Wednesday, June 21, 2017

Kunjungan Tetamu Berbuka Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sekali lagi muncul. Entri kedua untuk hari ini. Kemalasan melanda untuk menulis bulan puasa ini. Tapi aku paksakan jugak diri ini. Memandangkan semua sudah ada di draf, rasa sayang pula jika tidak dititipkan di sini.

Akan datang, entri-entri ini boleh dijadikan kenangan. Mana tahu boleh mengubat kerinduan dengan membaca entri-entri lama. Apa yang berlaku dulu belum tentu akak dapat diulang kembali. Bila ada gambar-gambar dalam blog bolehlah diimbas-imbas.

15 Ramadhan yang lalu, aku jemput mak, ayah, adik dan keluarga dia untuk berbuka di rumah. Hujung minggu saja yang boleh meluangkan masa bersama. Hari kerja masing-masing terikat dengan tugasan.

Menu hasil air tangan aku.

Asam pedas ikan pari.

Masak lemak daging salai.

Keluarga kecil aku. Aku dua beradik. Jadi taklah ramai. Nasib anak adik aku lebih satu daripada aku.

Makan di ruang tamu. Lebih selesa. Keriuhan budak-budak saja sudah cukup. Tunggu yang sorang tu besar sikit memang bertambah riuh.

Begitulah kisah Ramadhan aku. Aku harap agar diberi peluang untuk merasai Ramadhan lagi bersama mereka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Warisan Petani said...

Tentu seronok berbuka puasa bersam2 ahli keluarga.

adianiez AIDA said...

dekat2. best. boleh ajak adik-beradik makan sama.
aida ni sorang tercampak kat melaka.
so kalau adik-beradik nak berkumpul, aida yg kena naik KL.