Monday, January 9, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - Dari Stesen Arau Ke Terminal Feri Kuala Perlis

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Mari sambung dengan cerita percutian aku dan keluarga ke Pulau Langkawi. Entri ini adalah kesinambungan daripada entri yang INI. Masih ada beberapa entri yang akan ditulis mengenai kisah perjalanan aku dan keluarga dari KL Sentral hingga sampai ke Pulau Langkawi.

Perjalanan dari KL Sentral hingga ke Stesen Arau memakan masa lebih kurang lima jam. Nasiblah perjalanan kami tidak membosankan. Kiri kanan dijamukan dengan dengan permandangan yang cantik dan indah mata memandang. Perasaan teruja menyelubungi dalam diri sepanjang perjalanan terutamanya anak-anak. Sesekali melihat bukit-bukau, gunung-ganang, ada sungai, dan bermacam-macam lagi. Oh ya, sawah-bendang yang luas pun turut ada. Betapa cantiknya keindahan alam ini.

Kami turun di Arau dalam jam 3.00 petang. Stesen terakhirnya adalah di Padang Besar.

Sempat bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan kami.

Bergambar kenangan di Stesen KTM Arau.

Kemudian kami ke perhentian teksi. Mencari teksi untuk meneruskan perjalanan kami ke Kuala Perlis pula.

Kenderaan ketiga kami hari itu.

Naiklah teksi untuk ke Terminal Feri Kuala Perlis. Tambangnya RM26.

Sewaktu kami di dalam teksi. Si anak dara yang satu ini memang rajin mengajak bergambar.

Kami tiba di Terminal Feri Kuala Perlis dalam 30 minit perjalanan.

Menunggu feri. Sepatutnya feri kami jam 4.30 tapi ditukarkan waktunya ke jam lima petang pula.

Masa yang ditunggu pun tiba. Feri tiba tepat jam lima.

Tempat duduk kami di sebelah depan sekali.

Ammar yang dari naik feri tidak duduk pun.

Si kakak pun sama.

Feri pun bergerak.

Aku dan Adriana lagi.

Permandangan yang cantik lagi.

Air lautnya yang biru.

Sewaktu ini kami sudah mahu turun dari feri setelah lebih kurang empat puluh lima minit di dalam feri. Naik kematu punggung asyik duduk saja.

Inilah feri yang kami naik.

Sempat bergambar lagi.

Aku dan Adriana lagi. Lapan tahun lepas aku pernah datang ke Langkawi. Waktu itu aku sedang membawa Adriana di dalam perut. Sekarang aku datang dengannya pula.

Kami berjalan meninggal jeti mahu mencari orang untuk kereta sewa. Kami sudah sewa kereta dan orang itu sudah menunggu pun sebenarnya. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: