Thursday, February 16, 2017

Jangan Cepat Buat Andaian

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai.

Selamat petang semua. Alhamdulillah. Semalam, seperti yang dirancangkan aku dapat lakukan aktiviti bersama anak-anak usai solat maghrib. Semoga aku terus istiqomah untuk meneruskan aktiviti itu. Walaupun agak haru sebab aku sorang-sorang yang handle budak berdua itu tapi bolehlah. Sampai rumah aje semalam, aku terus suruh anak-anak bersiap untuk solat maghrib bersama. Seronok.

Untuk entri kali ini berkenaan hal membuat andaian. Biasalah kita manusia, sering saja cepat membuat andaian dan persepsi terhadap seseorang. Kadang tak kenal pun dengan orang tu tapi boleh mengandaikan yang bukan-bukan. Terus sahaja membuat andaian yang negatif.

Bukan tidak boleh berfikiran negatif tapi tengok keadaan. Kalau setiap masanya asyik bersangka buruk terhadap seseorang, susahlah hidup. Nanti semuanya tidak kena.

Aku dulu pernah lalui situasi yang mendorong hati aku untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap seseorang. Kisahnya aku senyum dengan seseorang sewaktu terserempak dengannya tetapi senyuman aku itu tidak berbalas. Mulalah timbul persepsi dalam diri yang 'orang itu' sombong, berlagak dan sewaktu dengannya.

Tapi nak dijadikan cerita, ada satu hari aku kena berurusan dengan 'orang itu'. Rupanya sangkaan aku meleset. Mudah sangat melatah dan buat andaian yang bukan-bukan. 'Orang itu' peramah saja bila kita sudah kenal dia. Siap boleh ketawa dan sudah senyum dengan aku bila terserempak. Sebenarnya begitulah peel kita kan. Biasa sangat buat andaian yang bukan-bukan. Semoga Allah ampunkan aku. Kena berhati-hati selepas ini agar jangan terlalu cepat membuat andaian pada orang lain.

Ada orang mungkin tidak reti untuk memulakan. Macam kita mungkin. Kita senyum ke dengan orang? Untuk diri aku, orang yang belum kenal dengan aku akan cakap aku sombonglah, kereklah. Pernah. Ada pengakuan yang aku pernah dengar. Macam mana kita letakkan persepsi pada orang, macam itu jugaklah orang letakkan persepsi terhadap kita. 

Aku pernah terbaca kata-kata seseorang di laman muka buku.

Usah ambil peduli dengan perkara-perkara negatif. Fokus hanya pada perkara positif. Sentiasa memaafkan dan melupakan, walaupun ia sangat pahit untuk ditelan. Hargai orang yang sentiasa  menghargai kita. Sayangilah orang yang sayang pada kita. Sentiasa bersyukur dalam nikmat yang diberikan. 

Hidup ini singkat. Tidak perlu ambil kisah dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada diri kita. Dosa pun akan berkurang. Kita manusia, bukan sempurna. Dia tak betul, kita betul sangat ke? Moga kita diberi ruang dan peluang untuk baiki diri sendiri, kan. Untuk saling maaf dan memaafkan. 

Terbaca tulisan Encik Matt dari laman muka bukunya.

Tuan puan, maafkan seseorang yang pernah khianati kita asbab kebahagiaan kita akan datang, walaupun terpaksa berpisah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Kakcik Seroja said...

Tiada manusia yang sempurna, tapi ia bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan...