Pages

Wednesday, April 26, 2017

Menyertai Perlawanan Bowling JKMN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Menyusul lagi dengan entri pagi ini. Aku sudah taip siap-siap malam tadi. Terajin selepas aku pruf read cerpen aku sendiri yang dihantar oleh editor. Berpinar mata menyemak segala ejaan dan bermacam-macam lagi.

Berbalik kepada tajuk, 30 Mac 2017 yang lepas, julung kalinya selama sebelas tahun aku di JKMN Melaka aku ikut serta acara sukan yang dianjurkan. Nasiblah cuaca tidak menunjukkan tanda-tanda mahu hujan. Sampaikan ada orang yang menegur.

"Eh, akak masuk?"

"Eh, inilah pertama kali nampak akak bersukan."

"Orang macam tak percaya aje Kak Fyda nak main bowling."

Sadis bunyinya. Hahaha.

Bukan apa, dulu aku ni sekolah tak campur. Kalau bersukan pun memang dengan kaum sejenis aje. Jadi perangai tu terbiasa bawak sampai ke tua. Kes aku ikut serta sukan kali ini, bila urusetia kata tak campur laki pompuan. Kali ini asing.

Aku dengar dah tentu-tentu suka. Jadi aku terus setuju nak ikut serta. Itu aje pun ceritanya. Minat itu ada cuma keadaannya tak mengizinkan. Sejenis perangai aku. Nak buat macam mana.

Gigih bertiga. Ini antaranya muka-muka yang tak pernah join. Jadi semangatnya lain macam.

Menunggu masa nak menghempas lantai. Kahhh...

Entah ke manalah hala tuju bola yang dibaling. Jalan lurus atau pun tersasar.

Antara wanita-wanita dari Ibu Pejabat JKMN,

Ready!

Kita orang ni lebih bergambar sebenarnya.

Swafoto beramai-ramai.

Kami lagi.

Bersusun bola.

Lagi bergambar.

Baling jangan tak baling. Macam nak pecah lantai masing-masing membaling.

Inilah markah orang yang tak pernah main. Normal lah tu.

Sebelum pulang, haruslah bergambar lagi. Lepas ni, entah berpeluang lagi ke tidak. Ini semua akan menjadi kenangan.

Sekian dulu entri untuk pagi ini. Bersambung lagi dengan entri yang lain. Hati aku tidak sabar menunggu kelahiran buku Antologi Tribunal Cinta. Nanti aku kongsikan lagi ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, April 25, 2017

Mencari Jalan Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam. Malam ini baru berkesempatan mahu mencoretkan sesuatu di sini setelah beberapa hari sibuk dengan bermacam urusan. Menguruskan anak-anak, menguruskan suami. Eh..Akhir sekali menguruskan diri sendiri. Begitulah rutin harian aku. Harian, mingguan dan bulanan. Begitulah.

Semalam, suami kena pulang awal ke daerahnya. Sepatutnya semalam dia masih bercuti. Bila dapat tahu dia kena balik, aku mulalah seperti patah hati. Hahaha. Dah hadap bertahun pun masih berpatah hati kalau situasi begini dilalui.

Mana tidaknya, kita dah set dalam kepala yang suami ada. Cuti. Boleh jenjalan. Tiba-tiba kena panggil balik. Ko rasa?Gitulah. Kadang pujuk hati. Okay, laki tak ada. Aku boleh menulis. Aku boleh bergolek. Aku boleh tengok drama. Haha.

Bukanlah dia ada, aku tak boleh buat semua itu. Tapi serba-salahlah. Kalau buat pun tengok masa dan keadaan. Macam itulah. Jadi semalam, memujuk hati dengan membawa anak-anak keluar. Aku malas nak masak. Angan-angan yang berjela setinggi lelayang di langit lepas tiba-tiba putus dijerkah dek angin lintang. Hah, gitu.

Aku dan anak-anak ke AEON Bandaraya. Orang Melaka tau lah mana lokasinya. Memang ke sana untuk mengisi perut sahaja. Nak bershopping, belum gaji. Jadi sedang eloklah, kita makan saja. Jangan lebih-lebih dari itu. Mengundang sakit namanya.

Makan kat food court aje.

Sepupu yang bila waktu baik, kau boleh share nasi sepinggan dan suap-menyuap. Cuba bila gaduh, kau jangan bagi muka kau lalu depan aku. Begitulah bayangannya. Hehe..

Aku makan wan tan kering.

ABC ini sangat sedap.

Nayli, anak buah aku. Memang mengikut aje mana aku nak jalan.

Kemudian anak-anak memujuk nak main di sini.

Layankan ajelah.

Janji lepaskan kejap. Puaslah hati dia orang, Maknya beridiri di suatu sudut sebab kerusi semuanya penuh. Semalam kan hari cuti, memang penuh manusia di mana-mana. Demi anak-anak, maknya berlenguh kaki berdiri. Hahaha.

Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Nanti menyusul entri short vacation atau dalam erti kata lain family day di A Famosa. Menyusul nanti ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, April 21, 2017

Coretan Petang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang semua. Menunggu masa pulang sebenarnya. Hati sudah tidak sabar-sabar mahu pulang. Ada kerjaan yang menunggu. Itu yang perasaan begitu meresap dalam diri.

Esok ada short vacation ke A Famosa. Tidur semalam di sana. Ada family gathering sebelah asben. Ada game. Ada bbq. Ada surprise. Game yang simple untuk budak lapan orang. Jadilah happykan budak-budak tu.

Mak apak jadi penganjur. Mak apak jadi sponsor. Gitu kekdahnya. Apa yang penting semua orang happy. Aku handle dengan biras-biras. Gitulah.

Ini antara hadiah untuk salah satu game.

Ini pula barang-barang untuk acara misteri. 

Itu sahaja entri ringkas untuk petang ini. Nanti aku kongsikan cerita hari kehadiannya pula. Tunggu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, April 19, 2017

Drama Cik Serba Tahu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari. Entri kedua untuk hari ini. Nak kongsikan drama yang tersenarai menjadi tontonan aku. Entah macam mana terjebak. Sebenarnya aku tak mengikut pun drama ini di televisyen. Selalu aku menonton online. Jadi aku layari laman web myflm4u. Situ memang banyak drama. Kalau aku terlepas episod, memang aku tengok kat sana aje.

Drama Cik Serba Tahu, lakonan Remy Ishak dan Sariyanti. Sekali tengok terus tersuka tanpa sengaja. Jalan ceritanya kelakar ditambah babak-babak manis. Tak sangka Remy Ishak boleh membawa watak begitu. Kelakar. Sesekali gelak sendiri. Bila babak Carl (Remy) mengurat Aerna (Sariyanti) memang tersenyum-senyum.

Gabungan mantap hero dan heroinnya.

Part ini antara yang aku tersenyum sendiri bila Aerna nak ucap 'I love you' pada Carl. Kemudian ditambah aksi sengal si hero. Terhiburlah juga melihat wataknya begitu.

Minggu ini minggu akhir drama ini. Bermakna hari khamis episod akhir. Tak sabar nak tahu endingnya. Aku kalau dah terjebak dengan drama susah nak move on. Nanti teringat-ingat. Haha. Sejenis perangai yang susah nak hadam. Selamat menontonlah pada sesiapa yang mengikut drama ini. Kalau nak menontonnya boleh tonton online di myflm4u. Mungkin kalian juga terhibur seperti aku.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Menanti Kemunculan Tribunal Cinta

Assalamualaikum dan salam sehati. Bismillah.

Selamat pagi semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. Alhamdulillah, urusan aku pagi ini berjalan lancar. Keluar rumah jam 6.40 pagi. Sampai sekolah jam 7.00 pagi. Dak Kakak sarapan dalam kereta. Kasihan. Tapi terpaksalah lalui situasi macam ini. Harap anak-anak faham. Semua mengejar masa. Nak sampai sekolah cepat, nak sampai office cepat.

Pagi ini, Dak Adik moodnya baik. Dah dua hari dia baik saja. Kalau tidak asyiklah menangis bila masuk kelas. Mama pun jadi serabut. Dua hari ini dia ceria, mama pun ceria. Alhamdulillah.

Kembali pada tajuk. Antologi pertama aku yang dalam proses untuk diterbitkan. Hati sudah berbunga. Tidak sabar sebenarnya. Maklumlah, pertama kali. Terujanya lain macam. Alhamdulillah, diberi peluang untuk meluaskan pengalaman menulis. 

Inilah team Tribunal Cinta yang membariskan serai 18 orang penulis. Semuanya sudah berpengalaman. Hanya aku sorang yang baharu. Tidak sangka diberi peluang dan ruang untuk bersama antologi ini. Terharu. Sob sob sob...

InsyaAllah, bila buku ini sudah diterbitkan aku akan beritahu. Sekarang dalam proses oleh penerbit. Hanya menunggu aje. Dalam antologi ini, masing-masing menghadilkan sebuah cerpen dan juga sajak.

Karya aku, cerpen bertajuk 'Bayangan Cinta' dan sajak bertajuk 'Luahan Cinta'. Semoga dipermudahkan ilham yang dipinjamkan olehNya. Ini adalah cerpen kedua yang terbit selepas cerpen 'Setulus Kasih' yang keluar di Majalah Mingguan Wanita.

Ini sahaja perkongsian untuk pagi ini. Aku cuma mahu berkongsi berita gembira ini dengan sesiapa yang singgah di blog ini. Doakan agar aku akan menyusul dengan nukilan yang lain. Inilah namanya minat yang terlewat. Hehehe...

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, April 18, 2017

Melayan Drama Melayu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat malam. Muncul dengan entri kedua hari ini. Terajin dan ada idea nak menulisnya. Ada baca komen-komen pembaca. Maaf, tak sempat nak reply. Sempat blogwalking pada kawan-kawan yang tinggalkan komen. Terima kasih sudi tinggal komen dan sudi singgah blog aku ini. Jangan berkecil hati ye kalau aku tak sempat nak reply komen kalian.

Aktiviti aku selain menulis adalah melayan drama. Iye, aku peminat tegar drama melayu. Tapi bergantung jugak. Aku akan layan drama kalau hero atau heroinnya pelakon kegemaran aku. Memang aku akan ikutlah drama tu.

Sesekali melayan drama seronok jugak. Mana yang boleh dijadikan pengajaran kita ambil. Yang tak boleh tu kita tolak tepi. Lagi pun ini hiburan aku di rumah bila sudah kepenatan menguruskan rutin harian. Hiburan di rumah aje.

Aku minat pelakon ini sejak dia berlakon drama Abang Bomba, I Love You! Tapi aku selalu tersebut nama dia Hashim. Kawan aku pesan Hashim tu pakcik yang amik anak kau sekolah. Nama dia Hisham. Baiklah. Sejak tu aku terus ingat. Hahaha...

Drama Cupid. Aku suka hero dan heroin. Tapi aku tak suka endingnya. Kemurungan aku kejap lepas habis menonton drama ini. Kalau nak tahu sebab apa aku kemurungan pergi tengok. Kesian.

Telemovie Jula Juli Bintang Cinta. Aku tengok sebab Mira Filzah. Zizan pun bolehlah aku minat jugak.

Endingnya biasalah mesti happy ending. Itu biasalah. Telemovie ini buatkan aku terhibur. orang lain aku tak tahulah. Lain orang lain pandangannya. Kadang selalu orang kutuk drama melayu. Kita pun orang melayu jugak bukan. Itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Program Merentas Desa

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang semua. Baru berkesempatan untuk menulis di sini. Sekarang, tak boleh nak tulis blog ini hari-hari. Sibuk dengan rutin hakiki. Maklumlah ibu tinggal. Urus anak-anak pagi petang siang malam.

Bila datang gian menulis dan rindu nak menulis di sini, aku gigihlah taip guna handphone. Tapi feelnya tak sama dengan taip guna komputer. Kalau terpaksa aku buat jugak. Asalkan lepaskan gian.

Entri ini cerita lama. Cerita sebulan lepas. Biasalah cerita yang berlapuk tapi tetap nak cerita jugak. Sekadar untuk kenangan sendiri. Pada 16.03.2017 lepas, Dak Kakak ada program merentas desa di sekolah. Masa darjah satu dan dua, aku memang tak benarkan dia ikut serta. Ayat klise mak dia "Nana kecik lagi. Nanti darjah 3 baru boleh. Dah besar sikit."

Jadi tempoh hari sewaktu dia tunjukkan surat sambil menuntut janji.

"Nana nak masuk. Dulu mama kata darjah 3 boleh masuk."

Baiklah. Mama pun turunkan tandatangan tanda membenarkan dia turut serta. Tapi aku tak biarkan dia sendiri. Hati mak risau memanjang. Programnya petang. Mamanya ambil halfday dan terus terjah sekolah dengan Ammar.

Para pelajar berkumpul di dewan. Mama dan Dak Adik bergentayangan ke sana ke mari.

Nana dan kawan baiknya, Damia.

Dak adik pun nak tengok kakaknya.

Berialah kau kan. Mama tengok kau kerempeng nau. Tengok kawan kau tu. Orang tengok anak mama nanti orang kata mama tak bagi makan. Haha...

Semua sudah bersiap sedia.

Siap siaga anak-anak semuanya.

Ini peserta yang pertama sampai ke garisan penamat. Aku dan Ammar berpeluh menunggu Dak Kakak tak sampai-sampai. Rupanya dia berjalan bersantai dengan groupnya. Ammar kata "Kak lambat macam kura-kura." Nanti mama nak tengok kau masuk pulak. Jangan kau suruh mama lari sekali. 

Penyampaian hadiah.

Balik singgah Aeon. Masing-masing kelaparan. Makan nasi ayam.

Cik kak ni pun kelaparan. Makan kau bagi gemok sikit badan tu.

Dak Adik kalau makan memang khusyuk. Begitulah ceritanya. Anak nak pi merentas desa, mamanya risau. Sang suami hanya dapat tengok gambar melalui aplikasi whatsapp aje. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Sunday, April 16, 2017

Perjalanan Ke Terengganu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang semua. Entri ini ditaip sambil memasak tadi. Tadi aku upload gambar-gambar yang ada dulu. Saje tadi sambil nak tunggu sambal masak. Kalau minggu lepas, waktu-waktu begini aku sudah selamat tiba di Melaka.

Minggu lepas kami ke Terengganu. Perjalanan jauh tapi singkat. Bukan atas tiket bercuti pun sebenarnya. Mahu menziarah saudara suami. Kami bertolak jam 2.30 pagi sabtu.

Jam 7.00 pagi sudah ada di Lebuh Raya Pantai Timur. Kami masuk Terengganu lebih kurang jam 8.00 pagi.

Lengang saja jalannya.

Sarapan dulu.

Mak mertua aku aje yang ikut.

Swafoto bersama anak-anak. Kemudian terus ke rumah saudara. Nama tempatnya aku sudah lupa. Sampai aje kami merehatkan diri. Suami dan maknya ke kubur ziarah kubur tok wan. Aku duduk di rumah saja bersama anak-anak.

Tengaharinya kami di suruh makan.

Suasana rumahnya.

Masa ni selepas Zohor. Kami sudah bersiap-siap mahu pulang.

Singgah dulu beli keropok lekor.

Main terjah aje ikut waze.

Nak beli keropok aje pun sibuk berkasut bagai.

Haruslah memborong.

Kemudian ke Pasar Payang.

Singgah Pantai Batu Burok.

Anak-anak kutip kulit kerang.

Singgah makan sini sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Cendol yang memang lazatlah.

Laksanya pun sedap. Memang terbaik dan puas hati. Usai makan, meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Banyak kali juga berhenti sebab suami mengantuk. Selamat sampai Melaka jam 4.30 pagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim