Friday, April 29, 2016

Ujian Itu Hadiah Dari Allah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekarang ni kalau nak menulis kena tunggu mood datang. Zaman entri setiap hari atau satu hari hari ada dua tiga entri sudah lama berlalu. Sekarang ni kalau dalam seminggu dapat tulis satu entri pun dah kira cukup baiklah tu.

Berbalik kepada tajuk entri pagi ini. Ujian itu hadiah dari Allah buat hambanya. Bila saat di mana kita diberi ujian hidup itu tandanya kasih sayang Allah pada hambanya. Dalam meniti hari-hari, kita sebenarnya telah melalui pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Tanpa sedar atau pun tidak. Ujian Allah datang bersilih ganti menyapa diri dengan tahap kemampuan setiap hambanya.

Setiap dugaan kita berbeza-beza. Kita didatangkan dengan ujian yang pelbagai bentuk. Janganlah pernah rasa kecewa. Kala itu, Allah rindu untuk mendengar doa dan rintihan kita. Memang berat untuk menghadapinya namun kekuatan itu perlu ada dalam diri. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan kesedihan. 

Aku kongsikan petikan yang aku jumpa di FB beberapa hari lepas. Kata-katanya begitu menyentuh hati. Semoga kita menghayati kata-kata ini sedalam-dalamnya.

๐Ÿ‘๐ŸผNicely written...Al Fatihah to the writer.๐Ÿ’

UJIAN KIFARAH DOSA ?


Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu.. 

Allah dah janji, 

INNA MA'AL' USRI YUSRO..
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !! 

Manusia tak suka tengok orang menangis.. 
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.. 

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Semoga bermanfaat untuk semua dan semoga kita diberi kekuatan dalam menempuh setiap dugaan hidup yang didatangkan kepada kita.

Salam pena,




No comments: