Wednesday, September 30, 2015

Catatan Pagi

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pagi ini perjalanan dari rumah menuju ke sekolah Adriana agak menguji kesabaran. Kenderaan agak banyak pagi ini. Mana dengan kenderaan berat lagi. Entah dari mana datangnya kenderaan-kenderaan ini. Fikirku. Awal pagi sudah memenuhi jalan raya. 

Ada pula pemandu yang suka-suka masuk depan kita. Makanya kaki spontan menekan brek. Terkejut-kejut dibuatnya. Lenguh kaki dibuatnya. Mulut pula tak berhenti-henti membaca doa agar dipermudahkan perjalanan aku dan anak-anak. Bunyinya macam jauh saja perjalanan aku kan.

Bila waktu pagi memang adalah waktu-waktu kalut bagi aku. Mahu mengejar masa menghantar si anak dara ke sekolah. Kena sampai sebelum waktunya. Kalau tidak dikhuatiri diangkat pula nama anak dara aku tu. Jadi aku kena keluar rumah awal sebelum jam 7.00 pagi sebab dari rumah aku ke sekolah Adriana amik masa juga dalam 20-25 minit. Kalau jalan raya sesak lagi lambat jadinya.

Selesai menguruskan anak-anak, aku bergegas pula ke pejabat. Mengadap juga jalan yang sesak. Makanya hari ini tiba lima minit lewat di pejabat. Nasiblah ada hiburan dalam kereta. Dengar radio Era bila Johan jadi Linda. Tersenyum sendiri mendengar sketsa mereka. Begitulah ceritanya. Sekian dan wassalam...

Salam pena,








No comments: