Tuesday, August 26, 2014

~Makan-Makan Syawal Di Teratakku~

Teks :  Fyda Adim
Foto : Kamera Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca...

Selamat pagi semua. Salam 30 Syawal. Hari ini adalah penghujung Syawal. Ada umur merasalah berhari raya tahun depan. Syawal tahu ini disambut ala kadar bagi aku dan juga keluarga. Tidak berlebih-lebihan dalam berbelanja. Cuma tahun ni aku banyak menghabiskan ke rumah. Itu sahajalah kisahnya.

Jadi pada 6 Syawal yang lalu, aku adalah panggil keluarga sebelah aku dan asben datang ke rumah. Aku masak-masak sikit untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Menunya cuma yang ringkas kerana kebetulan hari itu ada juga rumah terbuka. Aku adakan makan-makan tu selepas maghrib. Mari tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil.


Blueberry cheesetart .

 Bahan-bahan untuk dimakan bersama soto.


Aku tambah menu sikit iaitu mee goreng.

 Ada yang makan dengan ketupat dan ada yang makan dengan bihun. Ikut selera masing-masing.


Kebetulan kawan pejabat datang. Dua keluarga.

Ini sebahagian daripada keluarga Along. Abang kepada asben (berbaju ungu).

Kanak-kanak bermain riang di luar rumah.

Adriana dan ammar. Oh nomnom abaikan si ammar pakai baju ada tulisan girl. Baju turun-temurun. Hentam sajalah labu...

Nana dan Nayli, si anak buahku yang celoteh dan kuat makan.

Ini family sebelah asben.

Ini keluarga pak busu (pakcik asben).

Melayan mereka sedang menjamu selera.

Kanak-kanak kemudian bermain bunga api di belakang rumah. Seronok bila sesekali riu rendah rumah dibuatnya. Kemudian nak mengemas memang letih. Walaupun letih seronok tak menjadi hal. Letih pun hilang. Itulah sahaja perkongsian Syawal aku untuk pagi ini. Apa yang terkurang datangnya daripada diriku sendiri. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

2 comments:

Anonymous said...

wahh meriah nyeeeeeeeeeeeeeeee..

kelakor tgk pakcik huby tu , leh jd model blubery tart

Nana said...

Sedapnya bleuberry cheese tart. T_T
Raya tahun tak jumpa lagi dengan tart tu.