Monday, July 21, 2014

~Iftar Di Hotel Kings Green Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Salam 23 Ramadhan.  Kalau diikutkan pada kalendar, jika tidak ada apa aral isnin depan kita sudah beraya.  Terasa sekejap saja.  Dalam bergembira itu kita kenangkanlah orang yang sedang bersedih dan berdukacita.  Raya aku dan keluarga hanya bersederhana sahaja.

Okeylah, nak cerita kisah minggu lepas.  Khamis lepas bersamaan 19 Ramadhan, kami empat beranak berbuka puasa di Hotel Kings Green.  Ada jemputan daripada tempat kerja asben.  Aku melompat bintang.  Yelah tak payah masak.  Hahaha...Pemalas kan! Marilah tengok dua keping gambar yang sempat aku snap.  Hari tu ramai orang.  tak sempat nak bergambar sakan.  Makanan dia bolehlah tahan sedapnya.

Ini makanan aku.  Asben aku amik makanannya sendiri.  Ramai orang.  Padat! Tempat pun terhad.

Sempatlah amik gambar anak dara ni yang kebetulan duduk di sebelah aku.  Sekarang senang hati sikit sebab tengok dia berselera daripada sebelumnya.  Nanti aku ceritakan pasal apa ye.  Itu sahaja perkongsian utnuk entri pagi ini.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis,






                                                                                                          

No comments: