Wednesday, June 29, 2016

Kunjungan Tetamu Ke Teratak ApenIda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Salam 24 Ramadan. Berbaki enam hari saja lagi. Terasa semakin sebak bila Ramadan bakal meninggalkan kita. Cukupkah ibadah yang kita dilakukan?

Sabtu lepas, aku ajak family aku berbuka di rumah. Setelah merancang dengan asben, kami pilih hari sabtu. Asben ada lagi. Boleh raikan birthday ayah yang jatuh pada ahadnya pula. Family sebelah aku tak ramai memandangkan aku hanya dua beradik.

Bila ada tetamu yang mahu berkunjung, yang memeningkan kepala adalah pasal menu. Fikir punya fikir akhirnya terciptalah beberapa menu yang sepenuhnya aku masak seorang diri. Selalu asben tolong tapi hari tu asben sibuk pergi hantar Adriana ke kelas taekwando dan servis kereta aku.

Pizza roti. Dari minggu lepas teringin nak buat. Jadi aku realisasikan sabtu tempoh hari.

Kerabu ayam. Stok perut sudah kehabisan jadi asben suruh letak ayam aje. Ayah dengan mak aku suka pula.

Pizza roti yang sudah siap dibakar.

Menu yang telah dihidang. Selain kerabu ayam, aku masak tomyam campur dan kari daging. Bila makan beramai-ramai kenalah duduk di bawah.

Mak serta ayah aku bersama cucu-cucu. Yang dua orang cucu lagi entah ke mans membawa diri.😁

Kek untuk ayah aku. Aku panggil ayah aku 'mama'. Dalam masyarakat bawean ada yang panggil ayahnya begini termasuklah aku. Sedap pula kek ni.

Ayah potong kek sambil didendangkan lagu 'Happy Birthday' oleh cucu-cucumya. Seronok si cucu-cucu bila tengok atok potong kek. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, June 28, 2016

Iftar Bersama Kawan Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Hari ini datang rajin. Ini entri kedua untuk hari ini. Banyak dah entri yang tertangguh. Bertimbun gambar dan entri yang didraf.

Khamis lepas kami berbuka di luar. Seperti biasa asben balik khamis tu. Jadi plan akhir berbuka dengan kawannya dan keluarga.  Sebenarnya isteri kawannya juga kawan aku. Maka plan ini si isteri yang merancang sesama sendiri. Dari sehari ke sehari merancang akhirnya yang berjaya plan saat-saat akhir.

Kami memilih ke sini saja memandangkan permintaan suaminya mahu makan di tempat yang berhawa dingin. 

Pizza yang dipesan. Ada dua jenis pizza. 

Spageti permintaan cik kak aku yang berpuasa hari itu. Ikutkanlah seleranya.

Ini namanya sudah aku lupa. Tapi ada creamy pada namanya. Sedap!

Gambar ini cik kak aku yang amik.

Kali ni asben pula yang amik gambar. Nampak sekerat gambar cik kak aku.

Ini baru full gambar cik kak aku. Bising dia tengok gambar sekerat dia tu. Itulah kisah kami pada 19 Ramadhan. Moga diberi peluang lagi sebegini. Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


Persiapan Raya Part 1

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Salam 23 Ramadhan. Maknanya berbaki 7 hari saja lagi kita mahu sampai ke penghujung Ramadhan. Pasti suasana ini dirindui. Rasa sedih menyelubungi diri apabila Ramadhan kian sampai ke penghujung.

Dua minggu lepas asben ajak kami pergi membeli-belah baju raya untuk anak-anak. Anak-anak aje. Aku pakailah apa yang ada. Malas nak fikir sangat. Raya pun yang paling teruja adalah anak-anak. Zaman aku dah lama berlalu.

Teman si anak dara cuba seluar jeans. Sempat kami bergambar dalam fitting room.

Teman si adik pula. Mak tak membeli tapi kerjanya menemankan anak-anak.

Asben cari seluar untuknya.

Longgokkan seluar yang membuatkan dia rambang mata.

Selesai memilih marilah bayar. Tak boleh duduk lama-lama dalam ni. Hehe...

Bukan main suka cik kak aku ni.

Kiri kanan pegang beg. Dah dapat baju, dua-dua tak nak pimpin maknya. Berjalanlah mak seorang diri di belakang.

Kemudian kami berempat terus berbuka puasa di luar. Pilihan kami hari tu adalah roti nan.

Pilihan aku pula semestinya cheese nan bersama ayam tandoori. Sedap sekali. Begitulah kisahnya. Persiapan yang ala kafar. Tidak berlebih-lebih supaya tidak membazir. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, June 23, 2016

Kisah Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Lagi beberapa minit mahu berbuka. Aku tengah melangut dekat Pizza Hut tiga beranak sementara menunggu kedatangan asben dan juga kawan asben sefamily. Jadi untuk memenuhi masa yang senggang ini aku pun updatelah entri-entri yang tertangguh di dalam draft.

Empat hari sebelum menyambut Ramadhan adalah ulangtahun kelahiran aku. Dah tua. Genaplah 33 tahun usiaku. Dah masuk zaman remaja purba. Hihihi...Selalu si Myra Mokhtar kata aku dah tua.

Kebetulan masa ulangtahun kelahiran jatuh pada hari khamis. Asben balik berhujung minggu.

Dia bawak balik mee racun. Sedap sekali.

Kemudian dia belikan kek SR. Aku memang request sebenarnya. Dah lama tak makan. Asben aku memang tak tahu sesi buat kejutan. Dia memang patern tanya aku nak apa.

Menu kami malam itu bagi meraikan ulangtahun kelahiranku. Ini pun dah cukup bila meraikan bersama tersayang. Segalanya lebih bermakna. Hadiah pun asben tanya masa pergi JPO. Dapatlah aku seutas jam tangan. Alhamdulillah. Seadanya aku menerima. Sekian dulu. Wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, June 22, 2016

Diari 13 Ramadhan - Iftar Beramai-ramai Di Teratak ApenIda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat petang semua. Barulah ada kesempatan nak menulis blog. Penat rasanya otak ni. Macam-macam yang difikirkan sejak dua menjak ini. Jadi rehat kejap. Blog adalah terapi untuk menghilangkan stress. Suatu kenikmatan untuk diri sendiri apabila dapat menulis di sini.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Sabtu lepas aku dan asben ajak keluarga belah dia berbuka di rumah kami. Rabu tu dah hantar jemputan di group whatsapp. Akuler mangsa untuk menghantar jemputan setelah emnerima arahan. Hehehe. PA kan mestilah gitu kerjanya.

Jadinya aku mulalah memikirkan menu. Bermacam-macam menu yang bermain-main di benak ini. nak masak macam-macam. Bila dah dapat idea barulah aku usulkan pada sang suami.

Misi di dapur bermula. Cuba teka masak apa ni?

Tadaa. Nasi limau purut. Semerbak bau limau purut.


Ayam masak merah, kerabu perut dan sayur campur. Ada satu lagi lauk kari daging.

Brownies ni dipayung oleh biras aku.

Kari daging air tanganku.

Puding roti permintaan sang suami.

Mak mertua aku masak mee bandung. Beginilah rupanya kalau sudah berbuka beramai-ramai.

Inilah keluarga aku sebelah suami. 

Selesai maghrib, potong kek pula sempena meraikan ulangtahun kelahiran mak mertua aku yang jatuh pada 14 Jun 2016 iaitu hari selasa. Mak mertua dikelilingi cucu-cucunya seramai lapan orang. Itulah rentetan entri ini. Seronok walaupun kepenatan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, June 19, 2016

Diari 12 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Jam menunjukkan 10.04 malam. Aku menaip melalui telefon bimbit. Menunggukan si Ammar habiskan kerja sekolah bahasa cinanya. Punya bersopan santun dia menulis. Tak tahu pukul berapa habisnya. Semalam aku sibuk tak ada siapa nak hadapkan dia. Inilah makannya.

Jumaat 12 Ramadhan, aku terus balik rumah. Memandangkan asben ada dia yang ambil alih tugas menjemput abak-anak. Ringan sikit beban di bahu. Tapi dengan syarat aku kena masaklah. Kira macam drama Cinta 11 Syarat. Hahaha...Jadi sebelum sampai rumah aku singgah kedai runcit depan taman. Teringat kat rumah ada udang. Ting!

Menu pertama air tanganku yang sudah bermain-main di minda sejak di pejabat lagi.

Sayur wajib ada!Sayur campur je. Campak-campak aje pun.

Daging goreng kunyit yang tak berapa kunyit sangat. Nak cepat tak lama perapnya.

Ini juadah berbuka puasa jumaat hari tu. Dua jenis lauk hujung tu jiran aku bagi. Punya banyak lauk. Lepas berbuka pergi family store nak beli barang singgah rumah emak hantarkan lauk sikit.

Dari Family Store singgah rumah kakak sepupu. Dapatlah jumpa dengan anak-anak buah yang sengal. Sempat bergambar di luar rumah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, June 16, 2016

Cinta 11 Syarat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang. Hari ini kita sudah berada pada hari kesebelas Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Aku pun sudah beberapa hari tidak menulis di sini. Kesibukan mengatasi segalanya. Ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Berbalik kepada tajuk entri, siapa yang mengikuti drama bersiri Cinta 11 Syarat. Lakonan Aqasha sebagai heronya dan Bella Dally sebagai heroinnya. Drama ini ditayangkan setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang di saluran prima. Hah, dah rupa iklan di tv. Drama ini adalah adaptasi daripada novel Cinta 11 Syarat karya Muna Mahira.

Aku sekarang tengah kemaruk melayan drama ini. Kalau orang kemaruk bercinta aku kemaruk dengan drama. Kemaruk aku lagi dasyhat dari kemaruk orang bercinta. Hihihi...

Kena pula dengan heronya. Antara pelakon yang aku suka lakonannya. Biarlah orang nak kata dia selekeh, serabai, rambut panjang bla bla bla. Aku tetap minat dia berlakon.

Antara pelakon utama dalam drama Cinta 11 Syarat.

Buat masa ni, gambar ni jadi profile picture whatsapp aku. Haha..Kemaruk tak?

Dan membuktikan kemarukkan aku yang paling ketara, aku sudah pun beli novelnya beberapa hari lepas. Sejak jadi member Kedai Buku Popular, makin menjadi-jadi aku membeli buku di sana.

Sinopsis Cinta 11 Syarat :

Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

Setakat ini jalan cerita novel dengan drama ada sikit berbeza. Tapi suka lakonan Aqasha. Sekarang kawan aku si Myra Mokhtar pun sudah terjebak termasuklah kawan aku yang minat gile dengan Aqasha. Selamat menonton!

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, June 13, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat hari isnin. Selamat bersekolah buat anak-anak. Kali ini buka sekolah agak mencabar sebab berpuasa. Jangan bermain sangat di sekolah nanti keletihan. Sudah pesan pada Adriana sebelum ke sekolah.


Pagi ini keluar awal. Tapi aku hantar Adriana aje. Ammar tumpang adik ipar aku sebab awal sangat aku dan Adriana keluar. Kasihan pula dia awal sangat nanti kat sekolah.

Jadi hari ini sempatlah aku sampai di pejabat sebelum pukul 7.30 pagi walaupun dalam perjalanan tadi ada kesesakan lalu lintas sebab pokok tumbang. Beginilah coretan untuk hari pertama buka sekolah. Semoga semuanya baik-baik saja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Sunday, June 12, 2016

Menu Yang Sempat Dimasak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat malam. Hari ini menu berbuka korang apa?Aku berbuka makan nasi lemak. Berbuka kat rumah mak. Al maklumlah hari ahad kan hari bertiga.

Dua hari cuti di rumah tak sempat nak membelek blog bagai. Sibuk dengan kerja-kerja rumah yang ada. Minggu ni settle lipat baju walaupun dua kali trip.

Menu berbuka sempatlah juga masak walaupun seringkas yang boleh. Masih ada beberapa menu yang sempat aku siapkan.

Menu untuk ramadhan ketiga. Mee basah. Permintaan ayahanda. Aku masak kat rumah mak.

Menu untuk ramadhan keempat. Asben balik. Haruslah masak gempak sikit. Kononnya nak menyambut kepulangannya. Akan tetapi belum sempat disambut dia sudah muncul. Sudahnya serta sekali aku di dapur.

Menu untuk ramadhan kelima. Hari jumaat aku berbuka di rumah mak mertua. Aku masak bubur jagung aje.

Semalam untuk ramadhan keenam. Aku masak nasi tomato serta adik-beradiknya. Telur rebus serta salad tu asben aku yang buat. 

Begitulah kisah aku sepanjang beberapa ramadhan ini. Esok sudah mula kembali menjawat rutin hakiki. Semoga berjalan dengan lancar. Sekian dan wassalam.

Thursday, June 9, 2016

Meraikan Bersama BFF

Salam.

Selamat petang semua. Entri ini seperti biasa scheduled entri. Waktu-waktu begini sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka. Mana ada masa mahu berblogging.

Khamis lepas tanggal 2 Jun 2016 adalah ulangtahun kelahiran aku. Tak ada sambutan apa-apa pun. Aku pun tak cuti, asben pun tak cuti. Dah tua nak sambut apa lagi. Jadi bergembiralah di hari berbahagia dengan melangkah ke kerja. Hehehe...

Tengahari tu sempena meraikan ulangtahun kelahiran diri sendiri aku ajak si Mira Mokhtar makan tengahari di tempat yang istimewa sikit.

Tersenyum kawan dengan menu pilihannya.

Spageti bolognaise.

Minumannya yang dah aku lupa namanya.

Ini pula menu pilihanku. 

Ini minumanku. Tak silap apple kasturi rasanya.

Gambar bersama mestilah kena ada. Muka kawan tu macam terpaksa senyum. Sebabnya sebelah pagi tu dia memang gembira bagi ucapan kat aku. Tapi bila aku dapat panggilan daripada seseorang dan aku khabarkan berita itu padanya mulalah mood sendu. Hahaha...Nanti aku ceritakan kisah apa yang berlaku pada aku sempena hari lahir aku minggu lepas. Aku pun masa dapat panggilan memanglah happy gile!Dah happy pastu gile pulak!Konpius. Tapi happy gile tu tak lama bila aku terpaksa menolak.πŸ˜“πŸ˜“

Nantilah kalau ada masa aku tulis entri. Bersambung lagi di lain masa. Selamat berbuka semua! 

Salam pena,