Thursday, September 15, 2016

Menghadiri Majlis Pernikahan Sepupu

Salam.

Pagi semua. Entri ini memang tersangat basi. Kalau ada gambar makanan dalam entri ini sudah selamat menjadi bahan kumbahan. Cuba bayangkan berapa lama aku perapkan entri ini. Masa tu mood nak menulis memang tak sampai. Asal aku bukak blog aku blur. Asal blur aje masa aku bukak blog.

Tak silap ini kami ke Puchong bulan lepas untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu sebelah suami. Sepupunya menikah aje dulu, majlisnya akan diadakan hujung tahun sekali dengan abangnya. Gitulah kisahnya.

Baiklah, mari tengok gambar je. Sebab dah lama berlaku aku pun dah tak berapa nak ingat satu persatu. Jom tengok gambar. Biarlah gambar berbicara.

Sebelum bertolak sarapan dulu.

Harus bergambar di dalam kereta.

Perjalanan pun bermula.

Oleh sebab majlis selepas Zohor, jadinya kami singgah Nilai 3 dulu.

Suasana sebelum akad nikah berlangsung. Barang hantaran telah siap disusun.

Akad nikah sedang dijalankan. Dengan sekali lafaz mereka bergelar suami isteri.

Suami isteri yang ini sibuk bergambar.

Dari majlis akad nikah, kami singgah GM Klang.

Kemudian singgah makan di Seremban.

Minuman untuk kami empat beranak.

Tak kenyang betul makan macam ni. Makanannya sedap jugak tapi untuk perut gedabak macam aku ni memang tak kenyanglah.

Sebelum balik suruh anak-anak bergambar.

Inilah suasana di luar kedai. Memang menenangkan persekitarannya. Selain menu yang aku makan tu sebenarnya ada juga steamboat. Kalau korang singgah Seremban cubalah terjah. Boleh tengok pagenya.

https://www.facebook.com/n9stickfactory/

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: