Pages

Monday, November 30, 2015

Galau Seharian Tanpa Internet

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam isnin permulaan hari bekerja setelah bercuti hujung minggu selama dua hari. hari ini adalah hari terakhir di bulan November. Pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak tanah air iaitu Pak Yus dari kumpulan Jambu.

Sewaktu memandu ke tempat kerja, aku terdengar berita tentang arwah Pak Yus di radio ERA. Memang terperanjat. Berfikir sejenak betul ke Pak Yus Jambu. Allahuakbar. Salah satu pelawak yang digemari. Al-Fatihah buat arwah Pak Yus. Berita pemergiaannya sedang menghantui diri. Sudahlah sebelum keluar rumah tadi, adik beritahu kawannya yang jual mee bakso di Cheng meninggal semalam. Aku pernahlah tengok arwah sebab pernah ikut adik makan di kedai arwah. Dua berita kematian yang aku dengar pagi ini. Sedih.

Semalam, aku berada di rumah. Seharian terputus hubungan dengan dunia luar. Hahaha...Internet rosak. Galau seharian tanpa internet. Boring! Internet sudah seperti makanan ruji buat aku. Hahaha...Rujilah sangatkan. Ketagihan internet memang tidak dapat disangkal lagi. Aku sudah berkira-kira nak menulis blog. Berangan-angan nak tulis entri scheduled. Sudahnya angan-anganku musnah.

Bila tiada internet makanya aku tidak boleh menonton televisyen sebab kat rumah guna skybox. Itu satu hal. Telefon bimbit pula line kat rumah aku tu memang hampeh. Kalah duduk dalam gua. Ipong pula buat hal juga. Screennya rosak. Kena bersopan santun nak touch screennya. Jadi memang tidaklah kuasa aku nak melayan itu semua. Makanya tiada whatsapp semalam dan juga hari ini dan tidak tahu sampai bila.

Rupanya tiada whatsapp aman juga rasanya. Boleh ke zaman sekarang ni hidup tanpa aplikasi tersebut? Dulu-dulu boleh je kan. Tapi semlaam bila internet tiada agak bosan juga. Kalau tidak boleh aku layan drama-drama sambil lipat kain baju. Anak-anak pula tidur di rumah mak mertua. Boleh bayangkan keadaan aku semalam? Agak mereput jugak. Sudahlah tiada kawan nak bercakap. Tapi dapatlah buat kerja-kerja rumah. Begitulah kisah semalam. harap pihak Telekom dapat menyelesaikan masalah aku secepat mungkin.

Begitulah kisah semalam. Agak tidak berapa normal rasanya hidup semalam. Hahaha. Over sangat kau, Fyda Adim! yhari ini cubua untuk kembali seperti orang normal. Hehehe...Oklah, sekian dulu untuk entri pagi ini. Wassalam.

Salam pena,




Sunday, November 29, 2015

Candy Dessert Corner

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Entri ini sudah lama tertangguh. Pengantin pun sudah balik berbulan madu agaknya. Dari sehari ke sehari dan kini sudah bawa ke bulan namun entri ini tetap juga di dalam draf. Mood nak menceritakan hal candy booth hasil kerja tangan aku dan biras masih belum kunjung tiba. Diseru-seru pun tidak juga menjengah.

Hari ini aku up kan entri ini juga. Gigih menaip di malam hari untuk menyiapkan entri yang tidak seberapa. Nak cari mood untuk menulis entri ini macam gaya nak tulis novel. Hehehe....Seperti yang sedia maklum, bulan Oktober yang lalu berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar aku. Memandangkan aku ada geng untuk melaksanakan impian untuk candy booth makanya berbulan-bulan juga kami menyiapkan segala mak nenek yang mahu digunakan untuk candy dessert corner kami. Kebanyakannya kami diy aje. Di situ sudah boleh menjimatkan duit.

Mari lihat hasil kerja kami yang tidak seberapa tapi kami berdua amat berpuas hati dengan idea kami sendiri.

Backdrop untuk candy dessert kami. Kain tabir tu kita orang beli kat Nagoya. Semeter RM2. Jadilah kan daripada tak ada.

Inilah rupanya .

Tengoklah makcik berdua tu gigih menyusun segala makanan dan mendeko. Pagi-pagi lagi kita orang dah hadap benda alah ni. Tidur pun tak cukup tapi demi merealisasikan candy dessert ni maka dirabakkan juga mata.

Ini candy corner. Macam-macam yang ada.

Choki-choki, gula, jelly dan sebagainya.

Coklat fountain tidak dilupakan. Penyeri candy booth kami.

Ini pula sudut dessert.

Bermacam-macam kuih-muih yang kami sediakan.

Cupcake ni aku order daripada kawan sekolah aku. Kalau mahu cuba boleh pm facebooknya di SINI.

Muffin ni aku order dengan isteri opismate aku. Sangat sedap sekali. Ramai yang puji kata muffin ni sedap. Kalau mahu order boleh roger di SINI.

Apam polkadot pula aku order dengan jiran setaman aku. Kalau mahu order boleh roger As di SINI.
Talam cendol yang sangat sedap. Ini aku order dengan orang yang sama untuk muffin.

Ini lagi sebahagian daripada dessert. Ada cheesetart, fruit tart, cream puff, congo bar dan bermacam lagi. Itu sahaja entri candy booth aku yang sudah sebulan tertangguh untuk dipublishkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua. Mana tahu boleh memberi idea pada orang lain pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,






Saturday, November 28, 2015

Memori Jumaat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat pagi sabtu. Sudah semestinya hari yang ditunggu-tunggu buat yang bekerja selama lima hari. Masa untuk bersantai dan meluangkan masa bersama insan-insan tersayang. Pagi ini aku berdua dengan asben. Anak-anak malam tadi tidur rumah mak mertua. Tak mahu balik budak berdua tu. Jadinya mak dan apaknya tinggal berdua. Sunyi kejap rumah ni. Petang nanti baru jemput mereka.

Berbalik kepada tajuk entri, semalam jumaat kan. Ada beberapa perkara yang ingin diceritakan. Pejabat aku diberitahu tentang kedatangan Ketua Pengarah JKMM yang mahu melawat pejabat kami. Dalam memo sudah dimaklumkan bahawa Dato KP akan datang jam 9.00 pagi. Jadi pagi semalam memang tidak sempat untuk bersarapan. Perut sudah berdondang sayang. Kebiasaannya memang awal pagi sudah pergi mencari makanan untuk memenuhi permintaan perut. Hahaha....

Dalam sibuk menunggu kedatangan Dato KP, dari luar terdengar ada yang berkata ada dua buah kereta bomba. Kereta ke trak ke? Mana-mana ajelah ikut pemahaman masing-masing. Aku pun kalut keluar nak menjengah kat koridor. Bajet-bajet reporter Melaka Hari Ini. ^___^

Iniah suasana di bawah. Pandangan yang aku ambil sewaktu berada di tingkat dua. Orang ramai sudah ramai yang ada di tepi jalan. Tanya punya tanya rupanya kotak fius di PKMD Melaka Tengah terbakar. Tengok kereta bomba sampai dua buah ingatkan kes berat. Aku tak turun tengok pun cuma tengok dari atas. Kemudian masuk balik ke dalam. Orang lain santai je aku tengok. Jadi aku pun santai ajelah. Itu satu hal.

Selesai hal terbakar tu, dalam jam 9.30 pagi Dato KP pun tiba. Kalut pula aku ke bilik mesyuarat. Nak cop tempat sebab aku dengar Dato KP sudah tiba di lif. Jadi dengarlah beberapa pesanan daripadanya. Selesai perjumpaan dalam jam 11.00 pagi. Kemudian kami dijemput makan.

Memandangkan pagi semalam agak kalut, CC Mira ajak aku dan Mira Mokhtar keluar. Akhirnya kami ke Aeon aje. Tak beli apa pun. Tipu! Aku pergi Aeon memang bercadang nak beli sandal. Maklumlah sandal aku tapaknya sudah haus. Memang sudah sampai masanya untuk diganti baru. Selesai membeli kami terus ke food court dan aku makan chicken chop. Kami sampai di pejabat semula tepat jam 2.45 petang. Begitulah kisah semalam. Sekian dulu entri ringkas untuk pagi ini. Wassalam.

Salam pena,








Thursday, November 26, 2015

Saya Jual Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan nak menaip entri ini. Baiklah saya kongsikan aktiviti saya yang terbaru selain daripada aktiviti berblogging dan menulis. Bermula awal bulan Oktober tempoh hari aku sudah mula menjual kukis.

Ini bermula bila mana aku mahu menghantar choc chip kukis aku ke sebuah butik vendor di Melaka. Nanti akan aku ceritakan lebih lanjut mengenai butik vendor tersebut. Jadi mari aku mulakan dengan cookies yang menjadi pilihan hati. Chocolate Chip Cookies. Kukis ini menjadi feveret di kalangan kawan-kawan sekolah. Ini memang resepi mak aku. Dulu pernah jugaklah mak jual biskut masa raya. Lepas tu mak stop bila keadaan mak pun dah tak larat dan sekarang aku terpanggil untuk menyambung aktiviti menjual kukis mak.

Inilah rupa kukis aku.

 Ini aku pack dalam bekas kecil yang berisi 22 keping kukis. Harganya hanya RM8 sebekas.

Inilah kukis yang sudah siap dan mahu dihantar ke butik vendor. Pada sesiapa yang mahu mencuba boleh hubungi aku. SMS atau whatsapp di 017-6741270 atau emel aku di alfidah83@gmail.com.

Harga bekas kecil : RM8 / 22 pcs
Harga sebotol : RM24.00 / 50-55 pcs

Sesiapa yang berminat untuk merasa cookies aku bolehlah hubungi aku pada nombor yang tertera. Boleh dijadikan sebagai kudapan dan juga goodies untuk apa jua majlis. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Wednesday, November 25, 2015

Santai Jumaat Bersama Geng

Assalamualaikum salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Entah kenapa kebelakangan ini mood kemalasan menjadi-jadi. Nak menulis blog pun bila tak kena anginnya memang aku biarkan je. Log masuk tapi sudahnya aku akan aku tekan butang pangkah. Habis cerita. Ini pun diseru-seru mood menulis. Itu yang timbul beberapa entri untuk minggu ini.

Cerita belum habis. Banyak sebenarnya mahu diceritakan di sini, dikongsikan namun apakan daya. Masa amat mencemburui aku. Hehehe...Kisah majlis perkahwinan adik ipar pun masih belum dapat dikongsikan di sini. Dengan candy booth hasil sentuhan aku bersama biras. Nantilah ye.

Marilah cerita kisah jumaat di kala waktu rehat yang panjang. Ini kisah jumaat beberapa minggu lepas. Tengok cerita sudah basi. Makanan yang dimakan pun dah selamat menjadi bahan kumbahan. ^______^

Memandang sudah ada di draf maka aku gigihkan juga untuk menulis. Malam tadi aku tulis beberapa entri untuk diautopublishkan. Hah kan sementara ada kerajinan baiklah kita buat. Jangan ditangguh-tangguh.

Kami lepak di McD Ayer Keroh. Biasalah masa-masa inilah digunakan untuk bersama geng.

Menu makan tengahari.

Aku bersama geng yang kedua-duanya bernama Amira. Yang sebelah aku sesiapa yang selalu baca blog ini mesti dah kenal. Dia memang selalu bergentayangan dalam blog aku ini. Hehehe...Yang tudung pink tu sebenarnya dulu satu pejabat dengan aku kemudian dia bertukar jabatan dan sekarang masuk balik pejabat lama. Begitulah kisahnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Alasan Untuk Bahagia OST Setulus Janji

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Kalau entri sebelum ini aku ceritakan hal drama Setulus Janji, kali ini masih lagi mahu menceritakan perihal drama itu. Penangan sungguh drama itu. Kuat! Aku ulang beberapa kali juga episodnya tanpa jemu. Hahaha...

Aku kalau dah tersangkut drama memang gitu peelnya. Mulalah hidup terawang-awang dek penangan novel tu. Mulalah perasaan dihantui watak-watak dalam drama tu. Hah sampai gitu sekali kan. Dasyat tak?

Kalau kat pejabat yang selalu rajin melayan aku hal drama-drama ni siapa lagi kalau bukan Mira Mokhtar. Kena pula dia pun kaki drama. Tapi bukan semua drama yang kita orang ni ikut. Tidaklah tegar juga. Bergantung pada pelakonnya.

Tengok gambar ni nampak sweet sangat mereka. Kejap-kejap ditatap gambar ni. Macam orang angau pula. Hehehe...

Jadi entri ni aku nak kongsikan lagu ost Setulus Janji. Lagunya bertajuk Alasan Untuk Bahagia nyanyian Asfan. Aku dengar lagu ni tak tahulah meremang-remang bulu roma sambil terbayang-bayang hero dan heroinnya.


ALASAN UNTUK BAHAGIA

Ohh..
Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Terus pergi membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu

Dan tidak bisa ku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untukku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Kini yang tinggal hanya
Sisa sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

ohh.. Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Lagunya best jugak. Aku beria dengar lepas tengok dramanya. Selamat mendengar dan menghayati lagu ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Setulus Janji Adaptasi Novel Aina Emir

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Ini adalah entri scedule ye. Bukan aku menaip di kala waktu bekerja. Tidak sama sekali melainkan kalau sudah kebosanan tahap melampau mungkin aku menulislah juga. Cuma memberitahu supaya tidak tersalah tafsir. Malam tadi bersengkang mata menaip beberapa entri. Gigih ke dak?

Baiklah, siapa yang menonton drama Setulus Janji? Waktu siarannya setiap hari sabtu dan ahad jam 7.00 malam di TV1. Aku memang ikut drama bersiri ini. Satu sebab penulisnya, Kak Aina Emir. Dua, sebab pelakon-pelakonnya. Drama ini adaptasi daripada novel Kak Aina Emir. Sejujurnya aku memang tak pernah baca pun novel Kak Aina. Tapi bila aku ikut drama ini, hati aku melonjak-lonjak untuk dapatkan novelnya.

Inilah cover novel Setulus Janji. Aku sudah dapatkan novel ini secara online. Nanti aku ceritakan ye.

Inilah pelakon utamanya yang membuatkan aku lebih tertarik untuk mengikuti drama bersiri ini.

Heronya Azlee Khairi dan heroinnya Fida Ibrahim.

Ini sudah semestinya babak-babak manis antara hero dan heroinnya. Serba sedikit jalan ceritanya yang aku peroleh dari sumber google.

Sinopsisnya :

Ilham dan Insyirah dua beradik angkat yang dibesarkan  bersama sebagai abang dan adik. Tanpa diduga ada rindu bertamu di hati mereka. Namun, keduanya tidak mampu bersuara, takut andai mereka bertepuk sebelah tangan.
Bertahun-tahun mereka memendam rasa.Hinggalah kedatangan Aiman mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga mula mengikat Juwita sebagai tunangannya.Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak rela.Keajaiban berlaku, Ilham dan Insyirah disatukan sebagai suami isteri.

Apakah kesudahannya? Sama-sama kita saksikan. Pada sesiapa yang mahu menonton bolehlah menontonnya setiap sabtu dan ahad. Baru episod 10 kalau tak silap. Ada 26 episod semuanya. Kalau yang sudah terlepas episod sebelum-sebelumnya bolehlah tonton secara online. Aku selalu ulang di SINI. Selamat menonton semua! Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Hari Gaji Mesti Semua Orang Suka!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekejap saja kita sudah berada di hari rabu. Aku seperti biasa melakukan tugas sebagai seorang ibu dan pekerja untuk hari-hari biasa ni. Pagi bergegas menghantar anak-anak ke rumah emak. Cuti sekolah ni tidaklah huru-hara sangat. Hehehe...

Paling best jalan pun tak jem. Kuranglah tekanan perasaan di waktu pagi. Kalau waktu sekolah, awal pagi sudah diragut kebahagiaan. Sepanjang jalan stress. Hahaha...Jem sana sini. Mahu berkejar ke tempat kerja nak mencari parking pula. Kemudian mahu memanjat tangga pula hingga ke tingkat dua. Begitulah kehidupan.

Hari ini biasalah hari yang ditunggu-tunggu buat semua kakitangan kerajaan. Hari gajikan. Bulan ni aku rasa lambat sangat masa berlalu. Bila hari gaji ni biasalah menguruskan hutang-piutang. Selesaikan bil yang bermacam-macam.

Sudah tolak semua hutang-hutang barulah boleh berbelanja untuk diri sendiri. Aku ni menunggu gaji macam-macam hal berlaku bulan ni. Mana yang kereta nak kena betulkan, sandal yang tapaknya sudah kehausan. Tunggu masa je nak tercabut tu. Jadi bolehlah kot nak beli yang murah-murah aje. Janji tidak berkaki ayam kan. Okeylah, sekian entri ringkas untuk pagi ini. Selamat hari gaji dan selamat berbelanja secara berhemah! Wassalam.

Salam pena,








Tuesday, November 24, 2015

Urusetia Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi TYT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Sudah makan tengahari belum wahai sahabat sekalian. Aku baru sahaja selesai menghabiskan bekalan dari rumah. Bawa nasi putih dan sambal udang. Kebetulan sahabat baik saya Myra Mokhtar berbaik hati memberikan lauknya iaitu telur masak kicap. Terima kasih sahabat!^___^

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Jumaat lepas kita orang ada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke 77 tahun. Aku pula dilantik menjadi urusetia yang tak berapa nak setia. Sekian lama tak bertugas untuk apa-apa majlis untuk jabatan minggu lepas dipilih menjadi urusetia. Dipilih ke terpilih ke apa-apa jelah. Hehehe...

Ini sehari sebelum majlis. Kita orang kena melawat kawasan. Dua orang ni namanya Amira. Kini saya ada dua orang sahabat bernama Amira.


Entah apa yang dibincangkan. Aku macam biasa sibuk mengambil gambar macam wartawan membuat liputan.

Selesai semuanya kami diberi minum petang. Siap bungkus bawak balik.

Berderet kereta kami bertiga.


Sebelah pagi kami bergegas ke MITC menaiki kenderaan jabatan.

Sampainya kami di dewan MITC. Sesi untuk tagging meja.

Tagging meja dan inilah meja urusetia.

Sempat bergambar dulu sebelum keluar untuk rehat sebab majlisnya sebelah petang. Inilah barisan urusetia pada hari itu.

Kami bertiga pula yang bergambar.

Kemudian kami ke Melaka Mall. Bersantai-santai mengisi waktu rehat yang panjang.

Sekian lama kami tidak bergambar berdua.

Inilah masanya untuk bersosial. Hehe...

Kami bertiga sekali lagi. Aku suka sekali gambar ini. Tak tahu mengapa. Dulu bertiga juga tetapi selepas sahabat aku bertukar kini sudah digantikan. Rindu semuanya.

Kemudian kami ke MITC. Majlis bermula sebelah petang. Jam 2.30 tetamu sudah mula memenuhi ruang dewan.

Ada persembahan di depan tu.

Ketibaan TYT masa ni.

Jamuan bermula jam 4.30 petang.

Seperti biasa bertiga lagi.

Ini gambar candid. Aku pun tak perasan. Tengoklah bukan main lebar senyum. Tak silap sedang berbual dengan orang depan. Itulah cerita dan kisah aku pada hari jumaat lepas. Sesekali menyibukkan diri apa salahnya. Manalah tahu dengan cara itu kita dapat melupakan perkara yang tidak sepatutnya kita ingat. Betul dak? Sekian dan wassalam.

Salam pena,