Monday, January 9, 2017

Bekalan Anak-anak Minggu Pertama

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Hari ini bermula tugas hakiki sepenuhnya bila mana husband sudah kembali bekerja nun jauh di sana. Hati perlu redha dengan ketentuan ini. Perlu berlapang dada dengan yang dilalui sekarang. Perlu kuat demi meneruskan kehidupan hari-hari mendatang.

Azam tahun baru ini aku mahu bawakkan anak-anak aku bekal dari rumah. Ya, yang dimasak oleh aku sendiri. Paling koman pun roti telur dan paling special adalah nasi goreng. Hahaha. Sejauh mana kerajinan dan kemampuan itu, tunggu dan dilihat saja.

Moga kerajinan itu sentiasa ada dalam diri untuk anak-anak aku. Bagi minggu pertama sesi persekolahan berlangsung, tugasan itu berjaya kiranya bila mana aku dapat siapkan bekalan mereka selama empat hari. Masa itu, aku cuti. Kemudian husband ada. Nak juga beritahu kekuatan yang ada di sebalik kejayaan itu.

Menu untuk hari pertama. Benjo dan wedges.

Menu hari kedua. Nasi goreng dan wedges.

Hari ketiga pula, burger dan sosej.

Hari keempat pula, aku bekalkan nasi putih berlaukkan kicap, telur, sosej dan wedges. Begitulah menu ringkas untuk anak-anak aku. Tidak ada hias-hias. Tak sempat pun. Misi aku adalah agar anak-anak aku kenyang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

adianiez AIDA said...

tahniah !!!
aida kalau x sempat, beli kan pe pe kat gerai depan umah.
anak2 dara berdua tu memang x berikan duit.
just ada standby 50sen utk phone, emergency.
air, bekal makan, bwk dr umah :)