Thursday, March 24, 2016

Agenda Hari Ini

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini aku cuti sebab asben pun cuti. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan hari ini. Dari pagi hingga ke petang. Misi 2 April pun terlibat dalam agenda untuk hari ini. Pagi tadi hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian kami laki bini, berdua pergi sarapan.

Sementara menunggu Ammar balik sekolah jam 12.00 tengahari, kami pulang ke rumah dulu sebab mahu mengemas rumah. Aku kena siapkan kad jemputan untuk print kejap lagi. Kalau tak buat hari ini memang tak sempat. Tinggal minggu ini aje persediaannya.

Hari ini hantar anak-anak secara berjemaah. Mamat tengah tu terpaksa senyum. Nampak mama pakai baju jalan dia sudah mula buat drama. Menangis tak mahu ke sekolah. Tengok senyumannya. Memang terpaksa. Alahai...Kalau ikutkan hati mama memang aku angkut dia balik. Hahaha...Lagi pun tadi badan dia macam dah dedau. Itu yang janji nak jemput dia balik nanti.

Sarapan berdua bila anak-anak tiada. Bukan senang nak dapat luangkan masa begini. Orang tu pagi-pagi sudah pesan limau suam. Mahu mencantas lemak walhal santapnya mee kari.

Malam tadi makan malam best sebab papa balik bercuti awal. Hehehe..Poyo. Dapatlah tiga hari di rumah. Makanya aku berehat daripada kerja hakiki menjadi supir! Itu yang menariknya. La la la...

Sekian, wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: