Monday, June 9, 2014

~Cawan Mamee Hasil Kreativiti Sendiri~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^___^

Selamat pagi semua.  Salam pembuka bicara untuk hari isnin.  Biasalah bila hari isnin mungkin ada yang lemah ke kerja.  Maklumlah sudah beristirehat selama dua hari di rumah.  Jadi cuba hari ini jangan dihimpit isnin biru itu.  Boleh? Aku pun tidak mahu dibelenggu perasaan itu.  :D

Okeylah, ini saja sebagai entri permulaan sebelum entri sponsor itu dipublish di sini.  Akhirnya dapat juga aku menyiapkan tugasan itu.  Memang pening kepala mahu dikarang cerita itu.  Seperti biasalah aku gorenglah apa yang patut.

Jadi pagi ini, aku mahu kongsikan sedikit.  Sedikit saja.  Cawan Mamee di bawah ini adalah hasil kreativiti aku.  Hah! Tak ada kreatiflah.  Setakat mewarna aje.  Kalau bagi pada kanak-kanak memang dia orang suka.  Marilah tengok hasilnya.

Cantik tak?  Hasil menconteng ye bukan mewarna.

Kemudian tulis nama sendiri.

Nama blog ini aku tambah masa nak makan isinya.  Hehehe.  Kalau letak nama blog ada tak orang nak beli?

Selamat sudah masuk ke dalam perut.  Bahan-bahannya yang aku pilih hari tu. Memang sedaplah.  Tak percaya cuba beli nanti.  Itu sahaja entri pendek pagi ini.  Nanti bersambung lagi.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                        

2 comments:

Anonymous said...

wah2... menarik2

sueada said...

teringin pulak nak makan maggi bila tengok entry akak nie. :)