Pages

Friday, December 30, 2016

Bila Berhadapan Dengan Orang Yang Suka Memburukkan Orang

Assalamualaikum.

Hai.

Salam jumaat. Penghulu segala hari. Bila jumaat menjengah, feelnya lain macam. Mungkin sebab esok sabtu. Kaitan? Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Diharap agar hari ini diberi sedikit ruang ketenangan dalam melakukan kerja. Sejak minggu lepas hati resah dan gelisah tatkala disampaikan cerita itu. Cerita sampai menyampai ini adalah perkara biasa. Antara tahan dengan tidak saja.

Kenapa hati perlu resah bila disampaikan cerita itu? Sememangnya aku sudah boleh jangka perkara ini akan timbul bila dikhabarkan yang aku akan bekerja dengannya.

Bukan tidak pernah melaluinya dulu. Iye, pernah terkena namun ianya sudah berlalu apabila tidak bekerja sekali dengannya. Namun, kali ini terpaksa hadapinya sekali lagi.

Sekali lagi.

Tempoh hari sewaktu mula-mula datangnya, dicanang kisah orang lain. Si polan itu gini si polan itu gini. Baiklah, aku sekadar menadah telinga. Sudah tahu perangainya sebegitu.

Hati sudah terdetik. Mungkin selepas ini giliran aku pula. Hati tidak tersalah untuk berkata-kata.

Cerita pertama disampaikan pada aku. Aku dengar sahaja tapi hati menangis. Jangkaan aku sudah mengena. Masalah makin menghampiri. Bertabahlah.

Kemudian menyusul pula cerita kedua. Aku perlu lagi mendengar dengan hati yang terbuka. Sejauh mana penerimaanku? Entah. Sakit hati. Geram. Menyampah. Marah.

Dah tua bangka, tapi tidak tahu jaga hati orang. Perasaan sangka baik aku pada dia mula menyurut dari hari ke hari sejak mendengarnya. Aku tersilap bersangka baik. Mulanya aku anggap dia ikhlas namun semuanya hanya lakonan.

Kata seorang sahabat, semua orang dah tahu perangai dia..Tak payah ambik hatilah dengan dia...

Pesan seseorang yang pernah bekerja dengannya.

"Memang dia akan cari hal dengan orang. Kena sabar tapi memang banyak makan hati dengan dia. Stres memang stres tapi siapa yang tahu perangai dia akan tahu."

Ikutkan dia seorang sahaja yang betul. Orang lain semua salah. Dia seorang yang pandai buat kerja. Dia seorang yang buat kerja. Orang lain tak pandai buat kerja. Orang lain goyang kaki. Wak lu.

Luarannya nampak solat tak tinggal, mengaji tapi mulut bukan main. Burukkan orang sana sini. 

Kata sahabat aku, makin tua perangai makin menjadi. Semoga dia insaf. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, December 29, 2016

Travelog : Pulau Langkawi - Menaiki ETS

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Entri pertama untuk hari ini adalah cerita percutian aku dan keluarga ke Pulau Langkawi. Malam tadi gigih memilih gambargambar percutian. Berpinar mata dek terlampau banyak gambar. Jadi akan ada beberapa entri tentang percutian ini supaya tidak terlampau panjang ceritanya dalam satu entri. Aku yang nak menulis pun agak bercinta juga. Haha.

Perjalanan ke Pulau Langkawi adalah pada 9 Disember yang lalu. Seminggu sebelum bertolak, hati sudah menggetik-ngetik. Nak bercuti kan. Siapa yang tidak teruja. Aku pula memang teruja memandangkan sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Ini adalah kali kedua selepas sembilan tahun. Sewaktu aku ke Pulau Langkawi tahun 2007, waktu itu aku sedang mengandungkan Adriana. Percutian ke Pulau Langkawi ini adalah family day Kastam tempat asben. Unit dia saja. Dia orang rancang sama-sama untuk bercuti dan buat family day sekali. Gitulah. Perbelanjaan pun sendiri-sendiri.

Perkara yang paling aku tidak gemar bila mahu bercuti adalah kemas beg. Bila aku yang kemas, tukang komplen adalah laki aku. Akan adalah dialog-dialog tidak senang dia yang terpacul dari mulutnya.

"Awak ni bawak banyak baju kenapa?Kita pergi tiga hari aje."

Biasalah kalau aku yang pack baju. Kalau boleh satu almari aku nak angkut. Haha. Konsep backpackers pun entah ke mana.

Sebelah malamnya aku siap-siapkan bekal. Asben beria-ia suruh bawa bekal. Asben aku memang lebih suka bawa makanan dari rumah. Dia lebih suka aku yang masak. Hahaha. Maka hari itu, ada sandwich, nasi goreng, ayam goreng, nugget. Konsep backpackers telah bertukar konsep berkelah. Malam itu pula aku tak boleh nak tidur. Bukan teruja nak pergi bercuti. Waktu itu jugalah aku selsema. Hidung tersumbat. Dapat bayangkan. Serba-salah dibuatnya malam itu. Nak makan ubat aku takut terlajak pula. Tiket ETS jam 9.30 pagi. Makanya aku sorang terkebil-kebil melayan mata memandangkan yang lain semuanya sudah tidur. Aku terlelap tetapi nasib baik terjaga jam 4.30 pagi. Terus bangun dan kejutkan asben.


Kami sudah siap untuk bertolak. Jam 5.30 pagi kami keluar rumah. Kenderaan pertama kami hari itu. Kami adalah keluarga yang paling banyak menggunakan kenderaan untuk sampai ke Pulau Langkawi. Yang lain ada yang naik bas dan ada yang memandu sendiri. Aku memang tak nak bagi asben drive sebab dia bukan boleh. Mesti migrain. Jadi baiklah kita menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Perjalanan menuju ke KL Sentral.

Berpandukan waze untuk tiba ke KL Sentral.

Alhamdulillah, selamat sampai KL Sentral. Sebelum ambil keputusan untuk letak kereta di KL Sentral kami sudah survey harga parkingnya. Tapi ada kesilapan di situ. Aku akan ceritakan di lain entri.

 Beria-ia tiga beranak tu. Yang menarik beg tu tak tahan. Bajet-bajet pramugari.

Suasana di KL Sentral.

 Sementara menunggu waktunya tiba, kami menjadi penghibur jalanan.


Duduklah di mana-mana. Sampai awal juga di KL Sentral.

 Kemudian bila tiba masanya, orang ramai sudah berpusu-pusu di pintu masuk.


Kenderaan kedua kami. Sebelum melangkah masuk ke dalam ETS, sempat kami bergambar.

 Suasana dalam ETS.

Adalah skrin di tengahnya.

 Bila keretapi bergerak, datang seorang lelaki menyemak tiket.

Aku duduk bersama Ammar. Inilah pandangannya. Aku menghadap ke arah bertentangan. Faham tak konsepnya? Tak tahu nak menerangkannya.

Budak ini tak reti duduk diam. Kejap berdiri, kejap nak duduk sebelah luar. Pening maknya. Sudahnya aku hadapkan dia makanan. Baru diam. Diam kejaplah. Makanan habis dia mula balik. Jakun dot com anak aku tu.

Permandangan yang cantik dan menyejukkan mata sepanjang perjalanan. Yang paling teruja bila aku terpandangkan Victoria Bridge sewaktu melalui Kuala Kangsar. Tak sempat nak amik gambar.

Merenung ke luar jendela menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

 Aku tak pasti ini dekat mana. Tapi indah sekali permandangannya.


Aku dan anak teruna yang tak reti duduk diam. Dia diam masa makan dan tidur saja. Itu pun dia tidur kejap aje.

Jambatan Pulau Pinang. Dari jauh aku melihatnya.

Seronok tengok anak-anak gembira. Bagi dia orang merasa naik keretapi jalan jauh. Waktu ini ada lagi satu stesen saja lagi mahu sampai. Kami turun di stesen Arau.

Bersambung...

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, December 28, 2016

Macam-Macam Cerita Nak Cerita

Assalamualaikum.

Hai semua.

Malam tadi berposak tulis entri contest. Saje mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki aku di situ. Jadi berposak jugak menyusun ayat-ayat. Masa tengah kalut masa itulah jadi macam-macam. Last tutup malam tadi jam 11.59 malam. Mana tak huru-hara. Dah selamat hantar pun.

Untuk entri hari ini saja nak warm up setelah beberapa hari berehat daripada menulis entri. Macam-macam cerita yang nak aku ceritakan di sini. Jumpa blogger As Samsudin, bersantai di Hard Rock Cafe, bercuti ke Langkawi, perkahwinan anak buah dan juga berkaitan candy booth aku.

Tersangatlah banyak entri yang patut aku ceritakan. Bagi aku masa untuk aku kongsikan semuanya di sini. Kalau boleh aku nak habiskan menulis entri tahun ini sebelum melangkah ke tahun baru. Kalau tahun baru aku dah anggap entri itu sudah basi. Hahaha. Rupa makanan pula.

Aku dan anak-anak di KL Sentral sewaktu mahu ke Langkawi.

Pernikahan anak buah aku jumaat lepas.

Resepsi rumah pengantin perempuan di Sri Gombak.

Ini pula resepsi di rumah Melaka iaitu sebelah pengantin lelaki iaitu sebelah akulah. Ini aku bersama adik ipar serta anak-anak buah. Kakak dan adik-adik pada pengantin. Itu sahaja dulu buat masa ini. Entri ringkas buat petang ini. Moga ada kerajinan untuk aku menulis entri seterusnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, December 27, 2016

#MyTravelokaEscapade | Korea, Tunggu Aku Datang!

Assalamualaikum.

Hai.

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Salam pembuka bicara setelah beberapa hari bercuti daripada menulis entri. Kekangan masa membataskan diri untuk menulis. Mana tidaknya, sibuk dengan tugas hakiki sebagai seorang penjawat awam dan rutin harian sebagai seorang isteri dan mak pada dua orang cahaya mata.

Nampaknya, aku perlukan satu percutian. Bak kata TRAVELOKA, 'You need a holiday lah!' Slogan itu macam mengena saja dengan aku. Memang aku sangat memerlukan percutian. Makanya, entri kali ini berkaitan dengan topik percutian. Bila sebut sahaja pasal holiday, pasti perasaan teruja menghantui diri. Siapa yang tidak seronok bukan?

Bercuti itu adalah salah satu terapi untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dapat bercuti ke destinasi pilihan. Sesiapa sahaja mesti mengimpikan untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka. Begitu juga dengan aku. Ada juga tempat yang menjadi idaman untuk dijadikan tempat percutian.

Namun harus difikirkan juga kos perbelanjaan apabila kita merancang untuk bercuti. Bukan sikit-sikit perbelanjaannya kalau bercuti satu family. Perlu menabung untuk merealisasikan impian sendiri. Betul tak? Bercuti di dalam negara pun boleh berhabis duit, inikan pula jika kita mengimpikan ke luar negara.

Macam aku, memang memasang angan-angan untuk bercuti ke luar negara. Sebab dalam negara sudah banyak tempat yang telah aku pergi. Sesekali mahu juga mengubah angin untuk ke luar negara. Mulalah memasang angan-angan. Mula menabung agar impian itu dapat direalisasikan satu hari nanti. Namun untuk ke luar negara harus menabung agak lama sikit. Yelah, perbelanjaannya lagi besar. Bila dapat tahu Traveloka ingin menaja percutian idaman kita dengan #MyTravelokaEscapade, terus terasa teruja. Mungkin impian itu akan menjadi kenyataan. Siapa tahu kan?

Korang boleh pilih 10 tempat percutian idaman yang diberikan oleh Traveloka. Tempat-tempatnya adalah El Nido, Hong Kong, Langkawi, Bali, London, Tokyo, Nepal, Sabah, Melbourne dan South Korea.

Kalau aku  diberi peluang oleh Traveloka, destinasi percutian yang menjadi idaman aku adalah South Korea. Selalunya hanya mampu tengok gambar saja bila ada kawan-kawan yang bercuti ke sana. Paling tidak pun tengoknya di kaca televisyen. Ada drama melayu yang berlakon di sana. Dapatlah cuci-cuci mata. Jadi aku teringin juga ingin menjejakkan kaki ke sana. Alangkah seronoknya jika dapat ke sana. Dapat melihat keindahan bumi Korea. Jika aku berpeluang ke Korea Selatan, aku memilih untuk ke Seoul. Seoul adalah ibu kota Korea Selatan yang berusia lebih dari 600 tahun. Kota ini merupakan kota khusus Korea. Seoul terletak di barat laut negara.

Antara tempat-tempat yang aku ingin pergi jika mengunjungi ke Seoul adalah:-

1)  Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Ia adalah istana yang digunakan oleh maharaja pada zaman dahulu. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh gunung-ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  Istana ini dibina pada tahun 1395.

2) Insa-dong

Kalau bercuti ke mana-mana haruslah membawa pulang cenderamata buat keluarga dan sahabat-handai. Jadi tempat yang paling sesuai adalah di Insa-dong. Aku membayangkan kawasannya seperti di Jalan TAR mungkin. Cenderamata yang dijual di Insa-dong adalah sangat berpatutan. Bermacam-macam cenderamata yang dijual dengan seni yang agak unik dan kreatif. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar-menawar dalam urusan membeli. Seronok bukan?

3) Myeongdong

Myeongdong adalah syurga belanja di Seoul. Di sana merupakan syurga fesyen dan kosmetik. Bagi sesiapa yang hobinya suka belanja, ini adalah tempat yang sesuai sekali. Bolehlah berbelanja kosmetik yang orang Korea guna. Balik Malaysia boleh cantik macam orang Korea juga.

4.  Namsan


Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah-tengah Kota Seoul. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. 
Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang-orang Korea. Terdapat juga Seoul Time Capsule.

Tempat yang paling aku teringin pergi adalah tempat yang paling terkenal di Namsan iaitu love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan. Pasti romantik bukan? Haha.

5) Pulau Nami

Pulau Nami merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Pulau ini tidak perlu diperkenalkan. Aku kenal Pulau Nami ini melalui drama Winter Sonata. Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti. Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Nami. Antaranya flying fox, berbasikal dan pelbagai lagi aktiviti.

Itulah serba-sedikit impian aku jika diberi peluang untuk ke South Korea. Terima kasih Traveloka kerana merealisasikan impian aku yang sekian lama. Ada banyak lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati jika mengunjungi Korea Selatan. 

Mudah-mudahan aku dapatlah bercuti secara percuma dengan #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA ni. Manalah tahu ada rezeki buat aku dan keluarga.

Traveloka adalah perusahaan yang menyediakan layanan pemesanan tiket pesawat dan hotel secara daring dengan fokus perjalanan domestik. TRAVELOKA adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara yang telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. TRAVELOKA bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga yang terbaik untuk hotel-hotel dan penerbangan setiap hari. Dan yang lebih penting, tiada kos tersembunyi. Kalau korang nak pergi bercuti, boleh lah cuba buat tempahan dengan TRAVELOKA.

Semoga impian untuk bercuti ke destinasi idaman akan menjadi kenyataan bersama #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA. Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, December 22, 2016

Sepuluh Tahun Sudah Ikatan

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi. Malam tadi gigih bersengkang mata untuk menulis entri ini. Selesai siapkan barang-barang candy booth untuk empat event hujung minggu ini, aku terus mengadap komputer. Walhal mata sudah sekejap mengecil, sekejap membesar. Tapi oleh sebab hari ini adalah hari istimewa aku sebagai seorang isteri, maka aku titipkan sebuah entri di sini.

Sepuluh tahun yang lepas, tarikh hari ini adalah tarikh keramat aku dan suami. Kami selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Masjid Al-Azim setelah beberapa hari berposak dan berperang dengan banjir.

Iya, aku berkahwin masa banjir. Tahun 2006, waktu itu banjir besar melanda Melaka dan beberapa buah negeri. Waktu itu aku hanya mampu berdoa. Sehari sebelum majlis, dapur sudah naik air. Waktu itu pengumuman dibuat agar penduduk berpindah. Aku sudah siap siaga mengemas beg baju masa tu. Tak tahu nak fikir apa lagi masa itu. Berserah aje kekdahnya.

Aku yang sudah risau tengok air yang sudah cecah pintu rumah, lantas telefon mak andam.

"Kak, bukaklah pelamin akak ni. Rumah saya ni dah nak masuk air."

Mak andam kata "Tak apa, itu bencana alam." Begitulah jawapannya. Termenung depan pelamin sambil menjaga air dengan penyapu.

Sadis tak sadislah majlis perkahwinan aku. Hari jumaat yang sepatutnya aku bernika di rumah dan sepatutnya aku bernikah malam telah diubah. Aku bernikah di masjid dan dibuat selesai solat Jumaat. Kebetulan atau suratan? Sebenarnya suami aku memang nak bernikah di masjid tetapi atas permintaan mak yang nak aku bernikah di rumah jadi buatlah kat rumah. Bila dah banjir, bernikahlah kami di masjid. Aku tak kisah mana-mana, janji menikah. Kahhhh. Getek sangat bunyinya.

Tengahari masa aku bersiap mahu diandam, tiba-tiba mak andam telefon kata tak boleh datang sebab laluan banyak tutup. Sudahnya aku ke kedai mak andam dengan bantuan kawan aku yang bawa ke sana. Sadis kan. Macam rupa pengantin nak lari rumah. Keluar pergi kedai hanya pakai seluar track dengan tshirt. Masa aku keluar rumah air masih lagi tinggi. Redah sajalah. Beberapa jam aku balik dari kedai mak andam, aku tengok air yang tadi tinggi sudah surut. Serius, aku terkejut. Kemanakah perginya air itu?

Dalam tertanya-tanya, aku bersiap salin baju kurung berona biru lembut kemudian terus ke Masjid Al-Azim. Sampai masjid, boleh pula jam tangan di kota hantaran tertinggal. Aku alihkan masa sibuk-sibuk kemas beg masa dengar suruh pindah. Huru-hara rasanya aku masa itu.

Rombongan pengantin lelaki lambat tiba di lokasi sebab jalan jammed akibat banyak laluan yang ditutup masa itu. Sadis lagi kan.

Ayah aku yang menikahkan.

Baru boleh senyum sampai telinga bila selesai akad.

 Sebentuk cincin dan seutas gelang buat batal air sembahyang.

Kami sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun berkawan. Waktu ini umur aku 23 tahun ye dan suami 26 tahun.

Di atas pelamin yang hampir mahu dibuka.

Bersama keluarga aku.

Suasana di khemah. Aku terperasan dalam gambar ini, ada yang sudah tiada lagi.

Pengantin bersama pengapit.

Zaman-zaman ini laki aku kalau senyum memang senyum terpaksa, tak ikhlas. Gitulah senyuman dia kalau bergambar. Sekarang dia yang over senyum dari aku kalau bergambar. Sepuluh tahun kahwin, sudah pandai berselfie. Gara-gara bininya asyik sibuk ajak bergambar.

Begitulah sedikit rentetan kisah sepuluh tahun yang lepas. Semoga mahligai ini akan berkekalan hingga jannah dan diberi keberkatan kepada kami sekeluarga. Moga ikatan yang tersimpul ini akan tersimpul rapi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, December 19, 2016

Betapa Sibuknya

Assalamualaikum.

Hai.

Alhamdulillah. Aku sudah selamat kembali daripada bercuti selama empat hari tiga malam di Langkawi. Masih belum punya masa senggang untuk aku menulis di sini tentang travelog aku ke sana.

Masih mencari momentum untuk menulis di sini. Minggu ini entah dapat atau tidak untuk menulis. Minggu ini lagi sibuk memandangkan minggu ini anak sedara aku akan melangsungkan perkahwinan. Seperti biasa, aku sibuk dengan persiapan candy booth aku. Minggu ini, selain candy booth untuk anak sedara, ada tiga tempat yang perlu aku siapkan. Gigih ke tidak.

Sabtu lepas, ada dua tempat. Satu untuk majlis kahwin dan satu lagi untuk majlis hari jadi. Oleh kerana partner sedang bercuti, jadi asben aku yang tolong aku masa setup candy booth.

Candy booth di rumah orang kawin.

Candy booth di rumah hari jadi.

Malam sabtu ke rumah kawan. Ada malam berinai.

Balik dari malam berinai di rumah kawan, singgah lepak kedai mamak dengan asben. Anak-anak balik kampung, makanya berdualah kita orang.

Ini pula kejadian sabtunya. Sempatlah bergambar berempat.

Bersama pengantin, Tinah Karim.

Sabtu pagi pergi tailor amik baju bridesmaid aku dan Adriana. Nak pakai ahad ini.

Semalam singgah pet shop beli vitamin untuk si oren. Cerita oren aku belum pernah tulis di sini.

Kemudian beli barang candy booth untuk minggu ini.

Lepak coffee bean pulak walhal lepas beli barang candy booth, kita orang makan kat marry brown.

Sebelum pulang makan dulu.

Balik rumah aku kemaskan bilik kerja aku yang bersepah. Kemas barang-barang candy booth.

Segala mak nenek riben aku letakkan satu tempat. Senang nak mencari nanti. 

Buat masa ini, itu sahaja yang dapat aku titipkan di sini. Itu pun malam tadi sebelum tidur aku taip kat handphone. Faham-fahamlah feeling menulis guna handphone tak sama dengan menulis kat komputer. Ini kes terdesak terpaksalah jugakkan. Undur diri dulu, nanti sambung lagi.

Salam pena,
Fyda Adim