Wednesday, May 3, 2017

Hari-hari Yang Perlu Kuat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam. Baru dapat menitipkan sesuatu di blog kesayangan. Hari ini walaupun emergency leave sebab anak yang sulung demam, namun tetap tidak sempat untuk menulis. Anak tidur, maknya pun tidur. Nikmat sekali. Bangun tengahari, siap-siap beli makanan aje. Sebenarnya dari jumaat lepas badan sudah terasa mahu demam. Tapi aku tahan-tahan juga sebab hinggu minggu banyak sangat program yang menanti. Selsema. Tekak sudah terasa sakit.

Aku jenis tak telan panadol. Nak tak nak terpaksalah aku telan ubat. Tak mahu melarat. Semalam, pagi sudah berdenyut kepala. Tapi gagahkan juga diri ke kerja. Duduk rumah lagi serabut. Hantar anak-anak macam biasa kemudian aku berdesup ke kerja. Sebelah tengahari, Adriana call. Kata tak sihat. Aku kata cakap dengan cikgu. Aku beranggapan dia masih boleh bertahan. Sebab semalam aku tengah banyak kerja sangat. Biasalah, macam itulah kalau waktu hari bekerja kaulah emak, kaulah bapak. Memang semua atas bahu sendiri.

Sudah biasa sebenarnya walaupun adakalanya dalam hati merintih. Tapi selalu aku pegang kata seseorang.

'Kita sedang dalam dewan periksa. Semoga kita akan dapat markah yang best nanti.'

Ayatnya penuh kata-kata tersirat. Jadi bila datang hati mahu merungut, aku sebolehnya mahu menepis, Tepis selagi boleh. Itulah saja yang boleh jadikan diri ini kuat untuk memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas.

Ini bukan merungut. Bukan juga hal tidak bersyukur. Lumrah kehidupan yang kita kena lalui juga. Biasalah manusia. Adakalanya hati sering tersasar. Kadang perlu meluah. Tak meluah pun susah juga nanti. Kata orang jangan memendam rasa.

Jadi, hari ini aku dan anak-anak cuti berjemaah. Ammar, aku kejutkan pagi tadi. Bila dia tahu kakak tak sekolah, jangan haraplah dia nak ke sekolah. Menjelang tengahari tengok Adriana beransur sihat, badan pun tak panas, aku hantar dia ke tuisyen. Terpaksa sebab peperiksaan pertengahan tahun semakin dekat. Dia pula sekolah cina. Jadi dia kena struggle kat sini. Bukan dia saja struggle, maknya pun kena struggle jugak.

Bila anak-anak tak sihat, aku memang susah hati. Orang kata biarlah mak yang sakit, jangan anak. Tapi tadi terbaca status seseorang di muka buku. Bagi aku biarlah anak jangan tak sihat, mak pun jangan tak sihat. Susah.

Tapi kalau Allah dah bagi, kenalah reda.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: