Friday, February 19, 2016

Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Salam jumaat. Bila tiba hari jumaat tu semangatnya lain macam. Hahaha. Sebabnya? Esok cuti. Esok adalah hari untuk bersama keluarga. Ini pun dalam kepala dah fikir hujung minggu nak masak apa untuk mereka bertiga.

Selagi bernafas di muka bumi ini, merekalah kebahagiaan buat diri saya. Tetiba saya? Sopan sungguh. Sesekali biar tampil imej sopan santun tu. Hehehe...

Hujung minggu ini ada tugasan yang menunggu. Semoga aku dan rakan kongsi dapat menjayakan misi kami ini hingga ke penghujung dan menemui kejayaannya. Semoga dipermudahkan urusan kami berdua.

Di sini, aku kongsikan tujuh kunci kebahagiaan dalam hidup kita. Semoga bermanfaat buat semuanya dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau ini. Aku pun sedang belajar untuk melupakan perkara yang telah melukakan hati aku. Perkara yang membunuh separuh jiwaku. Tapi tak mengapalah, ada hikmah semuanya berlaku. Dari situ, membuka mata aku. Bersyukur dengan kehidupan yang kini.

Salam pena,




No comments: