Monday, May 5, 2014

~Ke Pesta Buku Antarabangsa KL~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat hari isnin dan selamat memulakan kerja.  Semoga permulaan hari ini baik-baik sahaja.  Jangan ada yang meragut permulaan hari ini dengan benda yang menyakitkan mahupun yang mengecewakan.

Okeylah, entri hari ini aku mahu berceritakan mengenai Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung lebih kurang sepuluh hari di PWTC. Bermula 24 April hingga 4 Mei 2014 dan semalam telah melabuhkan tirainya.  Tahun ini aku sempat menjejakkan kaki ke PWTC.  Aku ke sana pada hari ketiga ianya berlangsung iaitu sabtu lepas.  Dapat juga aku merealisasikan impian mahu ke sana.  Tahun sudah aku tak berkesempatan.  Tujuan utamanya aku mahu memborong novel, tujuan kedua kononnya mahu berjumpa dengan penulis Kabus Rindu aka sifu aku namun hasrat itu tidak kesampaian.  Kebetulan bateri telefon bimbit kehabisan jadi tak dapatlah mahu menghubungi penulis tersebut.  Kecewa sungguh! Hari ahad boleh pula penulis Kabus Rindu mesej aku kata dia di booth online bookstore, aku cari semalamnya di booth lain.  Huh! Memang belum sampai rezeki mahu bertemu.

Sebenarnya bertolak dari Melaka selepas zohor.  Kemudian letak kereta di KTM Seremban.  Naiklah tren kami empat beranak ke Bandar Tasik Selatan.  Kemudian dari BTS naik tren ke PWTC.  Senang sikit.  Tak payah mengadap kesesakan lalulintas.

Tiket tren di Seremban.

Ini sudah turun di PWTC.

Di PWTC ini sahaja yang dapat diambil.  Terlampau teruja menengok buku yang ada diskaun.

Apak dan anak-anak yang melayan omak mencari novel.  Duduk jap kepenatan.

Ini dalam perjalanan pulang setelah bersesak-sesak di PWTC.

Oleh sebab tren ke Seremban makin kosong dua beradik ini suka hati ke sana ke mari.

Balik singgah di Seremban dan makan di sini.

Sementara menunggu makanan, nana ajak main yang telur pecah sebiji.  Papa yang dipaksanya.

Inilah nama kedai yang kita orang singgah.

Amboi Ammar bukan main kalau nampak air.

Nasi goreng tomyam untuk aku.  Papa makan murtabak.

Hasil membeli di Pesta Buku.  Buku adriana dan buku untuk aku.  Ada yang kengkawan kirim juga.  Itu pun macam tak puas je membeli.  Ada novel yang aku nak beli lagi tapi tak terbeli.  Tak apalah nanti cari di kedai buku saja.  Itu sahaja cerita aku ke PBAKL bersama asben dan anak-anak.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

No comments: