Monday, May 9, 2016

Pertemuan Tiga Sahabat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat hari isnin. Isnin pasti dikaitkan dengan hari lemau. Monday blues. Aku bukan kata isnin je yang blues sampai khamis blues kut. Hehehe...Teruk sangat bunyinya. Jumaat baru datang semangat. Hahaha...

Isnin sendu. Dalam sendu kerja tetap perlu diselesaikan. Baiklah berbalik kepada tajuk entri, ini cerita dua minggu lepas. Aku dan Mira Mokhtar diajak makan tengahari oleh Kak Hanisah. Kak Nisah ni dulu satu pejabat dengan kita orang tapi dah bertukar ke Kem Terendak bulan jun tahun lepas. Walaupun dah bertukar kami tetap bersahabat seperti sebelumnya.

Jadi jumaat tengahari dua minggu lepas, Kak Nisah jemput kita orang di pejabat. Dia tanya nak makan apa? Nak makan mana? 

Dia nak belanja boleh pula tanya kita orang. Kita orang ikut aje mana dia nak bawak. Orang nak belanja takkan nak demand. Hehehe...


Sudahnya dia bawa kita orang ke sini.


Aku order air apa ni pun dah lupa. Mocca rasanya.


Ini makanan aku. Sedap spageti ni.


Aku dan Mira Mokhtar.


Bila kami bertiga berjumpa cerita tak habis-habis. Cerita mengimbas kenangan pun ada termasuk sekali. Ini pun tak cukup korum bila dua orang kakak-kakak kita orang yang sudah bersara tidak sertai perjumpaan ini. Suatu hari memang nak berkumpul beramai-ramai. 

Satu hari nanti. InsyaAllah...

Salam pena,




No comments: