Tuesday, September 13, 2016

Majlis Pernikahan Amyra Dan Alfie

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat malam semua. Nak cerita. Majlis pernikahan anak buah aku Amirah dan pasangannya Alfie telah berlangsung pada 3 September 2016. Akad nikahnya selepas Asar.

Mari tengok gambar-gambar yang sempat aku rakamkan. Biar gambar berbicara sepanjang majlis tersebut.

Suasana petang itu.

Pelamin yang terindah buat mempelai.

Pengantin dan kedua orang tuanya bersama pak imam.

Pengantin lelaki sudah sedia untuk memulakan akad nikah. Berdebar-debar masa ni.

Kami yang duduk di suatu sudut sibuk bergambar.

Makcik ni dalam pantang lagi benarnya.

Anak buah aku yang sudah cantik didandan.

Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah.

Hantaran dari pihak lelaki.

Bergambar dengan pihak lelaki.

Sebaik sahaja selesai majlis pernikahan kami pun menjamu selera. Sebelah malamnya ada marhaban dan bunga api. Nanti sambung lagi.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: