Thursday, May 26, 2016

Ahad Ke Kenduri Lagi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Ahadnya aku ke kenduri lagi. Namun asben dah pulang ke pangkal jalan. Makanya aku dan anak-anak saja yang pergi memandangkan emak beria-ia mengajak pergi rumah makcik. Kalau asben tak ada aku memang malas nak ke mana-mana.

Bila berjanji dengan sepupu untuk pergi sekali dan kita orang jumpa di rumah mak. aku yang drive ke rumah makcik yang terletak di Paya Rumput. Laluan ini bukan laluan biasa untuk aku. Selalu aku memandu dekat-dekat aje. Dari rumah ke rumah mak ke kerja. Itu ajelah laluan biasa untuk aku.


Kami bertiga dalam perjalanan ke rumah emak.


Kami sudah siap mahu ke kenduri tapi gayanya mahu jadi seperti kendarat.


Masa ni sudah sampai di rumah makcik. Sudah selesai makan pun.


Dari rumah makcik singgah Tesco Cheng. Saja jalan-jalan. Bawak anak-anak main game. Sudahnya maknya pun terjebak shopping sehelai jubah. Itu yang aku malas nak keluar jenjalan. Hehehe...


Seronok Ammar. Boleh bankrap duk dalam tempat game. 


Lepas penat main game, singgah duduk dekat foodcourt. Minum air, basahkan tekak yang dah kering terjerit-jeritkan kat anak-anak. Maknya pun sibuk main bola. Seronok pula. Siap suruh Adriana tukar duit. Patutlah budak-budak ni teruja. Itulah aktiviti kami hujung minggu yang lepas.

Salam pena,



No comments: