Pages

Wednesday, November 30, 2016

Bila Cuti Sekolah

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Minggu ini pergi kerja dengan hati banyak senang. Sebab jalan lengang. Tidak perlu berserabut dalam kereta menempuh kesesakan jalan. Seronok cuti sekolah. Anak-anak suka, maknya berganda suka.

Bolehlah menghilangkan tekanan yang menghantui semasa anak-anak bersekolah. Isunya bukan pasal anak-anak sekolah tapi isunya jalan sesak

Tiba di pejabat pun awal. Semalam tiba awal boleh lepak dalam kereta dulu dengar radio. Malas nak naik awal-awal. Bukan selalu dapat masa yang begitu. Kebiasaannya, mencungap mendaki tangga sebab nak kejarkan punch card.

Pagi isnin yang lepas semasa berhenti di lampu isyarat. Bila cuti sekolah, rutin pagiku hanya menghantar anak-anak ke rumah emak sahaja. Sebelah petang lepas kerja, aku jemput mereka semula. Begitulah rutinnya hingga sekolah beroperasi kembali. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, November 29, 2016

Sedondonnya Kami

Assalamualaikum.

Rabu lepas, pergi kerja dengan berbaju baru. Bila berbaju baru, semacam auranya. Sebenarnya aku dah dua kali pakai baju itu ke kerja. Memandangkan kali pertama pakai tidak saing dengan Myra Mokhtar, aku ulang pakai minggu seterusnya.

Kalau tak pakai mahu meroyan perempuan tu kat aku. Nasiblah baju kurung itu masih lagi di dalam timbunan kain baju yang semakin meninggi. Huhu. Berposak aku memunggah timbunan tersebut.

Sampai pagi tu terus ajak bergambar.

Aku buat kurung moden pendek. Si Myra Mokhtar kata "Kau ni bajet-bajet muda." Kahhh. Jeleslah tu.

Masuk ni dah tiga pasang baju sama yang kami ada.

Sebenarnya, kain baju kurung ni pemberian seseorang pada kita orang. Itu yang sekali lagi dapatlah aku dan Myra Mokhtar sedondon. Jadi hari itu, kami dah rupa orang kendarat pun ada, penyanyi nasyid pun ada. Ala-ala bridesmaid pun ada. Itu aje. Sekian dan wassalam.

Duit Melayang

Assalamualaikum.

Ada sahaja dugaan yang datang. Sabar. Ceritanya begini. Entah macam mana khamis lepas, telefon aku terjatuh. Sudah beberapa kali jugak jatuhnya. Selalunya boleh diselamatkan. Tak terjadi apa-apa. Tapi khamis lepas jatuhnya memberi impak. Impak pada telefon satu hal. Impak yang paling ketara adalah pada aku.

Rasa nak meraung. Kenapa masa-masa ini kau nak buat hal?Salah aku juga letak merata tempat. Menyesal pun tak sudah. Tapi memang rasa menyesal yang teramat sangat. Aku sudah rancang duit itu mahu dibuat apa. Beberapa kali aku pujuk hati. Sepanjang jalan pulang ke rumah, aku pujuk hati sendiri.

Benda dah nak jadi.

Masa itu juga aku hantar whatsapp kat laki. Mana lagi tempat yang aku nak mengadu. Dia saja yang ada. Mengadu dengan penuh motif. Haha. Mana tahu dapat belas kasihan atau ehsan daripada lelaki yang aku adukan masalah aku itu.

Sabtu malam, aku asak laki aku pergi tanya kat kedai dengan harapan masalah telefon itu tidaklah berat dan tidak memerlukan bajet yang di luar akal fikiranku. Melangkah dengan penuh harapan dan berdoa tidak henti-henti.

Aku bajet-bajet dalam RM50. Mampulah lagi. Tak payah nak mengendeng kat laki. Aku boleh guna duit sendiri. Eksen bunyinya kan.

Sekali tanya, yang tak ori RM180 manakalah yang ori RM220. Kena tukar satu set sebab skrin dia dah bergegar. Entah apa dia sebut rosaknya. RM180 tu lepas nak beli baju baru. Aku balik rumah. Tak terus tukar masa tu. Semalaman fikir dan menghantar permohonan kat laki sendiri dengan alasan-alasan yang kukuh.

Akhirnya, aku gigih menghulurkan RM180 pada kedai. Skrin terang-benderang. Macam telefon baru. Barulah mampu mengukirkan senyuman. Aku siap beli casing baru. Murah saja RM10. Aku memang cari yang murah-murah aje.

Ini casing lama. Lama jugak aku guna. Jadi selamat tinggallah. Untuk merawat hati yang terobek, biar nampak macam baru semuanya. Casing lama sudah aku campakkan ke dalam tong sampah. Sekian luahan di hati. Wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





Monday, November 28, 2016

Memenuhi Undangan Perkahwinan

Assalamualaikum.

Selamat petang. Sabtu lepas ada dua jemputan kenduri perkahwinan. Dua-dua orang asben. Satunya jemputan dari orang kastam. Satunya lagi saudara asben sebelah arwah ayahnya.

Bila ada jemputan sebegitu, aku apa lagi. Gantung kualilah. Seronoknya bukan kepalang tapi jangan nak berseronok sangat. Dua bakul baju bila mahu dilipat? Nangis tepi bucu katil.

Senyuman mak dan anak. Keluar jalan mahu tak senyum.

Rumah pertama yang tidak jauh dari rumah aku.

Peel masing-masing bila disuruh bergambar. Si mamat tu lagi over sekarang.

Aku bedal banyak ini. Maklumlah keluar rumah memang perut sememangnya kosong.

Biarlah apak melayan anak pula.

Kali ini sudah bertiga. Aku amik anak buah aku nak bawak sekali pergi orang kawin.

Pagi tu tiba-tiba teringat Nayli. Terus cakap dengan asben aku nak bawak dia sekali. Telefon adik aku suruh siapkan dia.

Hari tu, dia jadi anak bongsu aku.

Kali ini majlid diadakan di Dewan Hang Tuah.

Nayli makan dengan berselera sekali.

Sebaik habiskan nasi, mataku tertancap ke arah tapai yang bergentayangan di atas meja. Cakap dengan asben "Sedapnya."

"Tak boleh makan kan." Dia jawab sambil tolak pinggan tapai itu jauh daripada aku. Kemudian aku suruh dia tolak pinggan tu dekat dengan aku. Rasalah satu nanti kempunan pulak.

Si Adriana yang amik gambar ni.

Tudung merah tu mak mertua aku. Sebelah kanan tu biras aku dan yang buat peace tu adik ipar aku yang bongsu.

Sebelum pulang suruh Nayli bergambar. Anak-anak aku sudah berlari entah ke mana.

Masa nak keluar dewan boleh pulak terserempak dengan kakak sepupu aku. Rupanya jiran satu taman lama dia dulu.
Betapa kecilnya dunia.

Singgah Jakel beli kain emerald green untuk anak-anak untuk majlis disember ini nanti.

Kita orang ke Aeon. Seperti biasa aku ke Popular.

Malam tu aku asak laki aku ke Mydin sebab nak tanya harga kalau betulkan telefon bimbit. Aku cerita lain entri. Kemudiannya laki aku teringin makan sizzling.

Anak-anak makan nasi ayam. Masa tahu harga untuk betulkan telefon aku, makan pun jadi tak selera. Iye iye lah kau kan. Tapi licin gak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Aku, Majlis Perpisahan Dan Karaoke

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, pejabat adakan majlis bagi meraikan seseorang yang akan bertukar ke tempat baru kerana mendapat kerja baru. Hari itu bahagian aku iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan adakan makan-makan secara potluck.

Jumaatnya pula hati sendu sebab telefon aku rosak. Nasib baiklah laki aku balik. Jadi aku cilok telefon dia. Pinjam sehari itu aje sebab nak bergambar. Nak dijadikan cerita jumaat tu, bukan aku seorang aje yang bersendu tapi si Myra Mokhtar pun bersendu.

Pagi tu dia datang, aku tegur dia. Dia boleh main jeling aku. Hei, you!Rupanya laki dia kena pergi outstation hari itu. Sepatutnya pergi isnin tetapi last minit dapat arahan untuk pergi hari jumaat. Mahu perempuan itu tidak meroyan.

Kata dia, "Baru aku faham perasaan kau masa kau menangis laki kau kena pindah." Waktu tu, dia bukan main memberi kata-kata semangat.

"Laki kau pergi kerja. Bukan dia tak balik."

Hah, gitulah dia menasihatkan aku sewaktu aku berdrama sendu kat dia waktu itu. Masa itu aku memang kerja nak sendu aje. Asal laki nak balik sana aku menangis. Tambah lagi anak-anak buat drama sekali dengan aku sekali berdrama. Kusut laki aku melayan peel kita orang bertiga.

Berbalik kisah pagi jumaat. Dalam pada sendu, bergambar jangan dilupakan. Senyuman penuh kepura-puraan. Hahaha. Yang tengah tu lagi ikhlas ke tak senyum tu tapi hari tu dia makan banyak. Laki jauh tetap berselera gitu.

Suasana di dalam bilik mesyuarat. Mentang-mentang bawak telefon laki habis aku godekkan untuk bergambar.

Itulah orang yang diraikan. Semoga lebih maju jaya di tempat baru. Rajin menyakat orang-orang kat pejabat.

Makanan sudah terhidang. Aku dan Myra Mokhtar kongi bawak bihun goreng. Bukan kita orang masak pun. Tak ada masa nak masak-masak ni. Order dengan orang aje.

Sebahagian warga BKP.

Menu aku hari itu. Dah makan ni aku amik nasi pula.

Perempuan tu sibuk amik gambar makanannya. Layankan ajelah orang yang sedang bersendu. Dia tak perasan tu aku amik gambar waktu ini. Rasa akulah.

Tengahari jumaat seperti biasa rehat panjang. Aku beritahu Myra tempat karaoke baru. Kebetulan pula ada officemate bercerita kat aku. Dah dia asakkan aku nak pergi sana. Dialog sendu dia.

"Kau bawaklah aku. Aku tengah sedih ni."

"Baiklahhhhh."

Jadi aku dan Nurul menjadi penghibur jalanan untuk dia.

Kenapa perlu berduka kalau boleh bergembira?

Berialah yang dua orang ini menyanyi. Kisah pulak aku. Nama pun bukan penyanyi, suara pun kejap ke laut kejap ke darat. Hahaha. Yang tak tahan petang tu hujan turun lebat siap dengan pakej guruh dan kilat.

Ko rasa?

Bukan salah kita orang. Salahnya sebab kita orang nyanyi dah musim hujan. Tak mahu kalah tu. Hashtag Jangan kecam saya. Hehehe. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sekolah Dah Tutup

Assalamualaikum.

Sekolah dah pun tutup. Jumaat lepas adalah hari terakhir anak-anak bersekolah. Maknanya sesi persekolahan tahun 2016 telah pun berakhir. Aku pun turut terasa tempiasnya. Berakhirlah tugas hakiki aku menghantar anak-anak ke sekolah untuk tahun ini. Memang menghitung hari aje untuk cuti sekolah. 

Bukan apa, tidaklah terkejar-kejarkan. Selain itu, jalan pun tak sesak. Memang mendatangkan stres bila hari-hari terpaksa mengadap kesesakan jalan raya. Itu pun sudah mencuba menukar jalan alternatif untuk mengelakkan daripada tersangkut dengan jammed. Itu pun tidak membantu.

Makin kusut pula. Sampaikan dah tak tahu nak ikut jalan mana. Waktu pagi memang aku kena rushing. Mana nak hantar anak-anak sekolah. Nak kejar masa jugak kat situ sebab tak naklah si Adriana kena tulis nama kalau tiba lewat ke sekolah. Kesian dia. Kalau dia kena tulis nama, aku dihantui perasaan bersalah pada dia. Satu hari perasaan itu menghantui aku. Stres juga kat situ. Ammar masih tadika jadi dia tidak memberat sangat.

Usai hal anak-anak, aku terkejar-kejar pula nak ke pejabat. Tiba lewat merahlah kedatangan kau kan. Hujung bulan kau ciptalah alasan yang pelbagai. Itu memang setiap bulan mesti kena lakukan.

Jalan jammed.
Hantar anak sekolah.

Itu ajelah alasan yang mampu aku cipta. Setiap bulan. Kahh. Suka atau tidak, terpaksa. Berkorban demi orang-orang tersayang sebab aku yang uruskan anak-anak. Sendiri. Pejam celik sudah setahun lebih pun.

Gambar anak-anak jumaat lepas. Sempat aku amik. Itu pun teringat. Naklah ada gambar masa hari akhir sekolah tahun 2016. Tahun depan Adriana sudah melangkah ke darjah tiga manakala si Ammar pula sudah memasuki tadika enam tahun.

Betapa pantasnya masa itu berlalu dan waktu anak-anak meningkat besar, kau akan sedar yang diri kau juga meningkat tua. Waktu-waktu ini tidak akan dapat diulangi. Gunakan waktu ini sebaik mungkin. 

Sebak tetiba.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, November 24, 2016

Satu Persatu Yang Datang

Assalamualaikum.

Hari kedua diserang sakit gigi. Gusi bengkak. Tiba-tiba. Lepas satu sakit, satu sakit yang datang. Cuma hari ini, alhamdulillah. Berkurangan daripada semalam.

Semalam, usah dicakap. Sakitnya tidak mampu aku rungkaikan. Berdenyutnya sampaikan sakit kepala. Perasaan yang ada semalam hanyalah satu. Kesakitan sahaja. Perasaan yang lain entah hilang ke mana.

Kelmarin, bukan main riuh. Rancak berbual sambil bergelak tawa. Semalam, diberi kesakitan. Barangkali disuruh aku berdiam. 

Pagi semalam. Sempat berselfie dalam sakit-sakit gigi. Bukan apa, semalam kami sedondon. Minggu lepas, kawan belakang tu sakit gigi. Dia lagi parah sampai belah gusi. Janganlah sampai
begitu. Tak sanggup aku nak menghadapinya.

Dalam sakit itu, didatangkan beberapa orang yang prihatin. Ada yang belikan ubat dan ada yang cadangkan ubat. Masih ada yang sayang. Terharu sangat.
Alhamdulillah. Semoga keikhlasan dan kebaikan mereka dibalas.

Sejak sakit daripada dua minggu lepas, dari kes demam dan kurang darah. Sejenak aku terfikir. Sakit itu penghapus dosa. Adakah ini dosa dari kebencian pada orang itu? 

Ampunkan aku, Ya Allah. Semoga hati aku dilembutkan untuk tidak terus membencinya walaupun hati aku terluka dek kerana perbuatannya. Terima kasih kerana menyedarkan. Wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, November 22, 2016

Bayang

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Lagu Bayang ini nyanyian Khai Bahar. Aku dengar di radio sewaktu memandu ke tempat kerja. Sekali dengar rasa sedap pula. Macam biasa terus cari di youtube. Kalau dah suka satu hari aku ulang sampai telinga naik jemu mahu mendengarnya.

Aku tengok jugak video klipnya di youtube. Ada mesej yang mhu disampaikan dari lagu ini. Cuba korang tengok video klipnya. Selamat mendengar dan semoga terhibur.

Lirik Lagu Bayang – Khai Bahar

Lubuk Hati Yang Terdalam,
Dihuni Rindu Menjalar,
Jarak Terus Memisahkan,
Tapi Hati…
Mungkin Tangan Ini Tak Pernah,
Membelai Indah Cintamu,
Mungkin Mata Ini Tak Terlihat,
Tak Akan .. Hilang.
Bayang,
Mekar Di Dalam Jiwaku,
Bersebelahan Tanganku,
Tak Mungkin Aku Terlupa..
Rindu,
Hati Ini Semakin Risau,
Jurang Perjalanan Ku,
Walau Jauh Tak Kan Berubah.
#Bayang,
Mekar Di Dalam Jiwaku,
Bersebelahan Tanganku,
Tak Mungkin Aku Terlupa,
Rindu,
Hati Ini Semakin Risau,
Jurang Perjalanan Ku,
Walau Jauh Tak Kan Berubah.
Bengang,
Rindu Mendera Hatiku,
Pedih Menyiksa Jiwaku,
Tak Pernah Kita Bersua.

Pembuka Bicara Hari Ini

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Pembuka bicara untuk pagi ini. Aku masih menghitung hari untuk sampai ke hari jumaat. Hari ini masih lagi dengan tugas hakiki yang sudah setahun lebih aku galas. Menghantar anak-anak ke sekolah, menguruskan anak-anak serta menguruskan diri sendiri.

Sudah setahun lebih juga aku memegang status isteri di hujung minggu. Pelik saja bunyinya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan. Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan hal rumahtangga seorang diri. Aku kagum pada ibu-ibu yang tiada suami.

Memang sangat kagum.

Jadi bila masanya perasaan aku tersasar dari landasan, aku mengambil kekuatan dari kawan-kawan yang hidup sendiri membesarkan anak-anak. Kenapa mereka boleh, kenapa tidak aku?

Aku hanya berjauhan dengan suami atas komitmen kerja. Jadi kenapa perlu bersedih?Dari situasi inilah aku belajar untuk menjadi seorang yang lebih kental walaupun sebenarnya belum kental sepenuhnya.

Sekurang-kurangya aku belajar untuk menjadi kental. Perempuan kental dan perempuan sado. Kahhhh.

Semoga apa yang kita lakukan hari ini akan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah agar perjalanan hidup kita akan sentiasa mendapat keredhaan. Jika kita ada berbuat salah pada oang, pohonlah kemaafan. Maafkanlah jika ada yang mohon pada kita. Semoga setiap kelukaan pasti ada kesembuhannya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, November 21, 2016

Nasi Tomato Menu Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Rasanya, sudah sekian lama aku tak kongsikan menu masakan di blog ini. Tak sempat nak kongsikan di sini. Masak pun kadang seminggu sekali. Hujung minggu je kadang aku masuk dapur. Hari kerja sekarang memang jarang nak ke dapur. Tak sempat. Sejak jadi isteri tinggal, aku uruskan semuanya. Sampai rumah pun matahari sudah menghilang dari pandangan. Sudahnya menapaulah kita. Bukan tak nak masak sendiri, tapi tak sempat bila uruskan semua seorang diri.

Jadi tak nak serabutkan diri sendiri, kita menapau. Kadang makan kat kedai siap-siap sebelum balik. Tapi ini sekolah dah nak tutup, ringan sedikitlah jadualnya. Oklah, mari berbalik pada tajuk entri. Aku kalau dah melalut memang panjang berjela.

Permintaan sang suami suruh aku masak nasi tomato. Dia dah siap-siap beli bahan-bahan untuk masak. Sekarang memang tak simpan stok bahan basah. Terasa nak masak barulah beli barang-barangnya.

Ini set menu nasi tomato. Gigih aku panjat kerusi nak tangkap gambar ini. Konsep menjengket dah tak ada. Panjat kerusi je senang.

Inilah nasi tomato. Kenalkan macam orang tak tahu. Aku kongsikan sekali resepinya. Pernah aku kongsikan resepinya dulu di blog. Tak apa, aku kongsikan lagi.

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan :

Bahan A

2 cawan beras (aku guna beras basmathi)
1/2 cawan susu cair
Setin tomato puri
3 sudu makan minyak sapi
2 1/2 cawan air
Kacang peas
Kiub ayam
Garam

Bahan B - Bahan Menumis

3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak :

1) Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis.  Kemudian masukkan 3 sudu tomato puri dan biarkan seketika.  Kemudian letak sedikit garam.

2) Beras yang sudah dibasuh masak seperti biasa di dalam periuk nasi.  Sukat air dengan betul.
3) Kemudian bahan tumis itu dimasukkan ke dalam periuk nasi.  Gaulkan.  Masukkan susu cair dan kiub ayam.  Biarkan sehingga nasi masak.
4) Bila sudah masak barulah ditaburkan kacang peas.   Itu sahaja resepi ringkas aku dalam memasak nasi tomato.  Lain orang lain caranya.  Selamat mencuba!

Ini pula ayam masak merah.

Kari ayam.

Jelatah pula disediakan oleh sang suami sambil aku memberi arahan padanya. Aku bab memotong ni memang lemah sikit. Amik masa kalau disuruh potong-potong ni. Aku suka masak bila semua sudah siap dipotong. Kerja nak mudah ajekan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Karok Atau Mengarok

Assalamualaikum.

Minggu lepas kebetulan anak buah sulung aku balik setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halamannya. Sekian lama ke?Kali terakhir jumpa dia masa resepsi dia di sebelah pengantin lelaki. Itu yang akhir. Kemudian dia sudah sibuk. Maklumlah sudah bergelar isteri orang merangkap wanita berkerjaya.

Dia whatsapp aku kata balik sabtu pagi. Sebaik mendapat whatsapp daripada dia, terus aku ajak dia pergi karaoke. Penyakit gian aku nak melalak terpekik-pekik sudah datang. Walhal aku baru baik dari sakit. Itu pun belum sepenuhnya sihat. Masih tidak stabil. pening-pening lalat.

Rimas dengan diri sendiri terperuk saja dekat rumah, baiklah aku ambil angin luar. Sekurang-kurangnya kalau dengan budak bertiga ni memang huru-hara jadinya. Memandangkan hari sabtu, asben pun ada jadi dia boleh jaga anak-anak sementara aku pergi berlibur. Heaven sangat kau kan.

Asben hantar aku ke rumah kakak sepupu aku. Kemudian aku ikut dia orang aje. Balik dia orang hantar. Teringat zaman remaja nak ke mana-mana, ayah aku hantar. Cukup masa ayah aku jemput. Rindu zaman itu.

Kami berempat yang berpangkal nama A. Dari kiri Adibah, Amirah, Alfidah dan Afiqah. A yang lain membawa diri masing-masing.

Aku berposak mencari milo sebab rasa macam nak hypo. Dah pening kepala masa tu. Memang berpenyakit betul pompuan ni. Sempat bergambar kut.

Aku yang diapit dengan dua orang gadis manis.

Hanya kami berdua pula. Anak-anak buah semua yang tinggi lampai. Jadi aku terasa kemetot.

Berialah makcik korang menyanyi belakang tu. Korang pula sibuk bergambar aje.

 Giliran yang berdua tu nyanyi, aku bergambar dengan Iqa pula.

Walaupun hanya diperuntukkan tak sampai tiga jam untuk keluar dengan dia orang, tapi aku gembira sungguh sebab dapat karok dan mengarok dalam bilik yang sederhana. Suara yang disumbangkan walaupun kedengaran sumbang, buat-buat tak faham saja. Hehe.

Aku sampai rumah sebelum jam lapan. Itu pun dua kali asben aku telefon tanya "awak kat mana?" "awak kat mana?" Sebelum dia mengarok, baiklah aku balik. Memang begitu kalau aku yang keluar. Lain kali boleh keluar lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim