Monday, December 29, 2014

~Hari Orientasi Murid Tahun Satu SJKC Keh Seng~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam pagi isnin. Hari baru dan lagi dua hari sahaja lagi tahun 2014 akan melabuhkan tirai. Semoga penutup tahun ini baik-baik sahaja. Mudah-mudahan. Bagi mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur agar keadaan beransur pulih. Sama-sama kita berdoa.

Sabtu lepas bersamaan 27 Disember 2014, anak sulung aku Adriana menghadiri hari orientasi murid tahun satu. Iye, anak aku sudah mahu melangkah ke alam persekolahan rendah. Sila terima hakikat. Bila anak-anak makin membesar, diri terasa makin tua.

Sesi orientasi bermula jam 9.00 pagi. Aku bangun 6.30 pagi untuk bersiap. Mandi dan solat kemudian terus ke dapur siapkan sarapan. Bersarapan di rumah sahaja. Lebih jimat. Memandangkan jarak rumah dan sekolah tidaklah jauh, jam 8.30 pagi kami gerak dari rumah.

Sampai di perkarangan sekolah, tempat parkir sudah penuh. Aku turun dulu dengan nana menuju ke dewan sementara asben dan ammar mencari parkir.


Sampai sahaja di dewan, aku disuruh lihat senarai nama yang dilekatkan di board tepi dewan. Tak jelas pula gambar ni. Gambar ni guna hp aku memang selalu cenggini. Tak apalah. Nama nana di Kelas 1L.


Suasana di dalam dewan.


Cari Kelas 1L.




Ini adalah urusan untuk kelas 1L.

 Ada empat kelas semuanya.

Mamat ni boring je. Merengek nak minum susu.

 Kemudian nana disuruh duduk di sini yang menempatkan murid-murid kelas 1L.

 Cool aje anak mama.

Kemudian cikgu-cikgu membawa mereka melihat kawasan sekolah dan kemudian melihat kelas. Aku pula hanya duduk di dalam dewan. Bayar yuran, serahkan borang maklumat pelajar dan ambil buku teks. Semuanya sudah selesai. Ada dua buah buku sahaja yang belum dibeli. Buka sekolah nanti baru beli. Itu sahaja ceritanya dan hanya menunggu sesi persekolahan 2015 dibuka. Maknya tak sabar sudah!

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

No comments: