Monday, January 11, 2016

Parcel Yang Ditunggu-tunggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

11.1.2016

Selamat pagi semua. Kembali bekerja dan kembali menjalankan rutin menghantar anak-anak ke sekolah. Kembali rutin pagi kelam kabutku. Berkejaran menghantar Adriana ke sekolah, tak boleh keluar rumah lambat nanti kena tulis nama pula, kemudian hantar Ammar ke tadika pula, kemudian hantar beg-beg baju dekat rumah mak, akhir sekali memecut ke tempat kerja pula. Kena sampai sebelum jam 8.00 pagi. Selalunya sampai depan punch card seminit sebelum jam 8 itu sudah dikira bagus tu. Huhuhu....

Baiklah, minggu lepas aku menanti barang yang aku order secara online. Memang tak sabar nak dapat parcel tu. Bila kata sudah pos aje esoknya jadi tak keruan selagi tak nampak abam pos laju tercongok kat kaunter. Aku dah berkira-kira, nampak aje abam pos laju terus meluru ke depan. Hah gitu!

Inilah parcel yang aku tunggu-tunggu tu.

Taraaaaa. Kalenda kuda bertemakan blog aku. Aku suka! Aku suka! Tahun ini aku buat mini kalendar kuda uuntuk diberikan pada rakan-rakan blog yang istimewa serta kawan-kawan yang ada. Mana yang adalah sebab aku buat pun tak banyak.

Frigde magnet yang bertemakan blog juga. Aku guna gambar dari header kalendar kuda tu aje. Cantik kan? Aku suka order dengan Dida Zenal ni. Puas hatilah. Aku dah banyak kali juga order dengan dia ni. Kalau berminat korang bolehlah terjah FBnya. Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




No comments: