Pages

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

31.12.2015

Ini adalah entri penutup untuk tahun ini. Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2015.  Lebih kurang dua jam lebih sahaja lagi 2015 akan meninggalkan kita dan 2016 pula akan membuka tirainya. Terima kasih 2015. Banyak yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Pelbagai memori suka dan duka.

Ada tangis, ada tawa, semuanya memberi 1001 makna. Dalam pada mencari segala kekuatan adakalanya sesekali tersungkur dari landasan kekuatan itu. Yang mana indah, akan aku simpan dan akan sentiasa tersemat di dalam hati. Yang mana menyakitkan akan aku jadikan peringatan untuk diri ini. Yang mana tidak patut dikenang kita buang jauh-jauh. Jangan dikenang barang yang lepas. Biarlah ada ruang untuk kenangan baru pula.

Esok kita akan mula menelusuri tahun 2016 pula. Semoga tahun 2016 akan memberikan sinar pada kita. Biarlah 2016 ini menanti dengan sejuta harapan. Biarlah 2016 ini datang dengan azam yang baru, semangat yang baru dalam diri. Aku berharap agar aku dapat merealisasikan impian aku. Moga dipermudahkan segalan urusan aku.

Marilah aku buat throwback apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Sedikit perkongsian tentang kenangan terindah untuk diri ini.

Perkhabaran gembira awal tahun hari tu apabila cerpen aku yang bertajuk Setulus Kasih disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita. Betapa girangnya hati. Itulah pertama kali hasil karyaku tersiar.

Hajat untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan sambutan hari lahir anak-anak terlaksana.

Rezeki buat asben atas kenaikan pangkatnya. Naik pangkat memang seronok tapi kenalah kami berkorban dari segi lain pula.

Itu sahaja entri untuk hari terakhir tahun ini. Moga tahun 2016 akan menjadikan kita lebih matang dalam menempuh segala cabaran dan dugaan.  Aku berundur dulu untuk tahun ini dan akan menyusul dengan entri lain di tahun baru nanti. Sedang menunggu abang sado yang dalam perjalanan pulang. Mahu keluar untuk mengisi perut. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Dugaan Di Penghujung Tahun

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2015. Esok kita sudah melangkah ke tahun baru. Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik. Hujung tahun ini kami sekeluarga diduga. Adik ipar aku tidak sihat.

Puncanya? Sakit pinggang. Nak terang pun tak tahu tapi begitulah permulaanya. Sudah setahun jugak dia mengidap sakit pinggang. Adik ipar aku pernahlah melakukan pemeriksaan. Katanya saraf dan buat fisio. Begitulah.

Dua hari dia ke hospital sekali lagi dan doktor suruh warded. Ada beberapa perkara seriuslah juga pada aku yang mendengarnya. Susah hati. Walaupun dugaan untuknya tetapi tetap terkesan pada aku.
Sekarang sedang menunggu keputusan darah.

Gambar ini sewaktu aku melawat adik ipar aku petang semalam. Oleh kerana membawa anak-anak jadinya pesakitlah kena turun ke bawah sebabnya kanak-kanak tak boleh masuk wad. Jumpakan yang baby tu dengan umminya. Kami lepak-lepak di bawah sambil menikmati kuih vadei. Itu sahaja entri untuk petang ini. Mohon doakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan adik ipar aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Kisah Ammar Tamat Pra Sekolah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa...Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat bekerja pada yang bekerja untuk hari terakhir tahun 2015. Esok kita sudah masuk tahun baru. Anak-anak pula akan kembali dengan rutin mereka. Kembali ke sekolah. Ammar akan melangkah ke tadika pra sekolah di Tadika Keh Seng. Dia sudah lima tahun. Kejap je anak mama dah besar. Rindunya zaman mereka ketika bayi.

Jadi aku nak ceritakan kisah Ammar masa dia tadika empat tahun di Tadika Harapan Setiakawan. Aku jarang nak cerita tentang Ammar. Banyak kisah kakaknya. Kakak pula akan melangkah ke darjah dua.

Inilah kenangan dari Tadika Harapan Setiakawan buat Ammar.

Sijil Ammar dari pihak tadika. Tengoklah gambar Ammar yang senyum senget tu.

Piala yang Ammar dapat. Katanya bersukan. Entah sukan apa yang dimasuknya aku pun kurang pasti. Itulah serba sedikit kisah Ammar ketika umurnya empat tahun. Maknya nervous ni sebab nak hantar dia tadika cina pula. Kita tunggu aje hari pertamanya nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Wednesday, December 30, 2015

Santai Bersama Teman

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam. Rasanya ini adalah entri ketiga untuk hari ini. Aku mahu habiskan kisah-kisah 2015 sebelum ia melabuhkan tirainya. Dalam pada sibuk menguruskan anak-anak sewaktu bersendiri aku tetap jugak mencari ruang untuk berliburan bersama kawan-kawan.

Berliburan sangat! Bukan senang nak ada waktu-waktu begini untuk diri sendiri. Kalau setahun tu boleh dikiralah dengan jari-jemari. Susah kan untuk yang sudah punya komitmen ni. Fikir berkali-kali jugak kalau nak cari masa untuk diri sendiri.

Jadi kisah beberapa minggu lepas. Seperti biasa aktiviti kami untuk bersantai dan menghilangkan stress adalah karok. Inilah jadinya kalau sudah berjangkit dengan Myra Mokhtar.

Kami bertiga. Amira, Alfidah dan Adila.

Aku mesti nyanyi sama dengan Myra Mokhtar.

Suka tengok gambar ni.

Usai berkarok, kami pun mengisi perut dulu sebelum pulang. Ada orang bagi aku duit suruh makan. Kira belanja kita orang tapi dia tak boleh nak join.

Sedap ayam ni tapi tak tahu apa namanya.

Aku dah lama nak makan di Chicken Rice Shop ni sebab pie teenya. Teringin benar tengok iklannya jadi itulah sebabnya kami mencuba di sana. Sedap juga nanti boleh repeat lagi. Itu sahaja entri untuk malam ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Majlis Resepsi Sebelah Lelaki

Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Entri terakhir untuk majlis perkahwinan adik ipar aku. Memang aku nak tulis sebelum melangkah ke tahun baru. Sudah agak lama entri ini tersimpan secara draf makanya gigih juga menyusun ayat-ayat untuk entri ini.

Baiklah, sebelah lelaki dibuat pada hari minggu. Aku adalah salah sorang yang tak menang tangan hari tu. Sudahlah tidurku jam 4.00 pagi kemudian jam 7.00 pagi sudah dikejutkan. Banyak yang mahu dilakukan. Itu pun nasiblah masak secara katering. Kalau sendiri cuba bayangkan betapa huru haranya kami.

Pagi itu berzanji dan baca doa selamat untuk anak buah asben. Panggil orang masjid.

Ini meja pengantin.

Kami wajib bergambar di photo booth hasil kerja keras kami sampai lewat pagi. Mata panda je masing-masing.

Kawan opis aku.

Bertudung hijau tu pun kawan pejabat.

Flower girl kami pada hari itu. Anak dara berdua ni memang fefeeling princess. Jadi mak-maknya bagilah tugasan ini.

Ready to go girls! Bunga tangan tu aku rembat kat Romantika. RM15.00 satu tu.

Biras yang gila-gila.

Biras aku dengan membernya.

Candy booth kami.
Aku dan asben di photo booth. Ini je gambar yang ada.

Kek pengantin.

Pengantin potong kek pula. Itu pun dah terlupa nak keluarkan kek ni. Potong kita-kita orang aje masa tu.

Ini pula sesi mengemas. Uh! Perkara yang paling melemahkan. Memunggah seronok nak berkemas tu bercintanya.

Khemah pun hari tu jugak dibukaknya scalop-scalopnya. Panggil scalop kan. Hentam sajalah labu oi. Itu sahaja cerita untuk tiga hari sepanjang majlis berlangsung. Sekian dan wassalam.

Salam pena,





Berzumba Katanya

Assalam...

Dengar pasal zumba ni sejak berkurun lamanya. Tapi tak pernah join pun. Macam aerobik lebih kurang kut. Sibuk menguruskan hal rumahtangga, tak ada masalah nak berzumba bagai. Pernah suatu ketika dulu ikut aerobik. Tapi suatu ketika dulu yang sudah berkurun lamanya. Sampailah aku bertugas kat UTC tempoh hari dia orang cakap ada aktiviti begini kat UTC selepas waktu kerja.

Bila dengar ada zumba, tempat pun strategik sebab dekat dengan rumah mak dan beberapa perkara yang ditimbang tara oleh diri sendiri makanya menanam azam mahu ikut kelas zumba tu. Kira bersenamlah kan. Hati melonjak-lonjak. Minggu lepas kononnya nak pergi tak jadi pula. Azam sedang berkobar-kobar waktu tu. Bila tak jadi tu cuba bayangkan kecewanya macam mana. Hehehe...

Di sinilah aku berzumba bersama kawan-kawan.

Aku dan CC Mira.

Sebelum balik harus bergambar ye. Berpeluh-peluh dibuatnya.

Kami bertiga satu pejabat. Dan-dan tak clear gambar kita orang ni. Hp aku ni memang mintak diganti ke apa. Sudahlah screen tak boleh nak tekan. Menyirap je. Begitulah kisah aku petang semalam. Pagi ini terasa kaki sudah kejung-kejung. Itulah orang jarang bersenam, bila sekali buat satu badan sakit. Pancit terus!

Salam pena,




Menjejakkan Kaki Ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru dapat beristirehat dan mencari ruang-ruang untuk melakukan sesuatu sebelum masuk beradu. Seperti biasalah aku mesti kena menulis dulu, tengok blog sendiri barulah boleh tidur. Hahaha...Blogwalking pun iye jugak.

Hari ini agak keletihan. Fizikal letih, mental pun letih. Nanti aku ceritakan kisahnya di lain entri. Hari ini masuk pejabat lambat sebab mahu ke sekolah Nana dulu nak beli buku. Bila dah jadi ibu tinggal ni memang kena banyak berdikari. Asben balik hujung minggu. Jadi hari-hari lain uruskanlah diri sendiri.

Dalam pada mahu berkejaran ke sekolah, dikejutkan pula dengan suatu berita sedih. Aduhai. Dugaan sungguh di akhir tahun. Walaupun bukan pada diri sendiri tapi kesannya tetap terasa pada aku. Moga dipermudahkan segalanya.

Hari ini ada orientasi untuk darjah satu. Aku tiba di perkarangan sekolah dalam jam 9.00 pagi.

Terus melangkah ke kedai buku yang terletak bersebelahan kantin. Ada beberapa orang sedang menanti giliran untuk membeli.

Tak lama pun aku tunggu untuk sampai giliran aku membeli. Semua buku ada dan aku beli lencana sekolah sekali. Usai selesai membeli aku terus berdesup ke pejabat. Begitulah tugasan aku. Berdikari dalam macam-macam hal. Begitulah kan...Semoga sentiasa punya kekuatan walaupun terkadang terkendor jugak. Sekian dan wassalam...

Salam pena,



Tuesday, December 29, 2015

Tugasan Di UTC

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa...Bismillah...

Selamat tengahari. Pagi tadi ke sekolah Nana untuk beli buku sekolah. Sebenarnya sudah terlepas taikh. Entah macam manalah aku cuai sangat sampai terlepas tarikh tersebut. Aduh! Termengelh sendiri dek susah hati nak tunggu ke pagi ini.

Dua hari sebelum aku ke Rompin, aku telah ditugaskan untuk menjadi urus setia di UTC sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Jadi urus setia yang tak berapa nak setia. Aku sebenarnya tak tahu pun. Pagi hari jeadia bos mesej suruh ke UTC. Pesannya bawak dulang dan barang lain. Jadi aku ke pejabat dulu dan minta kenderaan jabatan sebab tahu-tahulah UTC tu parkingnya penuh. Aku sebagai pemandu amatur ni memang susahlah. Kang belum sampai tempat dituju muka herot-herot sebab stress. Hahaha...

Nasiblah ada kenderaan yang menghantar aku dan Myra Mokhtar ke UTC. Sedap sikit hati kan. tak payah susah-susah nak cari parking bagai.

Pameran di UTC perkarangan pejabat KPWKM.

Pamplet-pamplet yang disediakan.

Aku dan Myra Mokhtar.

Amira kuasa dua. Hehehe...

Selingan pada hari itu potong kek untuk yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari itu.

Inilah rupa keknya. Dapatlah aku rasa sepotong kek. Aku hanya bertugas untuk sehari aje memandangkan keesokkan hari dan lusanya aku sudah bercuti sebab mahu ke Rompin. Begitu sahaja kisahnya. Sudah tidak larat untuk menaip lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Entri Random Hujung Minggu Yang Panjang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi selasa. Berbaki dua hari sahaja lagi untuk kita menghabiskan hari-hari di penghujung ahun 2015. Rasa sedih pula. Banyak yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Pelbagai dugaan dan cabaran datang dan pergi. Alhamdulillah masih di bawah kawalan diri mahupun emosi yang baik.

Baiklah, entri kali ini adalah entri random untuk hujung minggu yang panjang selama empat hari. Makanya entrinya pun dikira entri campuk aduk. Cuma hari khamis tu sebelah siangnya kami tiga beranak tak ke mana-mana. Tahun ini tak tengok pun perarakan Maulidur Rasul. Tahun ni asben berarak di BP. Sebelah malam usai asben sampai kami keluar makan. Entrinya di SINI.

Pagi jumaat dalam jam 9.00 sudah bersiap dan kami bersarapan di kedai. Telur separuh masak untuk anakanda berdua.

Dua keping capati untuk aku dimakan bersama sambal sardin. Nikmat sekali. Selepas bersarapan kami ke Family Store untuk beli barang dapur.

Kemudian beli sekali alat-alat tulis untuk anak-anak.

Dari Family Store balik rumah dulu. Asben dan Ammar pergi solat jumaat. Aku pula bersilat di dapur siapkan makanan tengahari.

Sebelah malam pula kami ke Tesco.

Dapatlah beli sepasang baju sekolah untuk Adriana. Yang lama sepasangnya sudah luntur warnanya. Jadi gantilah yang baru. Sabtunya kami menghadiri kenduri aqiqah dan majlis sambutan hari lahir kawan pejabat di RSK Cheng. Kemudian balik ke rumah MIL. Malam baru balik ke rumah.

Ahad pula, asben masih lagi bercuti. Aku pula adik minta tlng jagakan anaknya yang baby sebab dia orang nak ke IKEA untuk beli barang kedai.

Dalam menjadi babysitter aku masih lagi sempat memasak. Dua jenis lauk aje itu pun sudah huru hara dibuatnya. Mana dengan anak-anak aku yang kejap-kejap berebut nak jaga si Naura. Dah lama tak beranak kecik, kekok-kekok dibuatnya. Hahaha...Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,