Pages

Friday, February 27, 2015

~Berliburan Bersama Myra Mokhtar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi. Salam jumaat terindah. Hari penuh keberkatannya. Dalam mood ke laut, aku cuba menulis juga pagi ini. Paksa diri. Nanti banyak cerita yang tertangguh. Kena juga titipkan di sini sebagai kenangan pada masa akan datang. Terapi minda sebelum memulakan tugas hakiki.

Minggu lepas, hari rabu aku cuti. Sambung cuti CNY. Macam aku yang nak raya kan siap cuti masa hari tu. Kebetulan kan nak buat kenduri hari jumaat, jadi rabu tu adalah tugasan sedikit untuk diri sendiri. Aku hint pada si Mira Mokhtar awal-awal. Jadi dia dah dapat kebenaran ayahnya untuk keluar sekali dengan aku. Aku pun sudah minta izin dengan abang jebat.:D

Usai anak-anak ke sekolah, asben ke kerja, aku pun bersiap. Mira Mohtar kata dia bertolak dari rumahnya dalam jam 9.30 pagi. Memang awal pagi aku sudah mengukur jalan. Mula-mula ke kedai beli barang tambahan untuk kenduri, kemudian ke tailor tapi tailor tutup. Hah! Memang tak patut. Beria aku cuti. Kemudian terus aku ke Aeon Bandaraya. Sudah berjanji dengan Mira Mokhtar.

Sampai je terus terjah food court dulu. Kelaparan. Kalau dengan dia, ini aje menu yang dipesan.

Usai mengenyangkan perut, kita orang pergi karok. Pada mulanya nak tengok wayang tapi masing-masing memberatkan hati untuk melalak. Lepaskan stress.

Berialah kita orang. Aku tu bersemangat pegang mikrofon.

Wefie. Kenapa ipad aku bergentayangan pulak tu.

Ini lagu aku nyanyi. Suara ke laut sebenarnya. Hentam jelah. Modus operandi menghilangkan stress. Suara merdu ke tak, kita tolak ketepi.


Habis menyanyi perut terasa lapar. Kali ni terjah Old Town. Makan roti je kut dengan air coklat.

Jenjalan kejap sampai sakit kaki.

Sebelum pulang harus bergambar seperti biasa.

Mira Mokhtar bawa adik dia. Adik dia bawak kawan. Kita orang jalan berdua, dia orang jalan berdua. Berdating gitu.

Sebelum balik sempat ke food court beli sushi. Ini memang kegemaran aku. Aku beli banyak tu. Orang tamak haloba memang gitu perangainya. Hukhukhuk...Oklah, sekian ceritaku untuk pagi ini.

Wassalam.

Aku penulisnya,






Thursday, February 26, 2015

~Lemau Hati Longlai Badan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Mood masih ke laut. Lemau segalanya. Memang tahap kemalasan tu makin bersarang dalam diri. Badan pun sengal-sengal. Ini akibat makan pulut tempohari masa hari kenduri. Itulah badan serba tak kena. Sakit sana sakit sini. Kemudian ditambahkan lagi dengan minum ais memang melarat-laratlah dengan keadaan cuaca sekarang ini.

Kepala aku masih lagi swing sebab dah dua hari 'on drugs'. Tak larat sangat terpaksa juga telan ubat. Selalunya aku tahan tapi kali ini kecundang akhirnya. Harap cepat sembuh kerana ada tugasan yang perlu aku selesaikan. Semoga dipermudahkan segalanya. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Wednesday, February 25, 2015

~Dugaan Cermin Kereta Pecah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Lagi setengah jam mahu pulang. Kepala pun sudah berdenyut-denyut. Badan pun dah rasa bisa-bisa. Rasa nak demam pun iye. Semalam tak tahan dah aku telankan panadol. Hari ini masih lagi dalam keadaan mamai-mamai gitu.

Berbalik kepada tajuk, kisah cermin kereta aku pecah. Berlaku seminggu sebelum kenduri di rumah. Hati mahu menangis tapi terkenangkan yang pecahkan cermin tu adalah laki sendiri maka aku kenalah mengukir senyuman di hujung bibir. Semanis yang boleh. Siap bagi kata-kata semangat lagi. Benda nak jadikan. Kalau tak boleh berjimat. Kalau cermin tak pecahlah. Boleh tambah-tambah barang untuk kenduri.

Tak apa, bukan rezeki kita di situ. Belajar berlapang dada. Kisahnya pagi ahad, asben aku mesin rumput. Agaknya terlampau bersemangat nak membersihkan rumah, maklumlah nak kenduri kan, tercampak batu ke arah kereta aku yang diparkirkan di garaj.

Aku kat dapur masa tu. Tak tahu cerita. Asben ke belakang cakap " Cermin kereta pecah." Itu je. Selamba. Aku jawab "Kereta sape?" Dan...

Bila tahu kereta aku, terus aku meluru ke depan. Beginilah keadaannya. Retak seribu. Nasib kena cermin kecik ni.

Esoknya bawa pi kedai Dr. Cermin. Saje bermurah hati nak bagi duit kat sini. Hahaha.

Kejap je dia orang betulkan dalam setengah jam dan selepas setengah jam duit pun terbang RM150. Bukan duit aku pun, duit laki den tapi sayang duit tu!!!!Oklah, barang yang lepas usah dikenang. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Tuesday, February 24, 2015

~Kesibukan Yang Membelenggu Diri~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Tarik nafas ye. Aku ni mencari ruang untuk menulis. Mood menulis sudah ke dasar laut. Enam hari menghilang dari dunia blog ini. Kesibukan diri menjadi punca utama aku aku berhenti menulis seketika. Melupakan soal blog ini.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis berjalan lancar seperti yang aku rancang. Idea yang dicetuskan oleh diri sendiri. Survey-survey dan setakat itu sahaja yang termampu dilakukan untuk keluarga dan anak-anak.

Mari aku ceritakan apa yang aku sibukkan sepanjang minggu lepas. Memang tak menang tangan sebab semuanya aku buat sendiri. Fikir itu ini, setkan apa yang patut. Walaupun letih tapi aku happy.

Inilah yang aku siapkan sendiri. Antara tag makanan, flagline dan juga props. Nak beli mahal jadi kita buat sendiri aje. Curi-curi masa yang ada di sebelah malam usai menidurkan anak-anak.

Hasil tangan kerasku. Gigil-gigil menggunting yang prop mata tu.

Kemudian aku siapkan order orang. Nak tolak rasa tak sampai hati. 150 biji cheese tart aku siapkan selang beberapa hari sebelum majlis. Alhamdulillah selesai semuanya dan selamat diedarkan pada empunya badan. Itu sahaja serba sedikit kesibukan yang membelenggu diri sepanjang minggu lepas. Nanti sambung lagi ye. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Tuesday, February 17, 2015

~Persiapan Kenduri Dan Majlis Hari Lahir Anak-anak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Baru selesai mengisi perut. Alhamdulillah. Kekenyangan. Sendat perut. Lauk hari ini asam pedas tetel serta ulam-ulaman. Digabungkan sekali dengan sambal belacan. Memang suatu kenikmatan. Rezeki untuk hari ini.

Untuk makluman, jumaat ni aku akan adakan kenduri kesyukuran dan juga majlis hari lahir anak-anak. iaitu Adriana dan Ammar. Buat sekali. Kenduri ni aku ada niatkan sesuatu. Buat secara kecil-kecilan aje. Panggil orang surau, keluarga, sedara-mara terdekat dan juga kawan-kawan rapat.

Jadinya untuk majlis ini, memang aku sudah prepare awal. Aku siapkan 100 goodies. Mula-mula nak buat 50 aje untuk kanak-kanak tapi aku tambahkan jadi 100. 50 lagi untuk orang dewasa. Dewasa pun sebab aku nak masuk sesuatu dalam goodies tu.

Jom tengok apa yang telah aku siapkan.

Antara barang-barang yang telah aku beli.

Aku gunakan beg kertas coklat aje. Kemudian tempah sticker.

Ini untuk kanak-kanak.

Hasil kerja tanganku. Simple aje.

Siap jugak 50 goodies untuk kanak-kanak.

Untuk dewasa aku masukkan fridge magnet dalamnya. Fridge magnet bertemakan blog. Ini memang nak mempromosikan blog sendiri gamaknya. :D

Akhirnya dengan berbekalkan tenaga sendiri siaplah juga 100 beg goodies untuk para tetamu nanti. Ada lebih boleh bagi dekat tadika Ammar. Itu sahaja yang mahu aku kongsikan untuk tengahari ini. Ini pun memaksa diri untuk menulis. Sekian dulu.

Wassalam...

Aku penulisnya,



Monday, February 16, 2015

~Menyejukkan Tekak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Masa untuk menjamu selera. Baru berkesempatan untuk menulis. Hah! Sejak ahihir-akhir ini kekangan masa yang terlampau. Ini cerita minggu lepas. Dalam perjalanan mahu balik ke rumah MIL, asben ajak singgah kedai dekat kawasan bukit rambai.

Selalu balik memang tak pernah singgah pun kedai ni. Tengok dari arah jalan je. Nampak ramai orang. Jadi hari tu asben ajak aku memang berlapang dada bila dipelawa kan. Siapa yang tak mahu.

Anak ceria, apak bukan main serius.

Asben order ABC.

Aku pula cendol. Ada lagi yang dipesan iaitu coconut shake. Tapi non ado gambar.

Ammar bukan main ceria. Kali ni ammar je enterframe. Selalu kakak je. Bagi can kat adik pula ye. Itu sahaja entri tengahari ini. Aku sedang dalam mood mengumpul idea. Tapi bila duduk sahaja tak mahu pula idea ni menerpa. Cuba tengah masak masa tu mencurah-curah.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,




Saturday, February 14, 2015

~FM Bertemakan Blog~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat hari sabtu! Menulis di waktu pagi, moodnya lebih segar dan tenang. Bangkit untuk subuh dan terus sahaja duduk depan komputer. Lebih tenang untuk menulis. Idea pun lebih, mungkin. Sejak akhir-akhir ni memang mood menulis semakin merundum. Tetapi dua hari lepas aku terima berita yang menggembirakan hati. Pembuka tahun yang manis untuk aku. Nanti aku ceritakan. Belum boleh cerita lagi buat masa ini. Tunggu ye!

Okeylah, berbalik kepada tajuk di atas. Aku ada tempah fridge magnet yang bertemakan nama blog ini. Saja suka-suka. Sebenarnya aku dapat tahu dari blog AIDA. Terus berkenan nak buat jugak. Aku tempah lebih sebab berhajat nak beri pada tetamu-tetamu untuk kenduri yang akan diadakan pada jumaat depan.

Inilah rupa FM yang aku tempah secara online.

Aku dah masukkan dalam plastik untuk diletakkan sekali dalam goodies beg.

Untuk aku juga sudah diketepikan. Sudah diletakkan di peti ais. Aku suka! Aku suka! Jadi pada sesiapa yang berminat mau menempah fridge magnet untuk diri sendiri atau untuk apa-apa sekali pun, bolehlah tempah dengan CUDA atau FBnya adalah Dida Zenal. Bolehlah hubungi beliau ye. Ada macam-macam yang boleh dia buat seperti kalendar, sampul surat, sticker dan lain-lain. Tengok tau jangan tak tengok.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Friday, February 13, 2015

~Taklimat EKSA~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Cuba seru mood untuk menulis. Seru! Seru!Semangat entah hilang ke mana. Akhir-akhir ini ada beberapa kejutan buat diriku. Antara percaya dengan tidak. Nanti aku kongsikan ye. Kegembiraan itu.

Ini cerita seminggu yang lepas. Pejabat aku adakan taklimat EKSA di bilik mesyuarat je. Apa itu EKSA? Nama penuhnya adalah Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ini kesinambungan dari 5S. Lebih kuranglah penerangannya tentang penyusunan barang-barang dan susunatur di tempat kerja kita. Yang mana tidak diperlukan bolehlah dibuang sahaja. Jangan disimpan-simpan lagi. Buat semak mata ye.

Senarai kehadiran untuk taklimat itu.

 
Pembuka taklimat dengan kata-kata aluan.

Taklimat ini disampaikan oleh penceramah khas yang dijemput.

Makan tengahari untuk hari itu.

Ini sesi sebelah petang. Penceramah tu tanya apa yang dapat dilihat dengan benda kuning-kuning itu? Macam-macam jawapan.

Masing-masing khusyuk.

Akhir sekali untuk penutup adalah penyampaian cenderahati untuk penceramah. Gambar agak blur. Bukan agak lagi. Dah memang blur. Kamera hp aku ni memang tak cantik. Itu sebab aku suka bergambar guna hp asben. Huh!

Okeylah, itu sahaja ceritanya. Ini pun menulis dalam paksaan ni. Dah berhari-hari tertangguh nak tulis entri ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Tuesday, February 10, 2015

~Kedamaian Pagi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Baru berkesempatan mahu menulis sedikit di blog ini. Pagi tadi sampai pejabat awal. Oleh kerana pintu masih belum dibuka, sempatlah aku snap gambar. Lantas aku upload di IG. Bermadah helah pagi-pagi tadi.

Kedamaian pagi memberikan ketenangan pada jiwa. Dalam ketenangan dari kedamaian ini, marilah kita membebaskan hati kita dari beban kemarahan dan hilangkan rasa kebencian yang menyelubungi diri.

Andai hati terluka kerana seseorang, maafkanlah. Bukan mudah memberikan kemaafan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang terluka.

Dari sebuah kemaafan kita akan peroleh ketenangan. Selamat pagi!

Itulah yang aku tulis di IG pagi tadi. boleh follow IG aku. Cuma cari aje nama aku fyda2683. Sekian dulu entri tanpa hala tuju. Wassalam.

Aku penulisnya,



Monday, February 9, 2015

~Majlis Hari Lahir Rumah Ustazah Nana~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Selamat bekerja pada semua pembaca yang singgah di blog ini. Dua hari cuti hujung minggu tidak sempat mahu menulis blog. Aktiviti menulis terpaksa dikurangkan dek kerana kekurangan masa. Ada kerja lain yang terpaksa didahulukan.

Ini kisah sabtu dua minggu lepas. Dapat undangan daripada ustazah tempat nana mengaji. Jumaat petang uztazah nana whatsapp aku. Jemput datang rumahnya. Nasib sabtu tu tak ada apa program.

Keluar lepas zohor. Memandangkan jemputan lepas maghrib jadinya kita orang merayau-rayau dulu. Pergi cari hadiah untuk dua orang anak ustazah.

Dua orang anak perempuan yang sambut sekali.

Atas kek gambar Elsa. Fenomena masa kini. Kartun pojen.

Tudung bunga-bunga kuning itulah ustazah Nana.

Macam-macam juadah disediakan. Meriah semuanya.

Inilah geng mengaji Adriana. Satu taman dengan rumah mak aku rumah ustazah ni. Adriana aje yang tercampak jauh. Bila petang kawan bermain adriana sebelum balik ke rumah. Itu sahaja ceritanya. Nanti sambung lagi dengan entri lain. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,