Tuesday, October 6, 2015

Menyibukkan Diri

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Esok sekolah kembali dibuka. Jerebu masih lagi kelihatan walaupun tidaklah seteruk dua hari lepas. Nak keluar ke mana-mana pun fikir dua tiga kali. Cuma sabtu lepas kami anak beranak melanggar pantang. Pergi berenang melepaskan gian. Itu tiga beranaklah. Aku seperti biasa menjadi penjaga beg sambil melayan perasaan.

Rutin harian aku sekarang makin padat. Dari pagi bawak ke malam menguruskan urusan diri sendiri dan anak-anak sendirian. Itu baru ada dua orang askar tapi mengalahkan macam urus sepuluh orang ye. Aku cuba menyibukkan diri lagi supaya tidak terasa sangat asben kerja jauh. Rasa macam dia pergi kursus aje walaupun hakikatnya cuti hujung minggu kami juga berbeza.

Aku mahu kembali menjalankan perniagaan seperti dulu menjual baju baby dan kanak-kanak di samping adalah memikirkan aktiviti lain yang boleh menambahkan pendapatan sampingan. Sekarang ni kena cari kerja sampingan lain tapi itulah kena ada kekuatan dan semangat dalam diri. Jangan buat separuh jalan kemudian ke laut. Hahahaha...Aku ni satu tabiat ikut musim. Itu masalahnya. Tak apalah mulakan langkah pertama dan kemudian baru kita fikirkan langkah seterusnya.

Itu sahaja perkongsian untuk malam ini. Dari siang tadi nak tulis satu entri tapi tak juga ditulisnya. Fikiran menerawang memikirkan sesuatu. Pedulikanlah! Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: