Monday, December 7, 2015

Entri Random : Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam isnin. Selamat kembali bekerja setelah dua hari bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Tak cukup sebenarnya masa itu. Hah! Tamak haloba cakap rupa itu. Bukanlah, dua hari keluar masuk rumah kerja rumah tak juga habis. Hah!

Baiklah, hujung minggu memang masa untuk bersama keluarga. Masa sebenar kami berempat yang sebetulnya hanya hari sabtu. Seminggu sekali. Sedih! Paksa rela untuk redha. Jadi untuk hujung minggu ini aku memang sudah set awal-awal ajak asben makan luar. Hah! Bising orang tua tu sebab aku asyik ajak dia makan luar. Yelah, time dia ada baru nak jalan-jalan kan. Kalau jalan tu maksudnya keluar makanlah.

Jadinya, jumaat malam sabtu aku memang dah sound dari minggu lepas nak makan roti nan. Dah teringin benar. Dah rasa kat hujung-hujung tekak dok telan ayaq liuq. Dasyhat perangaikan.^____^ Bila nak makan roti nan, tempatnya seperti biasa di Pak Putra Restoran. Pernah pergi tak orang Melaka?

Sorang satu air. Semua memang minum suam-suam. Fresh oren suam tu untuk Adriana. Dia tu memang tekak nak yang mahal-mahal.

 Aya tandoori ni memang sedap.

Menu tambahan. Ini memang mabeles. Namanya tawa prawn. Sila makan dengan gelak tawa. Memang sedap!

Aku punya cheese nan.

 Set menu kami malam itu.

Okey, beralih kepada cerita lain. Terselit cerita ke klini dalam entri jalan-jalan cari makan. Ini bukan cari makan tapi cari pasal. Sejurus pulang dari Bayou Lagoon, (entrinya di SINI) sebelah malam aku ajak asben ke klinik sebab tangan Adriana merah-merah. Mula-mula sebelah tangan kemudian berjangkit sebelah tangan lagi dan kemudian ke muka pula. Maknya dah cuak. Sebelum melarat baiklah ke klinik. Kat klinik dengan empat jenis ubat, terbang RM54.

Balik dari klinik singgah makan di kedai mamak. Restoran Asri dekat Bukit Beruang. Sebab sudah kelaparan dari Bayou Lagoon tu, aku hentam sepinggan nasi goreng ayam. Aku suka makan nasi goreng serta ayam goreng kedai mamak ni. Tanya Ammar nak makan apa? Jawabnya nasi. Sudahnya makan nasi putih berlaukkan kari. Begitulah kisah aku dan keluarga pada hujung minggu. Masa yang ada sangat berharga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: