Tuesday, November 14, 2017

Jangan Terlalu Rapat Dengan Seseorang

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Semalam sudah tentu monday blues. Biasalah kan bila hadap hari isnin mulalah dengan penuh kesenduan. Kemurungan. Kesadisan. Entah apa-apa lagi perasaan yang membelenggu diri. Isnin anda-anda semua semalam bagaimana? Adakah berada dalam neuron-neuron keceriaan?

Isnin saya?

Monday blues ditambah dengan cerita yang tidak enak menjadi santapan halwa telinga. Semalam memang belajar sesuatu. Kena jadikan iktibar buat diri sendiri. Begitulah kehidupan. Saya pun sedang berperang di pejabat sebab menguruskan hal tanggung kerja. Sebenarnya, tak menang tangan tetapi apa boleh buat. Suka atau tak kena juga memikul tugasan tersebut. Tak payah cerita sebab takkan ada orang faham situasi itu sekarang.

Berbalik pada tajuk di atas. Saya ingin berkongsi tentang sebuah cerita yang pernah diceritakan pada saya. Hal ini berkait rapat tentang sahabat. Bukan fokus terhadap pasangan bercinta atau sahabat berlainan jantina.

Bukan ya.

Ini berkait rapat dengan sahabat kita. Setiap orang pasti akan ada seseorang sahabat yang akan ada dalam kehidupan mereka. Itu sudah pasti. Semua orang pasti ada. Paling kurang pun seorang sahabat kerana sahabat itu diumpamakan sebagai matahari. Menyinari. Ada ketika senang dan ada ketika susah. Itu baru namanya sahabat. Bukan yang ada ketika senang dan hilang ketika kau dilanda kesusahan. Itu tak layak pun digelar sahabat.

Bukan senang hendak dapat seorang sahabat begini. Yang ada ketika senang dan ada ketika susah. Pada yang mempunyai ciri-ciri sahabat sebegini, hargailah kewujudannya. Mungkin kita akan menyesal andai satu hari sahabat ini tiada lagi dalam hidup kita. Bak kata orang, sahabat datang dan pergi.

Pernahlah seseorang bercerita dengan saya.

"Kak, saya terkilan sangat. Mula-mula kita orang sangat rapat tapi bila dia dah ada kawan baru dia rapat dengan kawan baru dia dan menjauhkan diri daripada saya. Walhal mula-mula dulu dia yang beria menjaga persahabatan ini."

Manusia boleh berubah. Hati manusia berbolak-balik. Ini bukan kira pada pasangan kita sahaja dalam soal hati. Dalam persahabatan juga diambil kira juga soal menjaga hati bukan. Jadi perkara itu lebih kurang sama sahaja.

Pernah rasa situasi ini?

Kau rapat dengan seseorang. Tapi bila kawan kau tu dah ada kawan lain dia dah mula ignore kau walaupun dia kata tak ignore dalam erti kata lain yang kononnya dia masih anggap kau kawan baik dia dunia akhirat. Gitu. Tapi kita boleh rasa. Kita boleh rasa suasananya sudah berbeza. Mustahil lah dia tak rasa. Dulu dan sekarang itu adalah sangat berbeza. Tipu sangat-sangat.

Sebagai contoh, dulu kau berkawan berdua sahaja. Tapi satu masa akan datang dua tiga orang kawan datang dan menjadi rapat antara kau berdua. Kat situ pun dah berbeza suasana dan situasinya. Nanti akan timbul isu kalau kau rapat dengan kawan baru dan kawan kau pula mempertikaikannya. Begitu juga sebaliknya.

"Aku tengok kau sekarang rapat dengan Si Peah. Macam sesuatu."

Ini bukan zaman sekolah lagi. Kau nak berebut kawan. Nak kawan siapa. Tak nak kawan siapa. Zaman dah tua-tua ni suka hatilah. Rapat jadi isu, tak rapat pun jadi isu. Buat hal sendirilah. Kita berkawanlah dengan siapa yang selesa nak berkawan dengan kita. Apa yang penting dalam persahabatan adalah sebuah keikhlasan.

Jadi kesimpulannya, berpada-padalah kalau hendak rapat dengan seseorang. Kalau hari ini kau boleh rapat, esok lusa kau boleh ada jurang. Samada kawan kau jumpa kawan baru atau kau yang jumpa kawan baru. Kata orang, orang yang paling rapat dengan kita yang akan mengecewakan kita. Jadi biarlah berpada-pada supaya kau tidak akan kecewa.

Sebabnya, kalau kita rapat dengan seseorang kita akan expect macam-macam dari dia. Tapi saat kau tak dapat apa yang kau fikirkan tentang dia, kau akan kecewa. Sampai satu tahap nanti, kau akan lebih selesa berseorangan. Bukan berkawan-kawan kerana bukan senang nak menjaga hati orang.

Kau rapat dengan sini, salah. Kau rapat dengan sana pun salah juga. Baiklah sendiri. Bersahabat secara bersederhana. Dalam bersahabat ini ada beberapa adab yang perlu dijaga. Nanti kita sambung lagi. Sayangilah sahabat anda!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, November 13, 2017

Menonton Tombiruo

Assalamualaikum.

Hai semua.

Sejak minat tengok lakonan Zul Ariffin dalam drama Titian Cinta, saya memang mengikutlah beberapa drama yang dilakonnya. Dulu tak berapa tengok kalau dia berlakon. Tambah lagi kalau dia berlakon dengan Ayda Jebat atau Fathia. Lagilah saya tak tengok. Cuma sekarang ini kalau AJ, bolehlah diterima lagi bila sekarang suka dengar lagu-lagu dia. Fathia memang tak boleh lagi sampai sekarang. Haha.

Jadi saya berminatlah nak menonton Tombiruo walaupun wajah Zul Ariffin takkan kelihatan pun hingga ke penghujungnya. Janji Zul Ariffin berlakon. Gitu sekali kekdahnya. Lagi pun baca review orang yang sudah menonton macam menarik. Itulah salah satu yang membuatkan saya teringin untuk menontonnya.

Pujuk sang suami. Saya kira kalau drama aksi dia tak keberatan nak teman saya memandangkan filem Bisik Pada Langit saya pergi sendiri. Memang tak nak ajak suami pun sebab filem tersebut kisah sedih. Sudah tentu saya akan berdrama air mata. Sebelum dijadikan bahan dek laki sendiri, baik saya pergi menonton bersama teman.

Akhirnya, suami setuju nak bawa menonton Tombiruo. Dengan anak-anak sekali kami pergi. Dah lama tak pergi menonton wayang empat beranak.

Kami menonton di MBO dekat Melaka Mall sahaja. Lagi pun dekat dari rumah.

Sebelum masuk panggung haruslah bergambar di luar.

Berswafoto bersama anak-anak.

Kami empat beranak.

Bukan main tekun orang belakang mengulit telefon bimbitnya.

Sempat bergambar di dalam panggung.

Ini sudah keluar panggung.

Lepak kat sini dulu sambil memikirkan mahu makan malam di mana.

Akhirnya, makan di McDonald sahaja.

Keluar wayang, anak-anak asyik bertanya. Sebenarnya dari dalam panggung wayang telah disuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Ma, kata ada Zul Ariffin tak ada pun." Itu dialog Dak Adik.

"Ma, kenapa Zul Ariffin kena pakai topeng?" Itu Dak Kakak pula bertanya.

"Kenapa dengan muka Zul Ariffin?" Dialog bersama dua-beradik.

Jenuh juga saya nak menjawab dan menerangkannya. Hihi. Budak-budak biasalah. Tak lari daripada sesi bersoal jawab.

Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan filem Tombiruo ini. Walaupun Zul Ariffin tidak menampakkan wajahnya namun lakonannya masih mantap berganding dengan Faizal Hussein yang sememangnya hebat. Cuma wataknya sebagai ayah sekejap sahaja.

Adalah sedikit babak-babak yang terkehel, itu biasalah. Mana ada keseluruhannya sempurna. Tidaklah memberi impak sangat pada filem tersebut dan tidaklah saya rasa terkilan menontonnya. Saya memang tak pernah ikut novelnya sebab saya tak gemar baca thriller. Tapi selepas menonton Tombiruo saya rasa saya perlu menukar gaya bacaan saya. Novel Tombiruo yang kulit bukunya gambar pelakon telah pun saya beli tempoh hari usai beberapa hari saya menonton filemnya. Nampaknya saya perlu hadamkan novelnya pula.

Inilah novelnya yang baru saya beli seminggu yang lepas. Belum sempat membacanya. Akan diselitkan juga masanya sebab sekarang sibuk menulis. Ada banyak benda nak kejar jadi aktiviti membaca perlu diperlahankan buat seketika waktu. Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sukan Tahunan SJKC Keh Seng

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Hari ini entri awal pagi. Bukan sebab rajin atau apa. Entri-entri hari ini semuanya auto published. Semalam, saya pulun menulis. Walhal saya kena kejar yang misi #Projek100ppSehari. Boleh leka buat benda lain. Sebab tengah buntu. Blank. Jadi saya terpaksa tinggalkan kerja itu sebentar. Harapnya tidak berlamalah saya begini.

Lagipun bila tengok di ruang draft, banyak entri yang tertangguh saya peram. Ada yang berbulan-bulan lamanya. Masa sangat mencemburui saya. Apa nak buat. Saya cuba juga mencari ruang dan peluang untuk terus menulis.

Saya pun dah lupa tarikh masa hari sukan sekolah Adriana. Kalau tak silap 8 Oktober bersamaan hari ahad. Sukan Tahunan SJKC Keh Seng diadakan di Sekolah Menengah Seri Kota. Kami sekeluarga pergi sebab Adriana masuk lumba lari. Tak sangka sebenarnya dia terpilih untuk sukan tersebut. Yelah, anak saya itu kurus keding saja sampaikan orang kata maknya tak bagi makan. Haha. Jadi bila dia beritahu dia terpilih, saya macam teruja dalam pada masa yang sama terkejut.

"Eh, betul ke Nana terpilih?" Berkali-kali juga saya bertanya padanya seolah-olah tidak yakin. Teruk betul pemikiran saya.

Jadi, awal pagi kami semua sudah berkampung di perkarang sekolah berkenaan. Turut dibawa sekali adalah mak saya. Neneknya pun turut nak memberi sokongan. Jadi kiranya, mereka jadi tukang sorak. Hehe.

Inilah geng sorak diketuai oleh saya. Ammar masa ini ikut suami cari parking. Kami yang perempuan-perempuan turun dahulu.

Sekitar padang murid-murid sudah berkumpul.

Majlis perasmian. Ada perarakan masuk padang.

Ini usai perarakan masuk padang.

Ada senam aerobik.

Waktu ini acara sudah bermula. Dan ini giliran Adriana untuk berlari 100 meter perseorangan.

Akhirnya, dia dapat merangkul emas. Saya maknya, teruja sebab saya dulu masa sekolah memang tak aktif bersukan atau dalam erti kata lain saya tak minat bersukan. Jadi bila anak saya minat, saya teruja dan menyokong apa yang dia minat.

Bergambar dengan cikgunya.

Acara kedua.

Jalan guna terompah.

Nun di sana mak saya sedang duduk.

Adriana dan kawan baiknya, Damia.

Saya kongsikan videonya sekali.

Ini video masa lumba lari.

Ini pertandingan jalan pakai terompah. Kumpulan merah dapat tempat pertama. Adriana sudah terselindung dek kawannya.

 Ini masa lumba jalan pakai terompah.

 Ada pun gambar yang nampak Adriana.

Ini untuk acara larian 100x4.

Untuk larian 100x4 kumpulan merah mendapat tempat ketiga.

Begitulah kenangan buat Adriana. Tahun ini adalah tahun terakhir di SJKC Keh Seng. Tahun depan dia akan bertukar ke sekolah lain. Jadi ini yang boleh dijadikan sebagai kenangan manis buat dirinya. Lima tahun dia bersekolah di sekolah kebangsaan cina termasuk tadika dua tahun. Sedih sebenarnya tapi keadaan terpaksa untuk saya buat keputusan memindahkan dia ke sekolah kebangsaan. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, November 12, 2017

Blurb Kelip-kelip Kusangka Api

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat malam semua. Saya muncul dengan satu entri malam ini. Tengah rajin haruslah keluar dengan entri-entri menarik. Saya pulun menulis entri untuk esok sekali. Kejap lagi nak pulun menulis benda lain pula. Nak cerita belum boleh sebab belum jadi. Jadi diam-diam dulu. Biarlah rahsia. Malam ini saya ingin kongsikan tentang buku antologi cerpen Kelip-kelip Kusangka Api. Ini adalah buku kedua untuk saya tahun ini. Sebelum ini, buku antologi cerpen pertama berjudul Tribunal Cinta. Masihkah engkau ingat? Pada yang sudah lupa atau yang tak tahu boleh baca perihal Tribunal Cinta di sini.

Antologi kali ini mengandungi 40 orang penulis dengan pelbagai cerita. Kali ini antologi yang saya ikut adalah terbitan Jemari Seni. Saya memang memasang angan-angan untuk menyertai Jemari Seni. Doa saya dimakbulkan Allah. Terima kasih, Ya Allah.

Sebenarnya, saya tak sangka bila cerpen Rotan Terbelah itu terpilih untuk dibukukan dalam Kelip-kelip Kusangka Api. Saya hantar saat-saat akhir sebenarnya. Dan cerpen itu adalah cerpen yang saya dah lama tulis dan tersimpan. Masa itu, kononnya saya mahu tulis cerpen lain tapi oleh kerana masa itu sibuk bulan puasa dan sibuk nak beraya, makanya cerpen itu sekerat jalan. Saya hantar sehari sebelum tarikh tutup sebab tak nak rasa terkilan. Kalau hantar tak terpilih itu memang dah bukan rezekilah namanya. Jadi saya mencuba nasiblah kiranya.

Gambar ini saya ambil daripada facebook penyelenggara Kak Su. Saya sertakan blurb untuk KKKA (Kelip-kelip Kusangka Api).

Isi kandungan dalam Kelip-kelip Kusangka Api. Ada antaranya memang penulis Jemari Seni. Jadi terasa agak kerdil diri ini sebab ini pertama kali buat diri saya.

Nama saya di nombor 29 dengan tajuk cerpen Rotan Terbelah. Semoga karya kecil saya ini memberi manfaat dan menghiburkan buat para pembaca. Mana yang buruk itu sememangnya datang daripada saya. Semoga saya terus istiqomah dalam bidang ini. Doakan saya berjaya dan terus dalam menulis samada di blog atau apa jua bidang penulisan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Raikan Cinta Zuhairah Dan Azri

Assalamualaikum.

Hai semua.

Kembali di sini. Menitipkan sesuatu sebagai kenangan. Sememangnya saya sedang dilanda kesibukan. Kesibukan di pejabat kerana menanggung kerja rakan sekerja yang cuti bersalin. Bukan seorang tetapi dua orang sekali yang cuti bersalin. Boleh bayangkan betapa huru-haranya keadaan saya? 

Tapi tak apa, saya buat ikut kemampuan memandangkan memang sorang-sorang kena hadap. Tak mahu komen lebih-lebih kat situ. Telan saja. Kemudian kesibukan di rumah. Ini memang perkara biasa. Cumanya saya sedang sibuk dengan #Projek1000ppSehari. Walaupun sebenarnya fokus projek ini sudah terkehel sikit sebab minggu ini saya dilanda sakit perut. Jadi memng nak kena kejar balik misi ini.

Berbalik kepada tajuk. Saya suka mukadimah yang tak berkenaan dengan tajuk. Haha. Kalau dah dapat menulis memang beginilah gayanya. Semalam, kami sekeluarga dan kakak sepupu bersama suaminya ke Batu Pahat. Kami memenuhi undangan perkahwinan. Sepupu saya semalam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Azri. Ini anak pakcik (adik mak). Sebenarnya pakcik anak angkat arwah nenek dan atok. Kami bertemu sejak kembali sejak setahun dua yang lepas. Memang seperti jejak kasih apabila Zuhairah datang mencari kami. Memang lama tak bertemu Zuhairah. Dulu zaman kanak-kanak, kami sempat membesar bersama sebelum mereka berpindah balik ke Batu Pahat. Dah lupa kronologi terpisah itu.

Seperti biasa, trademark saya bergambar. Haha. Tua-tua bangka macam-macam perangai kau.

Saya dan anak sulung.

Kami tiba dalam jam 12 tengah hari.

Banting yang digantung di luar dewan.

Suasana di dalam dewan. Majlis ini dibuat sekali dengan pihak lelaki.

Kami bergambar dengan pakcik.

Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan pengantin.

Bergambar lagi di luar dewan. Kenangan kan. Entah bila lagi boleh jumpa pakcik. Kalau tak ada majlis macam ini memang tidak berjumpalah.

Penumpang-penumpang di belakang asyiklah bergambar.

Sebelum balik Melaka, kami singgah makan mee bandung di Muar. Kat Tanjung Agas.

Sedap sekali mee bandungnya.

Selingan. Sampai Melaka, saya ajak suami ke Kip Mart. Dua tiga hari lepas, iklan pesta buku ini asyik lalu di dinding muka buku. Memang menggoda diri. Ditambah pula dengan kawan-kawan yang dok tag saya. Mereka dah tahu saya ni suka beli novel.

Saya memang nak beli Bisik Pada Langit. Dua buah novel lagi sekadar memenuhi rak buku saya. Akan dibelek dan dibaca satu hari nanti. Sekarang sibuk dengan projek dan misi. Perlu disiapkan sebelum hujung tahun ini. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan hendaknya urusan saya. Sekian dan wassalam.

Salam pen,
Fyda Adim


Tuesday, October 31, 2017

Menulis Sebahagian Daripada Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua.

Muncul kembali dengan entri-entri schedule. Terpaksalah sekarang. Tak boleh taip dan terus publish. Sekarang dah tak boleh nak berblogging berjam-jam dan mengarang hari-hari. Memang tak dapat dan tak sempat. Jadi kenalah mencari sedikit ruang dan waktu yang boleh diselitkan untuk berblogging.

Masa berblogging, masa itu juga nak berblogwalking. Masa itu jugak kalau sempat nak meninggalkan komen pada blog yang diterjah. Kadang sempat baca saja. Maafkan saya. Pada yang sudi meninggalkan komen, saya memang menghargai dan terharu. Tak apa, saya akan tinggalkan komen juga pada blog kalian.

Sekarang ini banyak kejar masa. Saya sedang sibuk menyiapkan beberapa projek. Hah. Bunyi macam projek juta-juta saja. Hehe. Ini bukan projek juta-juta. Projek saya biasalah, projek menulis. Untuk tahun ini tiga buah buku antologi yang diterbitkan. Alhamdulillah.

Sahabat saya, Firzarawahida antara yang menyokong minat saya.
Bersahabat sejak di Politeknik Ungku Omar.

Satu pencapaian baik buat diri sendiri. Tak sangka juga sampai tiga buah buku untuk tahun ini. Jadi tahun depan saya kena lebih fokus dan rajin. Semoga saya dipinjam ilham daripadaNya untuk saya terus menulis.

Buku antologi kedua saya sudah dibuat promosi. Nanti saya kongsikan. Kali ini buku antologi ini bergabung bersama 39 orang penulis lain di bawah penerbit Jemari Seni. Pihak penyelenggara sudah menjalankan promosi di laman buku beliau. Saya akan menyusul.

Semoga cita-cita saya dan cita-cita kalian tercapai.

Izinkan saya undur diri dulu. Mahu menyiapkan tugasan lain yang menanti. Harap dapatlah disiapkan secepat mungkin. Tahun depan perlu bekerja keras sebab ada beberapa projek suku tahun pertama. Projek Anekdot. Nantikan dan mohon doakan dipermudahkan urusan saya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, October 30, 2017

Majlis Bacaan Yassin

Assalamualaikum.

Hai korang.

Jumaat lepas seperti biasanya, sebelah pagi akan diadakan sedikit majlis bacaan yassin. Adakalanya makanan yang disediakan disumbangkan oleh staf. Yelah, ada yang nak bersedekah di hari jumaat kan. Kadang disiapkan oleh pihak katering. Setakat menu pagi saja untuk 30 orang. Selalunya ada yang kerja luar memang tak ikut serta.

Jadi jumaat lepas, alhamdulillah. Ada yang sumbangkan makanan untuk majlis tersebut. Menunya pun sedap-sedap. Nasi lemak, ayam goreng, bubur jagung dan agar-agar. Itu sahaja rasanya. Majlis bermula lebih kurang 8.30 pagi dan berakhir dalam jam 9.30 pagi. Itu siap makanlah.

Meja yang menghidangkan pelbagai santapan.

Antara yang hadir. Sebelah depan para pegawai. Duduk sebelah hujung bersongkok itu adalah pengarah JKM, Encik Burhanuddin bin Bachik.

Yang kami doklah di belakang sambil berswafoto. Kali ini Myra Mokhtar bercuti. Yang ada Nurul Shuhadah. Hehe.

Inilah menu saya. Oh ya, ada paru sambal juga masa itu. Sedap sekali. Tukang masaknya pula dulu pernah bekerja di JKM. Sekarang dah bersara. Memang puan tu masa kerja pun suka benar bawa makanan ke pejabat. Begitulah kisah jumaat saya yang penuh warna-warni dengan makanan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim