosains.


Budak berdua ni dah tak boleh bersabar.  


Ramai orang.  Kena tunggu giliran.


Nak naik benda alah ni.


Ini slaah satu gmabar yang aku ambil guna ipad.  Gambar lain dalam kamera.  Sekarang malas nak guna kamera bagai.  Laki aku yang gigih memikul.


Selepas di KLCC kami naik tren balik ke hotel untuk ambil kereta.  Masa untuk balik Melaka! Rindu rumah, rindu tilam yang tak berapa nak empuk.  Sebelum balik singgah makan dulu di sini.


Makan nasi lemak Kg. Baru.  Sedap!  Itu sahaja rentetan kisah tiga hari dua malam di Kuala Lumpur.  Anak-anak seronok, papa mama senang hati.  Bersambung lagi dengan kisah lain.  Oh iye, malam ni ada makan-makan di ikan bakar.  Office aku buat.  Mungkin cerita seterusnya menyusul mengenai itu.  Sekian..

Wassalam..

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

1 comment:

Jue @ atanayuiman said...

org kl pun tak pernah gi makan nasi lemak kg baru tu... hehe