Tuesday, August 12, 2014

~Bila Sudah Beli Strepsils~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Sudah menjengah ke hari selasa. Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal dan hari ini adalah hari ke enambelas. Sekejap sahaja kan. Semoga Syawal ini meninggalkan kenangan yang terindah buat kita semua.

Beberapa hari lepas aku dilanda batuk. Sekian lama tidak batuk sekali kena memanglah teruk. Saat menaip entri ini pun tekak terasa gatal mengenyam. Huh! Suami belikan strepsils kelmarin. Beberapa malam tidak lena tidur akibat batuk. Sudahnya aku minum ubat batuk anak-anak aku. Lena hingga ke pagi. Tidur mati.

Hari ini ke kerja berlenggang tanpa beg bekalan. Baru mula berpuasa walaupun keadaan diri kurang sihat. In sya Allah mampu bertahan dengan niat. Harap mampu bertahan. Itu sahaja entri pagi ini. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

Anonymous said...

pnh jgk kne batuk teruk ms ngdg , doc x kasi makan strpsil sgt .. sibbaik kwn bg petua..

kapur makan cmpur ngn limau nipis.. sapu kt tekak tu .. wat tido .. insyallah ok