Monday, June 5, 2017

Meraikan Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi pada semua yang singgah di blog ini. Selamat bekerja pada semua. Tak kiralah yang memang bergelar seorang pekerja ataupun yang menjadi surirumah. Walaupun surirumah, tetap juga bekerja. Kerja-kerja rumah tu lagi berat dari kerja yang betul-betul kerja. Kadangkala, orang yang kerja di pejabat dah balik rumah, orang yang kerja di rumah, kerjanya tak habis-habis.

Itu dialog mak aku.

Korang dah balik, kerja mak tak habis-habis.

Bila aku dah duduk rumah sendiri, barulah aku rasa. Memang betul pun kata-kata mak tu. Baiklah, kembali kepada tajuk. Panjang sangat mukadimahnya. Biasalah lupa diri. Jumaat lepas, gantung kuali. Dapur tidak beroperasi. Memandangkan ulangtahun kelahiran aku, jadi suami ajak makan luar. Suami tanya nak makan mana. Mana-mana pun boleh. Jadi sambut biasa-biasa aje. Dah tua tak payahlah beria nak sambutnya. Sekadar makan bersama keluarga tersayang. Itu sudah memadai.

Sudahnya kami memilih untuk berbuka di Old Town. Kami berbuka ringan-ringan di rumah dulu, usai solat barulah kami keluar. Jadi tidaklah bersesak dan kelam-kabut nak mengejar waktu bersolat maghrib.

Budak tu baru boleh bebas. Seminggu berkuarantin di rumah. Keterujaannya begitu sekali.

Mama dan anak-anak.

Papa ajak berswafoto.

Kami berempat. Berialah laki aku posing lagu tu.

Dua beranak berswafoto.

Bergambar seorang diri.

Mama dan anak-anak.

Ini menu aku. Entah apa namanya. Lupa dah.

Menu ni untuk Ammar. Perut dia mesti makan nasi.

Menu untuk papa.

Ini pula menu untuk Adriana. Dia tu memang susah sikit bila makan. Memilih. Jadi set begini memang pilihannya. Itu sahaja cerita sempena hari lahir aku yang ke tiga puluh empat tahun. Semoga diberikan kesihatan yang baik pada diri ini hendaknya supaya aku dapat menjaga keluarga aku dan membesarkan anak-anak. Amin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: