Pages

Friday, October 31, 2014

~Oktober Melabuh Tirai~

Teks : Fyda Adim
Foto : Blog Mira Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.



Selamat malam semua. Baru sempat mahu mencoret sesuatu di sini untuk penutup oktober. Esok sudah melangkah ke bulan November. Pejam celik kita sudah berada ke penghujung tahun.

Semoga dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh rasa ketenangan. Masih ada impian yang belum terlaksana. Banyak! Perlu disiplin untuk mencapai matlamat 2015. Fokus itu penting!

Sekian dulu coretan malam ini. Wassalam.

Aku penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Thursday, October 30, 2014

~Kesilapan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Kesilapan...Selagi kita bergelar sebagai manusia di muka bumi ini, makanya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau tidak melakukan kesilapan bukan manusialah namanya. Aku juga begitu. Barangkali orang yang banyak melakukan kesilapan.

Kesilapan yang telah dilakukan harus diperbaiki saat kita sedar yang kita sudah banyak silapnya. Silap besar jika kita gagal belajar daripada kesilapan tersebut. Jangan sekadar menyesali akan kesilapan itu namun kita harus perbaiki agar tidak mengulangnya lagi, lagi dan lagi.

Manusia mudah alpa. Adakalanya terleka. Terlalu taksub dengan hal dunia hingga tanpa sedar tentang kesilapan yang sedang dilakukan. Nauzubillah. Kesilapan mengajar kita menjadi manusia yang sebenarnya. Orang yang dapat belajar daripada kesilapannya adalah sangat beruntung. Jika benar dia menyesali akan perbuatannya, dia sebenarnya telah belajar sesuatu yang sangat berharga untuk dirinya. Orang yang pernah melakukan kesilapan mungkin akan menjadi lebih baik daripada kita. Siapa tahu bukan?

Hanya jangan diulangi lagi kesilapan itu. Belajar dan perbaiki segala kelemahan demi meneruskan kehidupan harian. Adakalanya kesilapan itu memberikan tekanan pada diri kita sendiri. Namun berusahalah untuk berubah. Berubah demi kebaikan. Sentiasa berdoa agar tidak mengulanginya. Jadikan kesilapan itu sebagai muhasabah diri. Pasti ada ganjarannya. Bagaimana pula kemaafan daripada kesilapan itu? Berikan peluang. Sejauh mana penyesalan itu, hanya diri kita sendiri yang mengetahui. Jika boleh diundur masa, pasti kita tidak melakukannya! Semoga dijadikan peringatan buat diri yang kerdil ini dan buat kita semua.

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Wednesday, October 29, 2014

~Mesyuarat Kakitangan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah

Selamat petang semua. Jumaat lepas aku melibatkan diri dalam mesyuarat kakitangan untuk JKMN. Aku ni memang tak suka kalau ada mesyuarat. Dengan lemah longlai melangkah juga masuk ke dalam bilik mesyuarat. Tak suka! Sebab masuk mesyuarat nak dengar ketidakpuasan manusia yang tidak pernah ada penghujungnya.

Hentam sana hentam sini. Lumrah. Tapi nasiblah hari itu tenang sedikit mesyuarat petang tu. Pengarah berucap pun dah cukup panjang. Jasad sahaja dalam bilik mesyuarat tu namun hati entah ke mana. Dalam pada tak ada hati, sempat juga aku snap beberapa keping gambar daripada handphone yang kurang canggih.

Suasana di dalam bilik mesyuarat. Pensel siapa itu?

Minit mesyuarat yang diedarkan.

Inilah gerangan empunya pensel tadi. Tekun na.

Ini di sebelah tempat duduk lelaki.

Ini sebelah perempuan. Itu sahaja kisah untuk jumaat lepas. Tak ada apa yang menarik. Sekadar bercerita untuk dijadikan tatapan buat diri sendiri pada masa akan datang. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

~Salam Maal Hijrah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Blog Mira Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam 5 Muharam 1436H. Empat hari menyepi dari dunia blogger. Blogger lah sangat kan. Kekangan masa, kebuntuan, kekosongan. Macam-macam yang menghantui diri. Bila semangat mahu menulis ada, tiba masanya boleh blur. Kosong. Sudahnya tinggalkan saje blog ini begitu tanpa entri terbaru.

Sebelum terlambat, aku mengambil kesempatan mahu mengucapkan Salam Maal Hijrah buat pembaca di blog ini yang secara langsung mahupun tidak. Moga dengan melangkahnya ke tahun baru ini dengan semangat yang baru di dalam diri. Tinggalkan apa jua perkara pahit yang boleh dijadikan pengalaman hidup dan iktibar.

Semoga tahun 1435H yang pergi akan menjadi pengalaman kehidupan indah pada kita semua. Biarlah yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan pengalaman dan iktibar.  Semoga tahun baru ini kita akan dapat memperbaiki diri kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Friday, October 24, 2014

~Malam Deepavali~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Baru sempat nak menulis di blog ini. Semalam, masa sangat mencemburi aku. Niat di hati nak menulis blog tapi bila sign in, tak tahu nak tulis apa. Rehat hari ini pergi berjimba-jimba dengan Mira Mokhtar. Mencari ilham, berborak yang tak habis-habis, memikirkan projek kita orang. Huh. InsyaAllah ada rezeki, adalah.

Balik opis ni datang rajin nak update. Mohlah cerita serba sedikit kisah aku empat beranak pada malam hari raya Deepavali. Kita orang pergi Aeon Bandaraya pada mulanya sebab asben ada nak cari barang.

Sementara tunggu papa marilah kita bergambar.

Kakak suka bergambar, tang adik bukan main seksa.

Ammar dah hilang ke mana.

Kemudian malam tu, sudah alang-alang keluar pergi makan KFC guna kupon ni.

Inilah set makan kita orang malam tu.

Beria-ia anak aku makan. Agak lama juga tak bawa dia orang makan KFC.

Tengok ammar makan ayam upin. Dia memang gemar bahagian drumstick. Katanya ayam upin. Penangan kartun sungguh budak kecik ni. Itu sahaja kisah kami malam itu. Entri agak pendek dan tidak meleret sebab nak kejar ke mesyuarat kakitangan petang ni. Boring! Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Thursday, October 23, 2014

~Bersantai Di Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google & Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Hari ini betul-betul sibuk sejak dari pagi usai Subuh hingga ke malam. Tak ke mana pun cuti Deepavali ni. Hanya bersantai-santai di rumah. Tak santai pun sebenarnya. Buat kerja rumah. Kalau dapat bersantai, bergolek-golek sambil menonton televisyen. Bahagianya dunia.

Memang tak dapatlah detik-detik itu. Kalau bergolek maka tak berasaplah dapur. Jadinya memang banyak kerja satu hari ini. Ini pun taip entri ni guna hp sambil berbaring.


Sarapan pagi nasi goreng sardin dan keow teow goreng kerang. Masak banyak jadi bawak makan ke tengahari.


Selesai di dapur, bersihkan habuk-habuk. Sekian lama tak bersihkan.


Kemudian, selesai membuang habuk, aku menyapu. Satu rumah. Dari dapur hingga ke ruang tamu.


Bila dah habis menyapu, maka mengemop pula.


Projek di petang hari. Chistart. Nak buat crust shell nya dulu.


Kemudian, tiba-tiba terajin nak meroti. Pertama kali buat roti. Selalu beli je kan. Bila google nampak ramai orang buat roti sendiri. Jadi hati membuak-buak mahu mencuba.


Ini roti loyang kedua. Buat dua loyang sebab tak puas hati dengan roti loyang pertama. Mula-mula tu rotinya tak gebu. Kali kedua baru lembut sedikit. Kena cuba lagi.


Kemudian untuk makan malam, aku masak nasi minyak, ayam masak merah dan acar timun.


Sepanjang aku kat dapur, budak ni tak habis membongkar. Dah tidur pun kat sebelah aku ni. Keletihan.

Itu sahaja entri untuk hari ini. Pelbagai kerjaan bila duduk di rumah. Takkan pernah habis. Okeylah, itu sahaja entri tengahmalam daripadaku. Akhir kata, happy deepavali untuk kawan-kawan India. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 21, 2014

~Tutup Cerita Lama, Buka Lembaran Baru~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Sekejap sahaja sudah selasa. Esok masyarakat India akan merayakan Deepavali. Hari ini tidak ada entri sejak pagi. Baru ada mood dan masa untuk menulis. Petang ni hujan membasahi bumi Melaka. Sejuk rasanya.

Lagi dua bulan sahaja lagi kita akan melabuhkan tirai 2014. Mungkin ada yang masih menyimpan kisah lama yang menyakitkan hati dan perasaan kalian. Jangan merosakkan diri sendiri. Jangan habiskan masa dengan sakit hati memanjang. Teringat pesanan seseorang padaku.

Kesimpulannya, isikan hari-hari dengan perkara-perkara yang manis. Hidup ini bukannya lama mana. Jadi tinggalkan cerita lama dan buka lembaran baru agar hidup kita menjadi lebih indah. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Monday, October 20, 2014

~Menikmati Asam Pedas Pasar Borong~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Sudah makan malam ke? Entri ini bukan untuk malam ini. Malam ni kita orang makan kat rumah saja. Misi berjimat perlu diterapkan dalam diri kami. Sesekali bolehlah. Minggu lepas hari khamis memandangkan nak bermalam di rumah mak, jadinya kita orang makan di luar sahaja.

Sebab esoknya, jumaat asben ke Putrajaya. Jadi kira sambut besday asben in advance. Makan kat asam pedas aje. Tempat yang termampu untuk aku yang bekerja sebagai kakak kerani. Siang tu sudah diberi kejutan. Cukuplah kan.

Ini untuk aku. Dah separuh jalan makan baru teringat nak snap. Penyakit pun penyakitlah. Hehehe...

 Gegar pulak gambar si arjuna ni. Pandai posing bila suruh bergambar. Peace yo!

Dan ini posing wajib untuk ammar. Mana belajar pun tak tahu. Roti canai tu dia punya. Otak-otak pun sebakul boleh dihabiskan. Ammar dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.

Inilah suasana kedai makan tu. Sesiapa yang berkunjung ke Melaka bolehlah mencubanya. Sedap hingga menjilat jari. Kalau masa tu perut tengah berkeronconglah. :D Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

~Maaf Jika Aku Tak Sempurna~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Lagi setengah jam mahu pulang. Waktu pulang adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Betul ke bohong? Petang ini mahu cepat sampai ke rumah kerana Abang Luqman dan Melina. Siapa yang mengikuti drama bersiri ini? Sila angkat tangan.

Aku lepas yang Luq dan Melina sudah mula jatuh cinta memang tak pernah tinggal. Konon nak fefeeling sekali. Memang sweet kut. Ahaks. Aku memang peminat F.A, jadi haruslah tengok kan. Pitam.

Drama ni adalah drama adaptasi daripada novel. Penulisnya Acik Lana. Aku tak pernah beli novelnya. Tebal. Tak larat nak baca. Setakat yang nipis ni berkurun nak habis. Tapi membeli novel tak pernah lagi tinggal. Ada yang best mesti beli lepas tu peram. Ahaks...Itu sahaja entri untuk petang ni. Tak ada modal nak bercerita sebenarnya. Wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

~Bila Mak Tak Pandai Bersolek~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Entri ini adalah auto post. Jumaat lepas anak aku, nana ada masuk tarian sempena sambutan Hari Kanak-kanak. Awal-awal lagi nana dah beritahu aku dia kena mekap. Aku cuma angguk sahaja.

Beberapa hari sebelum menjelang jumaat, adriana buat permintaan lagi dekat aku. Alahai anak. Mak awak ni tak reti mekap pun. Jadi dia buat permintaan pada bibiknya iaitu adik ipar aku. Sekali kejut je adriana dah buka mata. Tahu pagi tu nak bermekap. Kalau lambat memang tak ada sape nak melayan. Masing-masing nak kerja. Aku memang serah bulat-bulat pada adik ipar.

Ini sesi permulaan. Aku sempat snap satu gambar je sebelum pergi kerja.

Gambar ini adik ipar hantar melalui whatsapp.

Selesai bermekap. Memang suka adriana. Dia bab-bab mekap memang minat. Tapi bukan ikut aku ye. Aku memang tak bermekap. Entah tak biasa dan tak minat. Paling simple pun berlipstick. Itu pun kadang tak pakai pun.

Selesai bermekap haruslah bergambar. Itu kepala Nayli. Hehehe. Itu sahaja entri kedua untuk hari ini. Bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


~Spot Terjah Birthday Surprise Daripada FK Kreatif~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB FK Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam isnin. Permulaan hari untuk minggu ini. Moga diberikan hari-hari yang ceria buat kita semua. InshaAllah. Mudah-mudahan. Doa yang baik-baik pasti yang baik-baik juga datangnya.

Jumaat lepas adalah ulangtahun kelahiran encik suami. Aku yang ketandusan idea mahu memberikan hadiah tiba-tiba terpandang mengenai FK Kreatif ini di dalam sebuah majalah. Lantas tanpa membuang masa aku whatsapp pada pemiliknya, iaitu Fifi. Dia banyak membantu. Peramah orangnya. Terima kasih sangat-sangat.

Pada permulaannya, spot terjah ni mahu dibuat pada hari jumaat iaitu pada hari lahir asben. Akan tetapi hari rabu tu aku diberitahu asben yang jumaat dia perlu ke Putrajaya. Pagi pulak tu. Dalam hati sudah kalut. Janganlah rosak program. Cepat-cepat whatsapp Fifi beritahu. Kemudian Fifi sarankan buat awal sehari. Okeylah, aku on je.

Jomlah tengok gambar yang diambil semasa hari kejadian. Memang aku nebes. Hahaha. Nasiblah ada kawan opis asben yang jadi orang tengah. Laila namanya. Dialah tempat Fifi riki-riki.

Inilah krew FK Kreatif. Kek, bunga, kad dan belon.

 Kad untuk asben dengan ucapan yang telah aku berikan pada Fifi.

Kek yang ada love. Sedap keknya. Lembut. Aku dapat rasa, asben bawak balik sepotong dua.

Krew FK Kreatif memulakan kerjanya.

Membawa hadiah-hadiah mencari orangnya.

Gigih budak ni. Terima kasihlah, dik.

Lagi sikit mahu sampai kepada orangnya.

Surprise!!! Terkejut ke tidak?

Tak percayalah tu. Biar betul bini aku erk? Hahaha...

Betul lah bang.

Kemudian krew nyanyikan lagu happy besday.

Muka laki den tu masih nampak kejutannya. Nasiblah bang.

Kemudian bergambar beramai-ramai. Yang tolong aku jadi orang tengah tu berdiri sebelah lelaki. Itulah orangnya. Apa-apa pun itu sahaja sambutan buat dia. Itu sahaja yang termampu. Pada sesiapa yang bertanya tentang delivery surprise ini bolehlah bertanya pada FK Kreatif atau boleh hubungi Fifi di talian 017-8808251. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,