Wednesday, September 23, 2015

Berkumpul Di Secret Recipe

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini sudah hari memantai. Aku kerja je tapi sekerat hari. Biasalah esok sudah raya. Jasad aje di pejabat tapi hati sudah melayang-layang ke rumah. Nak cerita masa cuti hari Malaysia, sebelah petang tu kami anak beranak ke Secret Recipe di MITC.

Asben ajak ke sana atas memenuhi jemputan daripada gengnya. Jadi aku dan anak-anak ikutkan ajelah. Orang ada geng, kita yang tak ada geng menumpanglah geng dia. Hahaha...Jadi dalam jam 3.00 petang berdesup ke SR di MITC.


Anak-anak pesan aiskrimlah, mushroomlah. Makanan mewah kiranya ni.


Yang ini geng para isteri. Ahaks...


Aku dan Shuhada serta babynya.


Sebelum pulang harus bergambar lagi. Muka kekenyangan masing-masing. Mahu tak kenyang pesan semangkuk menu tomyam. Pedas gile tapi sedap. Memang sendat perut masa tu. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki pada insan yang belanja kita orang hari tu. Amin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments: