Thursday, June 1, 2017

Jun Membuka Tirai

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sudah 6 Ramadhan. Hari ini kita sudah melangkah ke bulan baru. Jun sudah membuka tirainya. Bermakna kita sudah hampir setengah tahun berada di tahun 2017.  Selamat datang Jun. Jun ada kaitan dengan aku. Jun adalah bulan di mana aku akan meningkat usia. Semakin tua dan mungkin semakin matang. Aku akan sentiasa ingatkan diri ini sudah tua agar sentiasa sedar diri. Kalau sentiasa perasan muda, takut terlupa diri. Allahu.

Bila?

Esok aku akan genap usia 34 tahun. Semoga diri ini sentiasa diberi keberkatan hendaknya. Semoga sentiasa matang dalam menghadapi setiap urusan. Hari ini pula hari lahir mak long aku. Kakak mak aku. Mak long aku pun semakin uzur. Kemudian selepas ulangtahun kelahiran aku, akan menyusul ulangtahun kelahiran bonda mertua dan juga ayahanda aku.

Inilah mak long aku. Gambar ini diambil ketika kami menghadiri majlis persepsi cucunya di Bangi. Gambar tahun lepas. Rindu zaman sihatnya. Semasa sihat, mak long aku rajin masak. Dia memang pakar masak. Kalau kita orang buat kenduri tak pernah guna khidmat katering. Memang mak long dan mak aje yang masak. Dulu dia juga yang mengasuh aku zaman aku sekolah. Pernah sekali dia nak kejar aku dia terjatuh. Rindu sebenarnya. Semuanya dah tak sihat. 

Itu sahaja titipan pertama untuk bulan Jun ini. Semoga mak long sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Nanti menyusul entri yang lain pula. Petang ini cadangnya mahu renew lesen. Semangat nak tua. Haha. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: