Sunday, May 25, 2014

~Resepi Pavlova~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat petang semua.  Petang ini aku mahu kongsikan resepi pavlova atas permintaan seseorang daripada kenalan di FB.  Maka setelah beberapa hari aku tangguh untuk entri ini aku cuba mencuri sedikit masa untuk menitipkan resepi pavlova di sini.  Aku pun bukanlah arif sangat.  Selalu buat try and error saja.  Untuk pavlova ini sudah beberapa kali juga aku mencuba.  Alhamdulillah menjadi.  Asben dan anak-anak aku suka makan pavlova ini.  


Ini antara pavlova yang pernah aku buat.  Aku pernah buat pavlova yang besar tapi aku lebih suka buat mini pavlova.  Sekali ngap je masuk dalam mulut.  Habis ceritanya.  Hehehe...Okeylah, mari kita tengok resepinya.  Aku dah ubah sedikit daripada resepi yang aku dapat.

RESEPI PAVLOVA

Bahan-bahan :

150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor (aku guna hanya 3/4 gula kastor sebab tak nak manis sangat)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanila
Whipping cream
Buah-buahan seperti strawberi, kiwi, anggur (aku pernah guna buah campuran dalam tin)

Cara-cara membuatnya :

1) Pukul putih telur menggunakan hand moxer dengan kelajuan perlahan.  Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2) Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula kastor sudu demi sudu sambil terus memutar adunan tadi.  Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat.  Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat dan bertanduk.  Maknanya jadilah meringue.  Jika belum bertanduk putar dalam 2-3 minit lagi.

3) Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4) kalau nak tahu tanda meringue sudah menjadi bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.  Kalau kurang pasti cuba telangkupkan bekas korang.  Kalau takjatuh confirm sudah menjadi.  Cuba try test tengok...

5) Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka.  Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6) Kemudian masukkan adunan dalam piping beg dan bentukkan dalam paper cup.  Kalau tak nak buat kecil-kecil terus letak adunan dalam dulang.  Sebelum itu alaskan dulang dengan baking paper ya!

7)  Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.  Aku biasa panaskan dalam 10-15 minit terlebih dahulu.  Masukkan meringue dalam ketuhar.  Turunkan suhu dalam 120'C mengikut pada ketuhar masing-masing.  Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.  Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut di dalam.  Biarkan sejuk dan bolehlah diletakkan whipping cream dan buah-buahan di atasnya.  

Itu sahaja yang dapat dikongsikan.  Harap dapat membantu serba sedikit.  Selamat mencuba dan bolehlah dibuat untuk minum petang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

No comments: