Pages

Tuesday, February 21, 2017

Resepi Fettucini Carbonara

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Pagi ini aku nak kongsikan resepi Fettucini Carbonara yang malam tadi aku masak. Lagi pun dah lama aku tidak kongsikan resepi di blog ini. Malam tadi teringin benar nak makan carbonara. Sebahagian bahan-bahannya ada di rumah. Semalam aku ke kedai cuma beli sos carbonara, susu full cream dan udang. Bahan lain semuanya ada di rumah.

Maklumlah, semalam puasa. Tekak pun mengada nak makan sesuatu. Lagi pun carbonara antara menu kesukaan anak dara aku. Dia tekak mat salleh. Tak makan pedas. Kalau masak pedas-pedas, jangan haraplah dia pandang. Makan lagilah jauh sekali. Boleh buat gaduh. Hehe.

Baiklah, jangan panjang sangat mukadimah. Mari aku kongsikan resepi yang aku google dan semestinya aku cari resepi yang ringkas dan mudah. Semua nak cepat. 

Atas ini antara bahan-bahannya.

Bahan-bahannya :-

Fettucini (rebus ikut berapa banyak yang hendak dimakannya) - Rebus dengan sedikit minyak untuk elakkan dari melekat.
1 tin sos prego carbonara
Sedikit udang
Sosej dipotong nipis (ikut banyak mana kuahnya)
Cendawan butang dipotong
Bawang putih dicincang
Bawang Merah dicincang
1/2 cawan susu full cream
Serbuk Blackpepper
Sedikit garam
Sedikit Air

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan udang. Tunggu hingga udang masak barulah masukkan sosej.

Kemudian tuangkan sos carbonara ke dalam kuali dan diikuti 1/2 cawam susu full cream. Kacau rata dan tuangkan sedikit air. Masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan cendawan butang yang sudah dipotong. Kacau rata. Letakkan sedikit air agar tidak terlalu pekat mahu pun terlalu cair. Taburkan sedikit blackpepper. Boleh letakkan sedikit cheese. Aku tak letak sebab nanti muak.

Siap. Sedia untuk dihidangkan dan bersedia untuk makan. Begitulah ringkasnya resipi ini. Mudah dan cepat untuk siapkan menu ini. Anak-anak aku bertambah. Adriana siap hirup kuahnya. Gembira rasa hati bila tengok anak-anak makan kan.

Buat para ibu, bolehlah mencubanya. Siapa yang tidak ada idea nak masak apa hari ini, bolehlah mencubanya. Selamat mencuba dan selamat bersilat di dapur. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, February 20, 2017

Bila Hari Bekerja

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Baru dapat melunjur kaki dan bergolek-golek. Alangkah nikmatnya bila dapat berbaring dan menegangkan urat sendi. Kepenatan seharian melakukan bermacam-macam kerja dari sebelum subuh hingga tengahmalam memang meletihkan. 

Tapi bila kita buat sesuatu dengan ikhlas pasti semuanya hilang begitu saja. Walaupun terdetik dalam hati merungut kepenatan dan keletihan.

Hari ini aku puasa. Balik jam lima terus memandu ke kedai berhampiran dengan rumah. Mahu beli bahan untuk masak. Tekak teringin mahu makan fettucini carbonara. Usai membeli, terus pulang ke rumah. Solat dan siapkan diri. Aku keluarkan bahan masak dari dalam peti ais. Balik nanti senang nak masak. 

Kemudian bergegas pula ke sekolah untuk menjemput si kakak. Lepas jemput dak kakak, jenput dak adik pula di rumah mak. Kemudian terus pulang ke rumah.

Sampai rumah, tepat tujuh malam. Aku alas perut dulu dengan roti bersama telur mata dan secawan coffee.

Usai selesai solat isyak, barulah aku mula maaak. Bahan-bahan semua dah siap potong lepas berbuka. Jadi campakkan saja bahan-bahan dalam kuali. Kemudian ajak anak-anak makan. Lepas makan kemas dapur dan tengok anak-anak buat homework dan ulangkaji. Selesai kerja sekolah, aku sambung kerja menggosok baju.

Kenudian barulah ajak anak-anak masuk tidur. Tepat jam 10.30 habis melakukan semua kerja. Begitulah serba-sedikit rutin hari bekerja. Penatnya jangan dicakap. Kita semua dalam dewan peperiksaan, semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatannya nanti. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Keluar Tanpa Anak-Anak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Isnin kembali lagi. Moga tiada yang melalui isnin biru ye. Rutin seperti biasa. Bangun pagi siapkan sarapan dan bekalan anak-anak. Setakat ini anak-anak bawa bekal ke sekolah. Kalau datang malas aku tepis juga sebab rasa tidak sampai hati menyelinap dalam diri.

Hari ini aku berpuasa jadinya tidaklah aku ke mana-mana. Hanya duduk di tempat dan buat kerja. Hari ini lebih kepada melayan perasaan sendiri sambil bermuhasabah diri.

Jumaat lepas, aku kan cuti. Jadi hari itu aku meluangkan masa berjalan-jalan dengan suami. Anak-anak sekolah jadi tidaklah timbul perasaan tidak sampai hati pada diri.

Jam 12 keluar untuk makan tengahari.

Makan kat sini. Lauknya pelbagai hinggakan aku rambang mata. Selepas makan suami terus ke masjid. Aku hantar suami kemudian balik rumah mak jap untuk bersolat.

Aku dan suami di Dataran Pahlawan.

Apa lagi tengok wayanglah kita. Jenuh memujuk sebab suami tak layan cerita melayu. Selalu aku ikut dia tengok cerita omputih. Kali ni atas permintaan sang isteri. Hehe...

Orang tak ramai. Waktu bekerja tapi kita orang siap dah beli online. Senang. Sampai-sampai tunjuk aje.

Balik tengok wayang aku singgah kedai bakeri. Mahu beli butter. Lepas tengok Syurga Yang Tak Dirindukan 2, aku kemurungan. Suami ejek aku. "Laaa, itu pun nak nangis."

Dari kedai bakeri singgah makan di Bukit Baru. Keow teow basah yang sedap hingga licin pinggan. Hehe. 

Sesekali dapat meluangkan masa bersama pasangan adalah waktu yang terindah. Boleh mengimbau zaman-zaman bercinta dulu kan. Alangkah manisnya. Hehe.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Misi Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Baru dapat memanjat ke atas katil. Kaki bukan main kejung ada kawasan betis. Ini penangan buat cheesetart semalam. Buatnya 130 biji aje tapi kepenatannya macam buat 1300 biji.

Memang tabik pada baker yang ambil tempahan. Aku buat untuk rumah pun dah rasa nak melingkup. Kalau buat untuk orang jangan aku tertangkup masuk dalam oven.

Hari ini dapatlah aku buat macam-macam aktiviti. Sebelah pagi menulis kejap, kemudian masak, basuh baju, mengemas dapur dan macam-macam lagi.

Masak pun hari ini ringkas-ringkas sahaja. Awal pagi sudah layan spageti goreng.

Sebelah malam, adik-adik aku databg dan aku masak bihun goreng singapore. Untuk misi yang lain kiranya aku berjaya laksanakan.

Misi untuk melipat kain baju hari ini, gagal. Nampaknya akan melimpah ruahlah kain baju dalam bakul itu nanti. Mohon jangan sakit mata tengok baju yang melimpah itu nanti.

Jadi minggu ini kita pakai baju yang dalam bakul. Baju dalam almari jangan diusik. Salah satu nak susutkan kain baju dalam bakul. Ngeee

Jadinya, minggu ini aku akan ke kerja dengan ulang pakai baju kurung minggu lepas. Ko mampu? Ngeee.

Itu sahajalah titipan malam sebelum beradu. Semoga berjumpa esok dan dipermudahkan segala urusan kita. Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


Sunday, February 19, 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Siapa yang dah menontonnya?Aku tahu pasal cerita ini sebab ternampak ada kawan update di laman muka bukunya. Mulanya aku tak tahu pun kewujudan cerita ini. Ketinggalan sungguh aku ni. Bila kawan aku update di laman muka buku buatkan aku tertarik bila mana dia kongsikan sedikit jalan ceritanya. Jadi minggu lepas dalam hari sabtu aku pun menonton cerita ini secara online bila masa anak-anak sudah tidur.

Aku memang tak pernah layan cerita indon sangat. Malam tu aku pun cubalah mengikuti cerita ini. Ternyata cerita ini memberi kesan kemurungan kepada aku selepas menontonnya. Haha. Iye, ceritanya sedih bila mana dia melalui fasa poligami. Poligami yang berlaku adalah dalam keadaan yang tidak dijangka oleh lelaki itu iaitu suami Arini.

Beria aku menangis sorang diri. Melelehlah jugak air mata bila tiba scene Arini tahu suaminya berkahwin lain. Realitinya, kalau kita ditempat Arini sejauh mana kuatnya kita. Allah takkan menduga hambanya di luar kemampuan bukan. Kalau aku tak mampu rasanya. Mulalah kan tengok drama dengan diri sendiri berdrama sekali.

Cantik dua pelakon-pelakon perempuannya. Aku suka tengok wajah Arini yang lembut itu dengan penampilannya. Sinopsisnya cerita ini boleh dibaca di SINI. Boleh menonton cerita ini di myflm4u. Aku memang selalu tengok online di situ kalau tertinggal apa-apa drama kesukaan. Selalu layan di ipad sambil masak atau pun melipat baju. Begitulah perkongsian aku. Dan aku sudah pun menonton kesinambungan cerita ini iaitu Syurga Yang Tak Dirindu 2 di pawagam. Ceritanya baru sahaja keluar di pawagam khamis lepas. Pergilah pawagam kalau mahu tahu apa kesudahannya. Sedih sekali pengakhirannya. Itu saja dulu nanti bersambung lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Beraktiviti Sendiri Di Pagi Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Salam buat semuanya. Ahad menjengah lagi. Seperti biasa, bila datangnya ahad, aku bersama anak-anak sahaja. Hari ahad dilalui seperti biasa dengan aktiviti sendiri. Jam 6.30 tadi suami sudah keluar mencari rezeki. Perjalanannya ke tempat kerja yang memakan masa dalam dua jam. Begitulah rutin kami setiap minggu. Suasana pagi ahad pun dilalui sama saja. Aku akan berdiri di muka pintu dan menghantarnya hingga hilang daripada pandangan. Suka atau tidak terpaksa juga hadap dan lalui situasi ini. InsyaAllah, jumpa kembali khamis sebelah malam. Nak menunggu ke hari khamis itu memang terasa lama sangat.

Anak-anak masih lagi beradu. Usai suami keluar tadi, aku mulalah mencari aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Mengemas katil, menyiapkan confirmation order customer untuk candy booth dan juga sewa barang photo booth. Kemudian aku masuk dapur dan merebus spageti. Cadangnya mahu goreng spageti saja. Kemudian mahu kemas dapur. Semalam sudah kemas sebahagiannya. Petang sikit bolehlah duduk depan televisyen sambil melipat kain baju yang bertimbun.

Begitulah kan setiap isteri dan mak pasti sibuk dengan kerja rumah. Hujung-hujung minggu beginilah yang boleh luangkan masa untuk mengemas apa yang patut. Kalau hari bekerja memang terkejar-kejar nak buat semua benda. Tak sempat pun. Aku buat mana yang penting dan mana yang larat. Tapi kalau kita seronok melakukan apa yang kita suka pasti kepenatan itu tidak dirasai sangat dan pasti hati kita seronok. Betul tak?

Morning view aku tadi. Gambar ni aku upload kat Insta. Salah satu tempat kesukaan aku di rumah.

Kemudian aku siapkan confirmation order customer. Ada yang sudah bayar deposit untuk lock date.

Hasil chistart yang aku buat semalam. Mengetat dengan mata yang ketat. Bertahan ajelah sebab nak siapkan. Tekak teringin nak makan. Lagipun dah lama tak buat sendiri.

Malam tadi cepat sikit aku mengetat sebab ada alat ini. Tekan-tekankan saja siap. Cepat penuh satu dulang. Satu adunan dapatlah 130 biji tart. Makan kau sampai muntah. Malam tadi sementara nak menyiapkan tart, yang setia meneman aku di dapur adalah si Ammar. Terbalik pula anak lelaki yang dok dapur. Si kakak nak sedap membongkang. Ammar tu bukan apa pun, sebenarnya selagi aku tak tidur sebelah dia memang dia sanggup melangut tunggu mak dia walaupun kau tengok mata dia dah kecik besar aje. Anak lelaki. Kalau aku baring, confirm sekejap aje dah tidur. Mengada-ngada.

Itu sahaja coretan pagi ini. Mahu masak spageti dulu nanti akan sambung menulis lagi. Ada assignment yang perlu dihantar April ini. Macam tak kesampaian saja nampaknya. Tengoklah macam mana kan boleh siap ke tidak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, February 17, 2017

Meluang Masa Berdua

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi dan salam jumaat. Semoga jumaat ini memberi keberkatan pada kita semua. Cakap baik-baik, fikir baik-baik juga ya. Pagi ini aku melalui fasa ketenangan di mana aku tidak perlu terkejar-kejar untuk ke pejabat. Bangun seawal pagi seperti biasa. Siapkan bekal makanan anak-anak, siapkan baju mereka dan siapkan mereka. Aku tidak perlu bersiap. Santai habis. Hari ini aku ambil cuti sebab mahu meluangkan masa bersama sang suami.

Biasalah, bila suami kerja di Johor waktu kami memang terbatas. Kalau sebetulnya waktu untuk kami menghabiskan masa berempat hanyalah sabtu. Jadi hari ini aku memang nak cuti. Nak rehat satu hal, kemudian ada urusan yang perlu aku selesaikan sementara suami ada.

Tadi, usai anak-anak ke sekolah bolehlah aku melunjur kaki. Melakukan aktiviti sendiri. Setiap jumaat memang giliran suami hantar anak-anak ke sekolah. Selalunya kalau aku kerja, lepas sahaja anak-anak keluar rumah, aku terus sahaja bersiap untuk ke kerja. Hari ini tidak perlu semua itu.

Pagi ini aku siapkan sedikit tugasan di depan komputer. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mana yang editor Zalora sudah dua kali menghantar emel bertanyakan pasal artikel yang baru. Mana yang tugasan lain perlu dikejarkan untuk siap sebelum bulan April ini. Adoi. Mampukah aku. Kemudian bulan Mac ini ada event yang perlu aku handle. Tempahan candy booth pada 18 Mac 2017.

 Apa lagi?

Oh ya, bulan Mac perlu bertungkus-lumus sebab Adriana mula peperiksaan. Banyak aktiviti untuk aku mahu pun untuk anak-anak. Rutin yang sama perlu diselang-selikan dengan aktiviti luar biasa agar tidak kebosanan melalui hari-hari mendatang. Kita yang mengatur hidup ini. Perlu ceriakan hari-hari kita. Kalau diri sendiri tak ceria nanti asyik dihantui stres dan kemurungan.

Sebenarnya, hari ini cuti aku bercadang mahu ajak suami tonton wayang. Cerita Syurga Yang Tak Dirindu sudah keluar semalam. Aku bercadang nak tengoknya tapi suami aku kalau cerita melayu memang payahlah hai. Jadi aku perlu bijak memujuk. Haha. Mahu release tension. Sudahlah beberapa hari lepas dia yang tak pernah mengeluh stress, tiba-tiba telefon kata stres dan rasa mahu menangis. Tiba-tiba kan. Susah hati betul bila mendengarnya. Jadi hari ini kami mahu pergi menonton wayang, chit chat di mana-mana restoran sementara anak-anak bersekolah.

Itu sahaja titipan pagi ini. Nanti bersambung lagi di lain entri. Mahu siapkan tugasan lain pula sementara kerajinan ini sedang bermaharajalela dalam diri. Kejap lagi sudah mahu keluar berdating. Kemudian nak kejar solat jumaat pula. Ini anaka-anak aku tak tahu yang aku cuti. Kalau budak berdua tu tahu memang masak. Hehehe.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, February 16, 2017

Jangan Cepat Buat Andaian

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai.

Selamat petang semua. Alhamdulillah. Semalam, seperti yang dirancangkan aku dapat lakukan aktiviti bersama anak-anak usai solat maghrib. Semoga aku terus istiqomah untuk meneruskan aktiviti itu. Walaupun agak haru sebab aku sorang-sorang yang handle budak berdua itu tapi bolehlah. Sampai rumah aje semalam, aku terus suruh anak-anak bersiap untuk solat maghrib bersama. Seronok.

Untuk entri kali ini berkenaan hal membuat andaian. Biasalah kita manusia, sering saja cepat membuat andaian dan persepsi terhadap seseorang. Kadang tak kenal pun dengan orang tu tapi boleh mengandaikan yang bukan-bukan. Terus sahaja membuat andaian yang negatif.

Bukan tidak boleh berfikiran negatif tapi tengok keadaan. Kalau setiap masanya asyik bersangka buruk terhadap seseorang, susahlah hidup. Nanti semuanya tidak kena.

Aku dulu pernah lalui situasi yang mendorong hati aku untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap seseorang. Kisahnya aku senyum dengan seseorang sewaktu terserempak dengannya tetapi senyuman aku itu tidak berbalas. Mulalah timbul persepsi dalam diri yang 'orang itu' sombong, berlagak dan sewaktu dengannya.

Tapi nak dijadikan cerita, ada satu hari aku kena berurusan dengan 'orang itu'. Rupanya sangkaan aku meleset. Mudah sangat melatah dan buat andaian yang bukan-bukan. 'Orang itu' peramah saja bila kita sudah kenal dia. Siap boleh ketawa dan sudah senyum dengan aku bila terserempak. Sebenarnya begitulah peel kita kan. Biasa sangat buat andaian yang bukan-bukan. Semoga Allah ampunkan aku. Kena berhati-hati selepas ini agar jangan terlalu cepat membuat andaian pada orang lain.

Ada orang mungkin tidak reti untuk memulakan. Macam kita mungkin. Kita senyum ke dengan orang? Untuk diri aku, orang yang belum kenal dengan aku akan cakap aku sombonglah, kereklah. Pernah. Ada pengakuan yang aku pernah dengar. Macam mana kita letakkan persepsi pada orang, macam itu jugaklah orang letakkan persepsi terhadap kita. 

Aku pernah terbaca kata-kata seseorang di laman muka buku.

Usah ambil peduli dengan perkara-perkara negatif. Fokus hanya pada perkara positif. Sentiasa memaafkan dan melupakan, walaupun ia sangat pahit untuk ditelan. Hargai orang yang sentiasa  menghargai kita. Sayangilah orang yang sayang pada kita. Sentiasa bersyukur dalam nikmat yang diberikan. 

Hidup ini singkat. Tidak perlu ambil kisah dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada diri kita. Dosa pun akan berkurang. Kita manusia, bukan sempurna. Dia tak betul, kita betul sangat ke? Moga kita diberi ruang dan peluang untuk baiki diri sendiri, kan. Untuk saling maaf dan memaafkan. 

Terbaca tulisan Encik Matt dari laman muka bukunya.

Tuan puan, maafkan seseorang yang pernah khianati kita asbab kebahagiaan kita akan datang, walaupun terpaksa berpisah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Wednesday, February 15, 2017

Kembali Dari Menyepi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai.

Seminggu menghilang. Sepi. Tanpa ada coretan di sini. Ceritanya ada. Sentiasa ada. Namun kesibukan mengatasi segalanya. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk. Sibuk dengan urusan dunia dan perkara yang tidak bermotivasi langsung. 

Kena seimbangkan balik dengan urusan akhirat juga. Allahu. Adakalanya selalu merungut tidak cukup masa kan. Masa itu ada cuma kita yang tidak pandai membahagikan masa. Kalau kita kurangkan dan tidak leka dengan perkara-perkara lagha, pasti kita punya cukup masa.

Rasanya kena buat jadual harian aku supaya masa aku mungkin lebih teratur. Syaratnya aku kena disiplin. Kalau tak disiplin, tak guna juga kalau kau buat jadual bagai nak rak.

Pagi ini hati dirundum pilu. Terbaca coretan seorang mak pada arwah anaknya sempena ulangtahun kelahiran anaknya hari ini. Entah kenapa air mata sudah bergenang di tubir mata tatkala aku membaca coretannya di ruang muka buku. Al-Fatihah buat arwah anaknya.

Itu sajalah titipan pagi ini. Mencari mood untuk memulakan kerja setelah dua hari tidak masuk pejabat. Mood sekejap ke laut dalam dan sekejap ke langit lazuardi. Bertabahlah. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, February 8, 2017

Antara Emosi Seorang Wanita Dan Seorang Lelaki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Selamat tengahari semua. Kejap lagi mahu makan tengahari. Hari ini, aku masih lagi membawa bekal dari rumah. Misi berjimat-cermat masih lagi diteruskan. Ikut pada masa dan kerajinan juga sebenarnya tetapi setakat ini masih lagi mengekalkannya. Sebelum itu, saja mahu menulis tentang emosi manusia. Emosi secara umumnya melibatkan perasaan.

Bila dikatakan tentang emosi, selalunya berkait rapat dengan wanita. Wanita dan emosi berpisah tiada. Kalau bab nak kata soal emosi ini, wanita yang selalunya bermain dengan emosi. Ini aku cakap tentang diri aku sendiri. Orang lain aku tak tahulah. Masing-masing lebih tahu tentang diri masing-masing bukan?

Kalau nak dibandingkan emosi seorang wanita dan seorang lelaki memang jauh berbeza. Kalau wanita, perkara kecil pun mesti sudah merosakkan emosi. Kadang seharian emosinya boleh ke laut dalam atau pun ke langit lazuardi. Begitulah bayangannya kalau wanita sudah bermain dengan emosi.

Ini aku nak cerita pengalaman aku sendiri. Hujung tahun lepas, aku diduga bila mana aku mendengar ada cerita-cerita tidak elok pasal aku yang sedang dijaja. Hal kerjalah apa lagi. Biasalah kan. Aku sudah boleh jangka sebenarnya perkara ini akan terjadi bila aku akan berkerjasama dengan Hamba Allah ini untuk kesekian kalinya. Dulu pernah juga aku berkerjasama dengannya, pun ada jadi hal. Kemudian kami terpisah bahagian. Aku kira mungkin dia dan aku tidak serasi. Yelah, bukan semua orang boleh serasi dengan kita begitu juga dengan kita kan.

Bila dulu sudah jadi hal, aku pun sudah lupakan hal itu. Barang yang lepas usah dikenang, Jadi bila Hamba Allah itu kembali, aku cuba menukar persepsi aku terhadapnya. Bersangka baik. Sampailah aku dengar cerita lain pula yang meniti di bibirnya tentang orang lain. Tapi kali ini yang dijajanya adalah seorang lelaki. Rupanya lelaki itu tahu yang Hamba Allah itu bercerita pasalnya.

Apa yang aku ambil iktibar dari lelaki itu bila mana dia nasihatkan agar bersabar. Buat apa nak melawan. Memang terngiang-ngiang nasihat dia itu.

"Biar kita aje tahu apa yang kita buat. Allah ada."

Lepas dengar apa yang dia cakapkan, aku pun move on. Malas nak bersendu-sendu fikir apa yang orang itu mahu cakap. Kalau ikutkan hati mahu saja dikerjakan Hamba Allah itu tetapi kena bertindak secara profesional.

Jadi, janganlah bermain dengan emosi sangat. Semoga kita wanita-wanita bertindak secara bijak dalam menangani amsalah yang menghantui diri, Aku belajar tentang sesuatu perkara sejak hal itu. Aku belajar bersabar. Allah hantar dia sekali lagi untuk menduga aku. Aku kena laluinya sekali lagi. Semoga kuat dan mampu melawan perasaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Majlis Resepsi SufiAnis Di Gombak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Hai semua.

Bismillah. Selamat pagi semua. Bersambung lagi dengan cerita orang kawin yang tak habis-habis. Entri ini sambungan dari entri semalam. Sesiapa yang belum baca entrinya, bolehlah baca di SINI. Sebelum itu, ini adalah entri yang aku tulis malam tadi ye. Seperti biasa, entri scheduled. Haraplah maklum.

Sabtu, 24 Disember 2016 adalah majlis resepsi sebelah perempuan di Gombak. Aku dah tak ingat nama tamannya. Aku ingat Gombak aje. Pagi itu, kami hanya bersantai-santai dulu di homestay memandangkan majlis ke rumah perempuan sebelah tengahari. Lepas makan tengahari macam tu. Pagi itu kami disediakan sarapan oleh tuan rumah. Nasi lemak ada, roti canai pun ada. Perut dah kenyang, masing-masing bergolek sementara nak menunggu waktu.

Ini masing-masing sudah siap bergaya. Temanya merah. Sejam masing-masing nak siap. Aku tidaklah ambil masa sejam. Bukan bermake up bagai pun.

Gaya tudung tu anak-anak buah aku yang membegakan. Aku macam berserah aje.

Merah semuanya.

Budak-budak sudah excited.

Sebelum keluar, kami bergambar dengan pengantin dulu.

Suka tengok gambar ini.

Semuanya pangkal A. Afiqah, Amirah, Alfidah dan Adibah.

Pengantin mahu berarak.

Masa ini sudah tiba depan rumah perempuan.

Makan beradab.

Aku dan anak buah, Amirah.

Kami sudah ada di meja makan.

Sebelum pulang bergambar dengan pengantin dulu. Aku tak boleh tunggu, nak kena balik dulu sebelum kakak sepupu aku sebab ada urusan di Melaka. Aku nak siapkan macam-macam.

Aku dan suami sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Lebuh raya yang lengang. Sebenarnya ikut jalan lain sebab jammed masa nak keluar mana entah. Kan esoknya Christmas.

Selamat sampai Melaka lebih kurang jam 7.00 malam. Nak masuk tol pun punya banyak kenderaan. Kita orang balik rumah dulu, kemudian aku bersiap-siap angkut barang ke rumah kakak sepupu aku. Macam biasalah, aku sibuk dengan barang candy booth. Begitulah ceritanya. Nanti bersambung lagi dengan entri majlis resepsi sebelah lelaki. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, February 7, 2017

Adakalanya Berdiam Lebih Baik

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Hujan di luar sana seiring dengan sendunya hati ini. Alahai, entah kenapalah sejak dua menjak ini hati cepat sangat nak terasa. Faktor umur gamaknya. Kelmarin terasa pasal benda lain, hari ini terasa hal lain pula. Abaikan sajalah. Malas nak fikir.

Kadang, kita perlu berdiam daripada menceritakan apa yang sebenarnya melanda diri. Kalau aku nak bercerita apa yang mengganggu jiwa, aku akan cari tempat meluah yang sebetulnya. Mengadu dengan manusia kita akan mendapat ketenangan sekejap. Lebih baik mengadu pada Allah. 

Apa yang aku belajar, aku sudah berjaya simpan sendiri dan selesaikan sendiri apa yang kadang mendatangkan masalah pada diri. Tidak lagi meluah pada sesiapa dan jika perlu barulah aku beritahu. Itu pun tidak semua. Kadang, manusia boleh mendengar tapi akan datang cerita itu dijadikan bahan pula. Aku tak suka bercerita dengan orang macam tu.

Bukan senang nak cari tempat meluah yang sebaik dan sebetulnya. Kadang ada yang tak ikhlas pun nak bantu kita. Alhamdulillah, aku ada seorang kawan. Masa tu aku baru cerita yang aku kesusahan hal kewangan. Adalah ceritanya masa itu bukan kata nak pinjam  duit tapi dia boleh mesej aku malamnya mahu membantu. Ada masa kita susah kan. Bukan sentiasanya kita senang.

Apa yang pernah terjadi pada aku dulu banyak mengajar aku. Menjadikan aku kuat dan matang. Kadangkala menyedarkan aku yang aku juga tidak sempurna. Bukan tahu menuding jari atau cepat bersangka buruk pada orang lain. 

Manusia ini macam-macam gayanya. Sama juga dengan aku. Kadang ok dan kadang tak ok. Itu aku lebih suka memilih untuk berdiam. Kadang terlebih cakap pun orang tak suka, terlebih diam pun salah juga. Tapi lebih baik diam daripada kata-kata kau tidak dihargai. Macam kau tak ada. Jalan yang ada lebih baik berdiam sahaja.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Malam Pernikahan Sufi Dan Anis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Selamat petang semua. Mencari mood sebenarnya. Semalam seharian tiada mood. Biasalah manusia, emosinya adakalanya tidak stabil. Lupakan apa yang membuatkan diri sendu. Marilah kita move on. Lupakan apa yang mengganggu jiwa. Semunya tidak berfaedah. Anggap saja itu semuanya sebagai dugaan.

Cerita ini berlaku bulan Disember. Penutup tahun lepas disudahi dengan perkahwinan anak buah aku yang kedua. Tahun lepas dua orang anak buah aku yang melangsungkan perkahwinan. Bulan September kakaknya, yang bulan Disember adiknya pula.

Majlis akad nikahnya pada 23 Disember 2016 bersamaan hari jumaat. Aku memang sudah mohon cuti. Pagi itu kebetulan aku ada tempahan candy booth di Ayer Molek. Sebelum bertolak ke Gombak, aku setup candy booth dulu di Ayer Molek. Lepas solat jumaat barulah kami bersiap dan bertolak ke Gombak.

Aku dan anak-anak dara. Anak adik aku ikut aku memandangkan adik aku tak ikut serta ke Gombak.

Guna wave seperti biasa kalau luar Melaka.

Dalam jam 7 malam kami tiba di homestay.

Selepas solat maghrib bersiap mahu ke masjid. Akad nikah selepas solat isyak.

Hantaran sebelah pihak lelaki.

Ammar dok mengendengn dengan Alfie, suami anak buah aku.

Hantaran sebelah perempuan.

Aku dan anak buah, Amyra Ariffin,

Akad nikah sedang berlangsung ketika ini. Cinta hati saya ada terselit dalam gambar ini.

Gambar ini dari telefon anak buah aku.

Inilah pengantinnya. Bukan main senyum anak buah aku.

Dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri.

Tahniah korang!

Ini pun pengantin jugak. Hahaha. Pengantin lama yang fefeling pengantin baru. Sebab semalamnya 23 Disember 2016 adalah ulangtahun perkahwinan kami. Selang sehari nanti sambut ulangtahun dengan anak buah aku.

Usai selesai nikah, kami ke rumah pengantin eprempuan yang tidak jauh dari masjid. Makanan aku hari itu.

Nayli dan Ammar,

Adriana dan anak buah aku Afiqah.

Amirah dan suaminya Alfie. Keluarga kita orang kebanyakkan nama mula pangkal A.

Akhir sekali Adibah dan Afiqah. Tema malam itu belah kita orang pakai warna kelabu. Memang sendu-sendu saja sebab malam itu masa majlis akad nikah hujan renyai-renyai. itulah kisah malam pernikahan anak buah aku Sufi dan Anis. Bersambung dengan cerita esoknya di majlis resepsi belah perempuan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim