Pages

Sunday, June 28, 2015

Catatan 7 & 8 Ramadhan : Berbuka Di Rumah

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di blog ini. Baru dapat melunjur kaki setelah seharian berhempas pulas menyiakan juadah berbuka. Hari ini parents dan keluarga adik berbuka di rumah aku. Memang dari minggu lepas dah ajak dia orang.

Okeylah, bukan nak cerita pasal tu. Cerita pasal mereka di lain entri. Ini kisah dua hari lepas. Rabu dan khamis kami empat beranak berbuka di rumah sahaja. Bila sudah berbuka di rumah maknanya aku yang turun padang. Berhempas pulas memasak menyiapkan juadah permintaan suami dan anak-anak.

Marilah kita tengok. Entri ini sekadar perkongsian dan kenangan untuk aku. Nanti akan datang boleh  belek-belek semula cerita-cerita lama.

Juadah 7 Ramadhan. Aku masak lauk paprik untuk suami. Kemudian suami nak salad dan telur rebus. Anak dara pula nak makan spageti. Sambal udang tu pula jiran sebelah yang bagi. Alhamdulillah rezeki haritu.

Sedap jugak makan macam ni.

Paprik campur.

Spageti bolognese untuk Adriana dan Ammar.

Itu sahaja menu untuk 7 Ramadhan. Beralih ke hari seterusnya menu berbuka puasa untuk 8 Ramadhan. Hanya masak satu lauk je. Paprik dan sambal udang masih ada lagi. Aku panaskan je. Sayang nak buang.

Inilah juadah 8 Ramadhan. Aku masak telur bistik sebab b yang minta. B sangat kan. Kemudian masak maggi goreng. Lauk asam pedas ikan pari mak aku pula yang bagi. Mana tak banyak lauknya.

Bistik hasil air tanganku. Resepi memikat suami. Pikat-pikat suami kita aje. Jangan pula pikat suami orang mahupun isteri orang.  Huhuhu...

Maggi goreng. Entah hari tu tekak tetiba teringin nak. Jadi gorenglah sikit.

Itu sahaja perjalanan Ramadhan aku dan keluarga. Sebolehnya mahu bersederhana saja dalam apa jua keadaan. Tidak mahu melebih-lebih. Semoga tidak tersasarlah hati kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


Wednesday, June 24, 2015

Catatan 6 Ramadhan : Iftar Empat Beranak Di Pak Putra

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Lagi sejam lebih mahu berbuka. Sementara mahu menunggu waktu berbuka dan sambil aku berhempas pulas di dapur marilah aku kongsikan kisah berbuka puasa semalam. Entri ringkas buat tatapan akan datang. Semalam asben ajak berbuka di luar. Rezeki dari orang lain untuk kami empat beranak. Ada orang bersedekah. Alhamdulillah...

Jadi semalam setelah berfikir kami laki bini sepakat mahu makan di Restoran Pak Putra. Nak makan roti nan bersama ayam tandoori. Ubah selera pula semalam. Jadi semalam aku telefon dulu untuk tempah makanan. Jadi tak adalah nanti tertunggu-tunggu. Kedai tu selalunya ramai orang.

Dalam pukul 6.30 kita orang gerak dari rumah dan sampai di kedai tu dalam 7.10. Memang ngam-ngam aje waktunya. Kita orang terus cari meja yang dah direserved nama asben.

Inilah antara menu yang dipesan. Aku pesan nan cheese, asben onion nan dan anak-anak nan biasa.
 
Ayam tandoori mesti ada.
 
Menu sampingan tawa prawn. Sedap sangat.
 
Adriana muka stress je. Entah apa dimogokkan. Papa pun muka stress jugak!
 
Mama dan ammar juga yang tersenyum manis. Hahaha...Itu sahaja entri ringkas petang ini. Sekian dan wassalam. Selamat berbuka dan selamat berterawih.

Salam pena,








Gelagat Anak-Anak

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Semoga hari ini memberi kebaikan daripada hari-hari sebelumnya. Semoga sentiasa dilimpahi keberkatan hidup. Hari ini terlampau fokus membuat kerja. Tengahari tadi waktu rehat diperuntukkan masa itu sepenuhnya untuk tidur. 

Hari ini kali pertama anak dara aku bertudung ke sekolah. Berposak suruh maknya beli. Malam kelmarin baru dapat beli tudung untuknya. Katanya ustazah suruh pakai. Tak apalah nak oi. Biarlah berjinak-jinak. Semalam suruh pakai tak mahu sebab pakai baju sukan lengan pendek. Dia suruh aku beli yang sarung tangan. Hehehe...

Peace! Gaya gambar macam maknya. Saya bertudung hari ni ke sekolah. Pergi elok jangan balik senget benget tudung ko nak.
 
Kakak bergambar adik pun mesti nak jugak. Sedap ko minum depan kakak. Kang ada kakak tertewas lagi tu.
 
Papa kata letaklah botol susu tu. Barulah ammar letak tepi botolnya. Itulah gelagat anak-anak pagi tadi sebelum ke sekolah. Dua orang ni pun sudah meriuhkan suasana rumah. Time gaduh lagilah macam nak terbalik rumah. Hahaha...Itu sahaja entri ringkas petang ini. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,









Tuesday, June 23, 2015

Maafkan Bila Dia Minta Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Menjelang petang fikiran bercelaru memikirkan mahu berbuka apa nanti. Mahu masak apa pula hari ini. Tapi hari ini encik suami ajak berbuka di luar. Aku ikut aje apa kehendaknya. Balik nanti masak untuk sahur macam semalam. Goreng nasi aje. 

Sebelum balik jam 4.30, mari aku nak kongsikan sedikit entri dari blog Kak Aina emir tentang sebuah kemaafan yang menarik. Bukan mudah mahu memaafkan seseorang yang telah melukai hati kita. Namun kita harus belajar untuk memaafkan juga. Mari baca titipan Kak Aina Emir.

Dipetik dari blog Kak Aina Emir

Di hari baik dan bulan yang baik, eloklah kita berbual tentang yang baik-baik. Dalam pada itu, sesungguhnya sebagai insan yang lemah, pasti kita pernah lakukan kesilapan dan kesalahan. Tak mungkin kita dilahirkan sebagai 'Perfect person' kerana, sehebat mana sekalipun manusia itu, tiada yang sempurna. Bermakna memang tiada yang tak buat silap dan kesalahan dalam hidupnya.
Pun begitu, sekiranya ada yang lakukan kesalahan dan kesilapan kepada anda, tetapi dia meminta maaf pada anda dan menyesal di atas perbuatannya yang lepas, memang eloklah kita sebagai manusia yang beriman, turut memaafkannya. Itu lebih baik daripada tidak mahu memaafkannya.


Kadang-kadang manusia melakukan kesalahan dan kesilapan kerana tidak sedar bahawa dirinya dirasuk oleh syaitan dan iblis. Seperti yang saya sentuhkan sebelum ini, syaitan dan iblis berada di mana-mana sahaja untuk merasuk manusia dan manusia itu memang mudah dirasuk syaitan. Paling malang kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita menjadi rapat dan teman kepada syaitan atau iblis yang bertopengkan manusia. Kita sangkakan itulah teman kita, teman yang kita boleh percaya, tahu-tahu dialah syaitan yang menjelma sebagai manusia, lalu kita terpedaya dan mula melakukan kesalahan dan kesilapan. Nauzubillah min zalik. Memang ramai di antara kita manusia yang seringkali terperangkap dalam tipu daya syaitan. Kita sangkakan yang kita lakukan kebaikan tetapi rupa-rupanya ia adalah muslihat syaitan untuk membelit kita.


Bulan yang baik ini, jadikanlah masa yang ada dengan memberi fokus untuk muhasabah diri dan perbaiki diri kita. Kalau sedar yang iman sedang goyah, perbetulkan dan tegapkanlah.

Sebagai insan mulia, kita ampunkanlah mereka yang menyesal di atas kesilapan yang berlalu. Kalau mereka ikhlas meminta maaf, kita sepatutnya ikhlas juga untuk memafkannya. Mungkin yang minta maaf itu adalah teman baik kita, anak-anak kita, kawan sekerja kita, pasangan kita, adik-beradik kita dan siapa-siapa sahaja yang dekat dengan kita. Semestinya bukan mudah untuk meminta maaf, sebaik-baiknya kita hargai permintaan mereka yang menyesal itu.

Move forward... dan lupakanlah perkara lama yang mungkin pernah memudaratkan kehidupan anda. Allah maha mendengar dan maha mengasihani... kalau kita doa dan minta agar Allah swt memberi ketenangan jiwa kepada kita, insyaa-Allah kita akan berasa lega.

Jauhkanlah diri daripada manusia yang sebenarnya syaitan, kerana manusia yang begini, pasti mampu merosakkan iman dan kehidupan. Nauzulillah.
Semoga kita dilindungi Allah swt selalu. Aamiin.

Wassalam.


Salam pena,









Catatan 5 Ramadhan : Iftar Di Muara Sg. Duyung

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & FB Enya Best

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Waktu rehat dapatlah lelapkan mata sebarang dua. Mata bagaikan digam-gamkan. Sudahlah keadaan dalam pejabat sejuk bukan main. Mencengkam hingga ke tulang sum sum. Sudahnya kita orang matikan je penghawa dingin yang betul-betul berada di atas kepala aku. Cuba bayangkan betapa sejuknya.

Berbalik kepada tajuk entri, semalam bersamaan 5 Ramadhan kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Aku dan anak-anak diajak oleh asben memandangkan bahagian asben yang anjurkan majlis ini. Berbuka puasa bahagian PERTEK dan keluarga bersama Yang Berbahagia Dato' Pengarah Kastam serta Tinbalan Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Melaka.

Kalau berbuka di luar tu memang masa untuk aku melompat girang. Tak perlulah kelam-kabut masak petang semalam. Bolehlah bersantai-santai kan. Jadi semalam balik 4.30 petang aku terus jemput anak-anak. Mula-mula jemput Ammar di rumah mak kemudian bergegas ke tuisyen untuk jemput Adriana pula. Selesai semuanya terus balik dan bersiap. Jam 6.30 petang kita orang gerak dari rumah menuju ke Muara Sg. Duyung.

Waktu ini belum dipenuhi manusia.

Aku duduk sebelah ni. Semua meja sudah ditempah.

Segalanya sudah disusun rapi. Tunggu lauk-pauk saja.

Budak ni gigih berpuasa. Semalam dapat sehari penuh.

Ini sudah masa berbuka. Masing-masing sedang menikmati makanan yang terhidang.

Aku tu makan dengan begitu fokus sambil melayan mulut sakit. Langsung tak menikmati makanan semalam. Makan pun ala kadar je. Tengok Adriana semalam banyak jugak dia makan.

Ini semua bos-bos. Mereka enggang aku pipit. Motif sangat!

Adriana tersenyum riang sebab perut sudah kenyang. Ammar dari sampai muka stress je. 

Ini antara warga PERTEK bersama keluarga masing-masing.

Gambar terakhir yang diambil. Lelaki berbaju biru adalah bos besar PERTEK dan berdepan dengannya pula yang berkaca mata itu adalah Pengarah JKDM Melaka. Itu sahaja catatan untuk 5 Ramadhan. Alhamdulillah semuanya nampak seronok begitu juga dengan aku dan anak-anak. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Dugaan Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 6 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan dipermudahkan amalan ibadah puasa kita hingga ke penghujung.

Sehari sebelum tiba Ramadhan, mulut aku terkena ulser. Huh! Sekian lama tak kena boleh pula kena masa nak puasa. Sampai ke hari ini masih lagi belum baik ulser ni. Sudahlah besar ulser tu kat bahagian depan mulut. Cubalah bayangkan nak makan macam mana kan. Memang teramat seksa. Asben ajar letak garam. Aku sudah cuba tapi tak dapat letak semua. Punyalah pedih baq hang. Siap berair mata lagi. Tak apalah. Bersabarlah. Disuruh aku kurangkan bercakap. 

Semalam pula tiba-tiba hidung berair. Macam nak diserang selsema aje. Sebelah petang hidung dah tersumbat sampailah ke malam. Sekarang pun sedang dilanda ketidakselesaan akibat hidung yang tersumbat. Semoga aku dapat melalui hari ini dengan baik dan tenang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Monday, June 22, 2015

Kisah 4 Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari pertama bekerja di bulan Ramadhan. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang bulan mulia ini dan juga untuk bulan-bulan seterusnya. Pagi tadi tiba di pejabat awal dari kebiasaannya. Sahur jam 4.45 pagi terus kejut adriana. Kemudian asben pun bangun. Jam lima kami bersahur dan terus saja bersiap. Tidak boleh lelap lagi kalau tak mahu terlajak.

Semalam kami berbuka di rumah saja. Tidak ke mana-mana dan aku bercadang mahu masak di rumah. Dua hari lepas tidak berbuka di rumah memandangkan berbuka di rumah mak mertua dan esoknya pula berbuka di rumah mak.

Jadi semalam aku masaklah lauk apa yang ada memandangkan hari gaji belum kunjung tiba. Kebetulan tempoh hari mak aku ada bagi ikan keli empat ekor. Sedang eloklah tu kan. Nak masak macam-macam banyak barang yang sudah kehabisan. Mari tengok menu ringkas yang aku sediakan untuk suami dan anak-anak.

Ikan keli goreng berlada.

Selain lauk ikan keli, aku masakkan sup ayam untuk anak-anak. Yang lain sayur kubis bunga goreng dan juga nugget dan kentang. Itu sahaja menu ringkas kami sekeluarga. Biarlah janganlah melebih-lebih. Takut membazir. Itu sahaja perkongsian aku.

Sekian dan wassalam.

Nota : Entri sepanjang Ramadhan adalah untuk kenangan aku sekeluarga. Tidak ada niat mahu menunjuk-nunjuk cuma sekadar berkongsi. Itu sahaja.

Salam pena,
Fyda Adim




Sunday, June 21, 2015

Berbuka Puasa Di Rumah Mak Mertua Dan Rumah Mak

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Pagi ahad 4 Ramadhan. Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik aje. Aku baik saja bersama suami tercinta serta anak-anak tersayang. Menjalani ibadah puasa bersama demi mencari ketenangan. 

Hari ini bersantai-santai di rumah sambil lipat baju sambil menonton televisyen. Sementara tu fikir juga dalam kepala mahu masak apa petang nanti. Hari ini berbuka di rumah sendiri aje. Tak ke mana-mana. Dua hari sudah berbuka di luar. Jumaat tempohari ramadhan kedua kita orang berbuka dekat rumah mak mertua aku. Semalam ramadhan ketiga kita orang dah pun berbuka dekat rumah mak aku. Jadi hari ini berbuka di rumah sendiri. Adil dan saksama. Hihihi...

Ini juadah berbuka masa dekat rumah mak mertua. Mak mertua masak nasi lemak, sambal sotong, siput sedut. Aku bawa bubur jagung hari tu. Masak banyak bubur jagung. Aku hantar sikit kat rumah mak dan rumah kakak sepupu aku. Semua dapat merasa.

Bubur jagung hasil air tanganku.

Ini pula juadah berbuka semalam di rumah mak. Mak masakkan makanan kegemaranku iaitu roti jala. Juadah lain ada tauhu sumbat. Aku dan asben ke bazaar ramadhan beli kuih tepung pelita dan murtabak.

Inilah roti jala yang membuatkan aku makan bertambah-tambah. Nikmat yang tidak terhingga. Itu sahaja kisah 2 dan 3 Ramadhan aku anak beranak. Seronok berbuka dengan ahli keluarga tersayang. Okaylah, mahu undur diri dulu. Bersambung lagi dengan kisah yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, June 19, 2015

Menu Iftar Ramadhan Pertama

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Salam Ramadhan. Semoga semuanya baik-baik aje. Alhamdulillah selesai puasa pertama tadi. Awal Ramadhan negeri Melaka cuti umum. Jadi hari ini bersantai di rumah aje sambil mengemas rumah. Dapatlah vakum dan mop rumah. Masuk area dining aku surrender. Hahaha...Terbongkang kejap depan tv. Sudahnya asben sambung amik alih. Dari bilik ke dapur. 

Dalam pada terbongkang terus terlelap kejap. Huh! Kemudian terus bangun solat dan dalam jam empat petang masuk dapur. Nak masaklah kan. Bahan-bahan masak dah keluar awal. Asben suruh masak awal sebab nak ajak pergi bazaar ramadhan. Baiklah...

Jadi untuk menu berbuka tadi aku masak ringkas aje. Dua lauk aje. Tak boleh lebih-lebih sebab yang makan berempat aje. Aku masak sup tulang dan sambal telur. Kononnya nak ke bazaar nak carilah murtabak tapi semua tak menyelerakan. Akhirnya beli sebungkus air katira je.

Sup tulang permintaan asben yang dimasak penuh kasih sayang. Tulang ni beli masa minggu lepas bawa mak ayah aku jalan kat Mydin. Asben yang beli.

Sambal telur. Kat rumah sambal kena ada. Tak ada pedas asben aku tak lalu makan. Gitulah kekdahnya. Itu sahaja menu iftar untuk satu ramadhan. Berselera berbuka dengan yang tersayang. Esok cadangnya mahu berbuka di rumak mak mertua. Lusa berbuka di rumah mak aku pula. Dah susun atur jadual untuk kami berbuka. Itu sahaja perkongsiannya untuk ramadhan pertama kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, June 18, 2015

Marhaban Yaa Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam menunjukkan 5.15 pagi. Baru selesai bersahur bersama suami dan Adriana. Makan ala kadar aje. Nasi berlaukkan sardin dan juga tumis air sayur sawi. Alhamdulillah...

Marhaban Yaa Ramadhan...

Di kesempatan ini, selamat menyambut Ramadhan bulan yang penuh kemuliaan dan barakah. Semoga kita dapat menghayati dan manfaatkan bulan mulia ini dengan sebaik mungkin. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt dunia dan akhirat. Jadikan bulan ini untuk kita menambah ilmu dan mendekatkan diri dengan Allah. Semoga Allah permudahkan ibadah puasa kita pada tahun ini.

Tahun ini adalah tahun ke sembilan aku dan suami berpuasa bersama. Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk berpuasa sebagai suami isteri. Tahun ini juga adalah Ramadhan pertama untuk anak daraku, Adriana. Semoga Adriana dapat melaksanakan puasanya. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, June 17, 2015

Hari Terakhir Di Putrajaya

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini kekenyangan dek kerana makan aje dari pagi tadi. Alahai jangan diikutkan sangat nafsu tu. Hari ni kat pejabat ada potluck itu yang mewah makan. Rezeki kan. Makan-makan sempena menyambut Ramadhan esok. Teruja sangat.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Mahu habiskan cerita di Putrajaya secepat mungkin. Kalau ditangguh lagi memang berbulanlah gamaknya terperap. Jadi sabtunya adalah hari terakhir kami di Putrajaya. Pagi-pagi tu adik aku datang sebab nak bawa Nayli mandi pool. Jadi dia orang aje yang turun. Aku duduk kat bilik kemas beg baju. Dalam jam 10 pagi dia orang semua berduyun-duyun naik. Waktu tu aku dah siap. Jadi siapkan anak-anak je.

Anak-anak sudah ready! Amboi Ammar bukan main mulut duck sangat.

Bersama anak-anak.


Yang ini Adriana jadi photoGnya.


Sebelum meninggalkan perkarangan hotel. Bergambar depan pintu masuk.


Bergambar di hadapan Masjid Putrajaya. Gambar ni tak blur sebenanrnya tapi tersalah setting masa hantar dalam emel. Nantilah aku betulkan ye.



Sekali lagi bersama Adriana dan Ammar.


Melihat permandangan Putrajaya.


Kemudian kita orang pergi makan. Makan kat situ jugak.

Menu untuk anak-anak.

Spageti aglio olio untuk aku.

Charcoal burger untuk my lovely husband.

Okey sudah kenyang moh kita pulang.

Pusing-pusing dulu. Lalu depan Ibu Pejabat Kastam.

Dapat tengok pejabat lama KKLW yang sudah berpindah ke tempat baru.


Dari Putrajaya kami menuju ke KLIA 2. Aku ajak asben tengok lapangan terbang baru tu. 


Tengok sekitar lapangan terbang.

Anak-anak tengok kapal terbang.

 Asben suruh anak-anak bergambar di sini.


Dari KLIA 2 kita orang singgah Mitsui Outlet Park.


Ala-ala kat Jepun gitu.


Punya ramai orang dalam Mitsui ni. Tak lama pun kita orang kat dalam tu.


Muka ceria dan kepenatan. Mahu pulang ke rumah. Dah teringat-ingat rumah dah.


Sebelum sampai rumah singgah makan dulu kat kedai tomyam. Kedai makan tu kat area rumah je. Lepas mengenyangkan perut masing-masing kita orang pulang ke rumah dengan senang hati. Itu sahaja maka tamatlah entri kisah percutian singkat dan dekat kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,