Pages

Wednesday, July 13, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru timbul di sini setelah seminggu menyepi, Kesibukan diri mengatasi untuk menitipkan kata-kata di sini. Kebuntuan pun ada juga. Asal memasang niat mahu menulis, banyak sangat dugaan yang mendatang. Sudahnya lupakan saja niat murni itu.

Cerita banyak. Gambar pun lagilah banyak. Macam-macam mahu dikongsikan di sini. Kisah hujung-hujung Ramadhan masih ada lagi yang belum dikongsikan di sini. Aku sudah mula naik kerja isnin lepas. Dengan perasaan longlai aku gagahkan diri juga ke pejabat. Isnin tu aku masih lagi bersantai ke pejabat. Belum buat aktiviti berlari-lari anak dalam rumah. Tuan Fendy masih lagi bercuti. Semalam sepenuhnya aku kembali memikul tugas hakiki sepenuhnya. Asben sudah mula kerja.

Raya? Raya macam biasa. Bersederhana dari setiap segi. Gambar raya menimbun. Pening nak tengok. Dalam DSLR lain, dalam telefon bimbit lain. Jenuh nak pilih masuk blog.

Perjalanan aku ke tempat kerja hari pertama mula bekerja setelah sembilan hari bercuti. Seronok duduk rumah. Cuti lama sangat mulalah macam-macam perasaan menghantui bila kena kerja.

Akhir kata, rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Tak kiralah pembaca tegar ke, kurang tegar ke tak berapa nak tegar ke. Mohon ampun dan maaf andai aku ada tersilap kata dalam penulisan aku di sini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, July 5, 2016

Iftar Bersama Myra Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Sudah petang raya. Aku sudah kendur. Tadi lepas masak pengsan kejap. Sempat melelapkan mata di sofa dekat dapur mak.

Jumaat lepas aku mendapat keizinan daripada asben. Makanya dapatlah berbuka puasa dengan si Myra Mokhtar. Tahun ni merasalah lagi berbuka puasa bersama. Akan datang tak tahulah macam mana ceritanya.

Mulanya cadang nak makan chicken rice shop. Tapi full house. Jadinya ke Old Town sajalah.

Aku bersama Myra Mokhtar. Tersenyum manis sebab sedang berdarah manis. Hahaha...

Ini menu untuk aku.

Ini pula menu untuk si Myra Mokhtar. Selesai berbuka kami beli barang sikit dan terus balik. Aku tumpang sampai ke Bukit Rambai. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Berbuka Puasa di KFC

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Baru selesai memasak. Aku masak ayam masak merah aje di rumah mak. Mak masak dua lauk lain. Lauk kambing dan daging. Ini pun macam nak patah pinggang. Dari pukul 4.00 pagi tadi aku buat kerja tak henti-henti. Dari rumah sendiri bawak ke rumah mak.

Cerita minggu lepas. Berbuka puasa dengan kawan memandangkan suami masing-masing tak ada.

Tempat paling senang kononnya. Punya ramai orang. Gigih beratur. Dah nak berbuka baru dapat makanan.

Berbuka dengan set KFC kari-kari rangup.

Berbuka puasa dengan tiga orang kanak-kanak sudah cukup membuatkan maknya ala-ala tarzan.

Sebelum pulang mak-mak haruslah bergambar jugak. Sekadar buat kenangankan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tempahan Kuih Raya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Hari ini adalah hari terakhir bulan Ramadhan. Rasa sedih saat Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita akan peroleh peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Semoga ibadah kita diterima olehNya.

Dua minggu aku sibuk menyiapkan segala tempahan kuih raya. Berposak! Walaupun hanya meniaga secara kecil-kecilan namun ini sudah cukup membuatkan aku bagai mahu patah pinggang. Hehehe...

Salah satu biskut yang disiapkan adalah almond london.

Cornflakes madu.

Biskut sarang semut.

Tempahan yang sudah disiapkan.

Diagihkan-agihkan untuk pelanggan.

Cornflakes coklat untuk kuih di rumah.

Ini kuih raya untuk di rumah. Walaupun sku buat kuih raya sendiri tetapi aku beli jugak beberapa jenis kuih.

Almond london dan red velvet cookies untuk di rumah juga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, July 4, 2016

Berbuka Puasa Bersama Mak Ayah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 29 Ramadhan. Aku sudah mula bercuti. Bukan nak beraya sangat pun tapi lebih kepada bersantai. Kerja rumah tak habis-habis.

Entri sudah banyak tertangguh. Tak ada kesempatan nak menulis. Siapkan tempahan kuih raya. Itu yang masa sangat-sangat terhad.

Masa hari lahir ayah aku, kebetulan asben pun kerja. Aku bawaklah mak ayah aku pergi berbuka puasa di luar. Pilihan kami adalah di Pizza Hut. Mak kata dah lama tak makan pizza.

Adriana dan atok. Cik kak tu memang feveret kalo dapat makan pizza. Tekak mat saleh celop.

Mamat ni tak habis-habis dengan ayam.

Aku order spageti aglio olio.

Berselera masing-masing makan. Alhamdulillah dapat jugak bawa mak dan ayah aku pergi berbuka puasa di luar. Sekian dan wassalam.