Pages

Tuesday, January 31, 2017

DAY 27 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gadget Saya

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan mahu menulis untuk tugasan hari ini. Tadi ingat mahu balik masak. Kebetulan mak ikut balik rumah. Jadinya aku bawaklah mak makan luar. Selalu mak terperap di rumah aje. Jadi sesekali bawaklah mak.

 Akhirnya aku siapkan juga sampai tugasan hari ini. Aduhai. Gigih mengejar hingga ke tugasan hari ini. Dah tertinggal begitulah jadinya. Baiklah, mengenai gadget aku. Kalau nak tahu gadget aku sekarang semua bukan aku yang beli.

Sekarang yang dok guna adalah handphone dan ipad. Ini dua sahaja gadget yang aku guna. Dulu guna handphone biasa-biasa aje. Kemudian aku dok merengek nakkan iphone. Kebetulan asben nak beli iphone lain, jadi iphone lamanya dia bagi kat aku. Aku no hal baru ke lama ke janji boleh tulis blog, tengok FB, boleh berinsta, boleh berwhatsapp, boleh telefon. Itu sudah memadai. Soal lama tolak ketepi. Sebelum guna iphone aku guna lenovo. Tapi dah rosak. Kemudian bila terjebak dengan ipad, aku mula tertarik dengan apple. Nak beli sendiri tidaklah den mampu, jadi terpaksalah mengendeng dengan laki. Gitchew.

Inilah iphone yang aku guna sekarang. Tempoh hari waktu handphone ni skrinnya rosak, aku gigih keluar duit betulkan.

Ini mini ipad. Bukan aku beli pun. Mini ipad ini aku dapat sebagai hadiah sewaktu memenangi dalam pertandingan menulis ebook. Ipad ini aku guna nak tengok drama-drama yang terlepas. Ipad ini pun dah buruk rupa sebab skrin dia dah retak dek balingan si anak teruna. Sebak tengok masa skrin retak seperti mana retaknya hati mak dia. Mak dia punya bersengkang mata menulis. Tak apalah. Masih boleh digunakan. Kalau ada rezeki bolehlah dibetulkan. Sekarang ini tak ada, jadi dok diam-diam.

Itu sahaja entri untuk malam ini. Bersambung lagi untuk tugasan esok. Hanya berbaki empat hari sahaja lagi. Sayu pula rasa hati. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger       
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


DAY 26 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Perangai Manusia Yang Tidak Disukai

Assalamualaikum dan Hi.

Selamat petang. Sudah makan tengahari ke? Aku makan bekal yang di bawa dari rumah. Seperti biasa. Momentum itu masih dikekalkan. Sudah sebulanlah kiranya aku membawa bekal. Jimat cuma memerlukan kerahan tenaga. Mana-mana pun sama perlukan modal, Samada bawa bekal mahupun makan di luar. Cumanya kalau masak sendiri kita jimatlah sedikit tetapi masa tidak jimat. Begitulah sebaliknya.

Berbalik kepada tajuk diatas. Sebenarnya tajuk ini adalah untuk tugasan semalam. Tapi sebab aku dah ketinggalan beberapa entri, kenalah siapkan satu persatu entrinya. Jadi untuk tajuk entri ini berkenaan perangai manusia yang tidak disukai.

Gambar hiasan

Aku paling tidak suka perangai manusia yang suka buruk-burukkan orang lain atau mencari salah orang. Manusia begini kategori talam dua muka kut. Samalah kan. Contohnya dia cakap hal A kat B kemudian kat A dia cakap hal si A. Hah gitulah. Kemudian buruk-burukkan orang macam dia seorang saja yang betul. Contohnya si A tak buat kerja, dia seorang saja yang buat kerja. Hah gitu. Ini kan contoh. Kemudian suka nilai orang sebelum kenal. Merangkumi semualah. Yelah, kita hanyalah manusia yang serba kekurangan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang begitu.

Begitulah serba-sedikit. Nak cakap pun aku sendiri pun bukan betul. Haha. Ada masa keluar perangai yang menyengal, belum tentu pun orang suka. Hah gitulah. Bersambung di entri yang lain. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger      
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


Sekian Terima Kasih Ost Jejak Karmila

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat tengahari. Lagi sejam mahu masuk waktu rehat. Bolehlah dengar lagu ost Jejak Karmila bertajuk Sekian Terima Kasih nyanyian Azharina Azhar. Aku tak tahu kenapa liriknya menusuk kalbu. Lagunya pun mendayu buatkan hati sayu.

Kalau tengok dramanya sambil dengar lagu ini mesti air mata sudah bergenang di tubir mata. Nak-nak scene yang Karmila mahu keluar penjara. Aku mengalirkan air mata waktu scene itu. Ini pun aku taip entri ini sambil didendangkan dengan lagu ini.

Sekian Terima Kasih Ost Jejak Karmila

Remuk jantung hatiku 
Kau pukul dengan janji palsu
Kau kembali dengan yang baru
Setelah lama aku tunggu

Mana janji kau setia 
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Indah bila dibayangan
Tapi parah dicurahkan
Kau buat satu permainan
Bagi aku dipermainkan

Mana janji kau setia
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Mana janji kau setia
Bukan mudah aku lupa
Ingin saja ku teriak
Hilang sesak di dada

Jelaskan saja apa kau rasa
Saat kau menduakan cinta
Kecewa aku bahagiamu
Jelaskan saja

Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Aku dah jemu kasih
Sekian terima kasih

Terima kasih segalanya

Salam Pena,
Fyda Adim

Malam Masih Muda

Assalamualaikum dan Hi.

Selamat pagi. Kembali lagi dengan entri kedua. Biasalah bila naik kerja setelah cuti panjang, pastilah bermalas-malasan. Mood sendu bagai. Sedang mencari-cari moodnya.

Nak cerita pasal hujung minggu. Bila suami ada di rumah, ada saja nak berjalan. Memang tak reti duduk di rumah. Lewat malam pun tak pasal nak berjalan.

Malam ahad jam 11.00 malam bersiap mahu keluar. Lepas habis layan cerita Kung Fu Panda 3, suami ajak keluar.

Kami tiba di sini jam 11.30 malam.

Muka tahan ngantuk masing-masing.

Tengok si Mmar dia saja buat muka cenggitu. Lepas tu dia gelak sendiri bila tengok gambar dia.

Kami berempat. Suami aku tu dok perasan bila aku cakap dia pakai topi dah macam Fattah Amin. Bukan Fattah Amin tapi patah hati.

Aku dan anak-anak. Segar-bugar mata dia orang. Mata mak dia orang yang  sudah sendu-sendu masa tu. Apa pun kami happy. Family bonding kan. Gunakan sebaik mungkin selagi diberi peluang bersama. Semoga perhubungan ini tetap erat dan utuh.  Sekian dan wassalam.

Salam Pena,
Fyda Adim


DAY 25 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar 3 Tahun Lalu Dan Kini

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Semoga semuanya baik-baik saja. Pagi ini mesti ada yang sendu sebab sudah kerja kan selepas tiga hari bercuti. Dua hari lagi ni, aku masih lagi dalam mood santai sebab anak-anak masih lagi bercuti. Terkejar hal lain pula. Mari kejar dengan entri-entri yang tertinggal. Jenuhlah aku nak menyiapkan segala entri ini. Berposak-posak ye.

Untuk tugasan hari ke 25, mahukan gambar tiga tahun lalu dan gambar yang terkini. Jenuhlah nak membelek gambar-gambar tiga tahun lepas. Gambar terkini senang saja nak cari kan, cuma masalahnya gambar tiga tahun lepas.

Hasil membelek album-album dalam komputer, inilah gambar aku tiga tahun lepas.

Waktu itu aku menghadiri Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Ini pula gambar yang kini. Gambar ini diambil ketika aku menghadiri bengkel penulisan cerpen dan puisi dua minggu lalu di Rumah Pena Kuala Lumpur. Tak ada yang beza. Yang beza hanyalah umur. Sekarang sudah makin tua. Hehehe. Itu sahaja. Sekian terima kasih.

#jdtblogger     
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, January 30, 2017

DAY 24 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - 3 Warna Kegemaran

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam semua. Kena kejar beberapa entri yang sudah ketinggalan. Ada tiga empat entri juga yang mahu disiapkan untuk cabaran JDT Blogger ini. Inilah akibatnya kalau kerja bertangguh. Memang tak disengajakan. Mula hari khamis badan keletihan. Mood pun tak ada nak menulis. Semua plan rosak.

Untuk entri ini, mahukan tiga warna kegemaran. Senang saja. Aku warna kegemaran yang pertama haruslah pink, kemudian ungu dan akhir sekali merah. Itulah tiga warna kegemaran aku. Kebanyakkan koleksi baju aku berwarna pink sampaikan anak aku Adriana pun aku asyik pilihkan warna pink. Nasib dapat anak perempuan masa tu. Jadi gian pink memang tak boleh hilang.

Salah satu koleksi baju kurung aku yang berwarna pink. Kain baju kurung ini memang beli sedondon dengan kawan aku Myra Mokhtar. Memang nak pakai sama. Tapi sejak ada orang pandang pelik bila kami pakai baju sama, aku malas nak sedondon lagi. Haha...

Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Bersambung lagi dengan entri yang seterusnya. Jenuh nak mengarang wei. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim

DAY 23 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - List Cerita Seram Kegemaran

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Sudah tertinggal beberapa entri untuk cabaran ini. Maklumlah cuti panjang, blog pun turut sama bercuti. Tak sempat nak mengadap pun komputer. Memasaklah, mengemaslah, melipat bajulah. Macam-macam kerjaan yang nak disiapkan.

Hari cutilah baru berkesempatan nak kemas rumah kan. Kalau hari-hari kerja sempat kemas apa yang patut saja. Baiklah, bebrbalik kepada tajuk di atas. Tajuk entri untuk cabaran hari ke 23 adalah list cerita seram kegemaran.

Jujurnya, aku memang tak ada pun list cerita seram kegemaran. Aku ni orangnya penakut. Kalau tengok cerita seram memang penyakitnya akan terbawak-bawak ke dunia nyata. Nanti aku takut dok sendiri. Nak tidur pun tak boleh nanti. Pernahlah tengok jugak cerita seram tapi aku akan tutup muka dengan bantal. Jadi baiklah tak payah tengok okay.

Budak berdua ni sudah besar. Sekarang yang seramnya akulah bila mana mak dia menjadi tarzan. Ada masa bertukar hijau. Dan macam-macam aksi seram mak dia orang. Hehehe. Itu sahaja entri petang ini. Bersambung lagi.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, January 27, 2017

DAY 22 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Bila Start Berblogging

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Jumaat kembali lagi. Tadi plan nak keluar tapi sudahnya tak jadi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Malas nak cerita. Sebabnya menyakitkan hati. Baiklah, semalam serius tak sempat nak siapkan entri ini. Aku sempat tulis tajuk kemudian aku log out dan terus membawa ke malam.

Semalam aku puasa, jadi balik dah berposak nak siapkan makan berbuka. Lepas berbuka aku kemas-kemas dapur kemudian suami pun balik. Mood pun tak sampai nak menulis. Sudahnya, tidurkan si Ammar dengan aku sekali tertidur sampai ke pagi.

Berbalik pada tajuk di atas. bila start berblogging? Tajuknya sangat menarik. Aku mula berblogging tahun 2009. Aku berblogging selepas aku lahirkan anak sulung. Masa itu memang sudah ada blog. Suami aku yang mula-mula berblog pasal projek cendawannya. Kemudian aku pula menjual baju kanak-kanak. Ada juga blognya. Dan akhir sekali aku tubuhkan blog ini lepas seronok tengok orang lain tulis cerita di blog. Blog umpama diari harian.

Itulah tarikh aku mula-mula berblog. Entri pun alahai...Belum tahu cara-cara nak menulis pun iye jugak.

Di bawah ini, adalah koleksi header blog aku yang pernah aku guna. Aku memang simpan. Ada yang aku buat sendiri dan ada yang kawan aku tolong buatkan. Header yang senang-senang aku buat sendiri. Kalau yang crop bagai itu memang kawan aku buatkan. Dia memang terror.

Ini aku buat.

Yang ini pun sama.

Sama jugak.

Yang ini aku buat tapi aku tak guna pun.

Ini pun aku tak guna sebab aku yang buat. Tak cantik.

Ini kawan aku buatkan.


Ini pun kawan aku yang buat. Kalau aku memang tak reti.

Ini header mula-mula.

Ini pun kawan aku yang buatkan.

Itu sahaja coretan untuk hari ini. Bersambung lagi di entri yang lain. Tak ada mood sebenarnya. Hatiku sebal kemabal. Hilangkanlah rasa ini secepat mungkin. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger    
#31dayschallengebyjdtblogger


Salam pena,
Fyda Adim








Thursday, January 26, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - Aktiviti Sebelum Pulang

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat tengahari. Kembali lagi bersiaran. Entri ini masih lagi mengisahkan percutian ke Langkawi. Selepas entri ini, ada lagi satu saja entri yang akan menutup segala cerita tentang percutian aku empat beranak ke Pulau Langkawi. Biasalah, gambarnya banyak. Kerjaan nak memilih gambar yang banyak itu yang membuatkan lambat menulis entri.

Baiklah, terus sahaja bersambung. Entri lepas boleh di baca di SINI. Usai balik dari island hopping, kami terus bersiap untuk keluar semula. Memang plan petan itu nak makan laksa ikan sekoq, nak sambung beli coklat dan nak beli minyak gamat. Berkali ayah aku ingatkan. Petang itu memang kena rushing sebab sebelah malam kita orang ada barbeque di tepi pantai.

Inilah tempat yang jual laksa ikan sekoq.

Tempatnya berdekatan dengan lapangan terbang. Jadi nampaklah kapal terbang mendarat.

Inilah rupanya.

Sudah makan beraturlah nak membayar. Aku pula boleh menyinggah beli keropok lekor.

Kemudian misi mencari minyak gamat pula.

Mana yang kita orang jumpa terus sahaja singgah.

Angkutlah beberapa botol minyak gamat. Model tak berbayar.

Kemudian kami ke kompleks Haji Ismail lagi. Misi mencari coklat untuk diri sendiri.

Sentiasa ramai pengunjung.

Ini coklat kegemaran suami. Memang wajib beli.

Beli yang pek kecil.

Bayarlah dengan berlapang dada.

Usai membeli coklat, kami mencari dobi pula. Misi mendobi. Senangkan, nanti balik tak adalah banyak sangat baju kotor.

Sebelah malam ada barbeque. Gambarnya tidak banyak sebab gelap memang tak clear. Ini saja yang aku nampak terang. Begitulah malam akhir kami di Pulau Langkawi. Terasa sedih mahu meninggalkan Langkawi. Entah bilalah dapat datang lagi. Aku datang kali ini selepas sembilan tahun. Lama kan. Itu sahaja coretan untuk tengahari ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Huru-hara Menghilang Sebentar

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Pagi ini dingin sekali. Hujan turun lagi membasahi bumi Melaka. Sejuknya terasa ke tulang hitam. Aku pula jenis yang tak tahan sejuk. Hari ini keadaan tidak kelam-kabut seperti semalam. Biasalah, hari sekolah, hari kerja memang sedikit huru-hara.

Bukan sikit-sikit punya huru-hara. Mana yang terkejar nak masuk sekolah, mana yang terkejar nak punchcard. Berposak kan?

Itu belum masuk hal kesesakkan jalan. Cari jalan alternatif pun tidak manpu menyelamatkan keadaan. Sudahnya kadang terlewat tiba di pejabat. Sampai di pejabat dalam keadaan stres. Atas jalan sudah mendapat.

Pagi tadi, jalan pun tak sesak. Akan tetapi hujan turun boleh tahan lebatnya. Gigihlah mak AdrianaAmmar membesarkan mata nak melihat jalan. Itu sahaja, entri ringkas pagi ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, January 25, 2017

DAY 21 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Makanan Kegemaran Selain Masakan Melayu

Assalamualaikum.

Hai semua.

Seperti biasa, usai makan pasti mata terasa memberat. Menguap sudah beberapa kali. Itu usah dicakapkan. Kebetulan, tajuk tugasan hari ini pun berkaitan dengan makanan.

Aku sememangnya suka makan. Memang aku dan makan berpisah tiada. Untuk entri kali ini, makanan kegemaran aku selain makanan melayu sudah tentu-tentu western food. 

Kalau aku makan di Secret Recipe, aku pasti pesan menu ini. Namanya aku dah lupa. Kadang aku pesan spageti aglio olio. Begitulah kisahnya.

Sekian dan wassalam.

#jdtblogger   
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


Meraikan Ulangtahun Anakanda Adriana

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, bersamaan 20 Januari 2017 adalah ulangtahun kelahiran anak sulung aku. Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy namanya. Panjang sangat namanya. Gigih nak menyebutnya. Apaknya menggila nak letak nama Qistina. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan nama Qistina. Yang aku yakin bukan nama bekas makwenya. Kahhh. Waktu itu tengah sibuk dengan drama Spa Q. Itu yang apak dan maknya bertekak-tekak nak letak nama. Nama Adriana memang aku yang pilih.

Sewaktu nak letak nama Qistina, memang kontroversi. Aku stres. Dalam pantang layan drama Spa Q dan dalam masa yang sama stres sebab adalah ahli keluarga yang tak boleh terima nama itu. Yelah, kalau tersalah sebut. Nak sedapkan hati sendiri aku cari dalam buku nama-nama anak. Ada pula. Sekarang pun ada orang kata nama Qistina ni tergolong nama apa entah. Fikir yang baik-baik saja. Bila kat rumah dia sendiri bahasakan diri dia Nana. Waktu tu dia pelat-pelat lagi, tapi terus lekat nama itu pada Adriana. Ada juga kalangan kawan dia dan sebelah suami panggil Qistina.

Beli dua slice kek di Secret Recipe. Tiba-tiba slice tu tak reti nak cakap melayunya. Suami aku memang tak nak makan kat SR. Entah kenapa. Kalau ajak tak pernah yang nak.

Dua beradik yang cukup membuatkan hidup mak kau kelam-kabut. Adakalanya tersangatlah baik budak berdua ni. Boleh share makan, boleh share barang. Ada masa bertekak macam anjing dan kucing. Dulu mak bidan yang urut aku dalam pantang surub letakkan tali pusat dia orang dalam satu tempat. Katanya kalau gaduh macam mana pun mesti baik punya. Aku kan jenis yang ikut pantang-larang, jadi ikut ajelah. Tak ada niat apa-apa.

Genap sudah umurnya sembilan tahun dan mak kau pun terasa dirinya semakin tua.

Seperti biasa, swafoto kami berempat mestilah ada.

Menu pilihan aku hari itu adalah laksa. Setiap kali makan laksa, pasti aku teringat seseorang. Bukan teringat akan Lak yang gitu gitu. Tak faham tak apa. Hihi. Tapi aku teringat pada Myra Mokhtar. Ada cerita di sebaliknya.

Ini menu suami.

Ini menu untuk anak teruna aku. Ammar dan nasi berpisah tiada.

Kakak dan adik.

Gelagat adik bila si kakak mahu suap kek.

Giliran adik pula menyuap si kakak. Wajah adik seakan terpaksa menyuap si kakak. Memang dia mengomel bila disuruh suap keknya pada kakak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim