Tuesday, June 13, 2017

Selamat Datang Ke Kuantan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai Semua.
Selamat petang. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Sempena bulan Ramadhan ini, mari aku kongsikan kisah lain pula. Asyik kisah masak-masak dan makan-makan aje. Mari kita keluar dari kotak. Manalah tahu akan datang ada yang mahu bercuti atau berjalan makan angin pada raya nanti. Bolehlah jadikan entri ini sebagai panduan.
Hari ini aku nak kongsikan berkenaan salah satu tempat menarik yang terdapat di Negeri Pahang. Mana lokasinya? Tempat yang dimaksudkan adalah Kuantan.
Sumber Google
Kuantan is the state capital of Pahang, Malaysia. It is near the mouth of the Kuantan River and faces the South China Sea. Kuantan is the ninth largest city in Malaysia”.
Aku baca ni bila aku google tempat-tempat menarik di Malaysia time aku tengah rehat-rehat di rumah di KL lepas buat kerja office yang banyak sampai aku kena bawa balik rumah untuk siapkan pulak kat rumah. Lepas tu aku berfikir tak boleh jadi ni, kalau aku pegi bercuti dengan kawan aku pun best gak ni.
Tanpa berlengah, aku pun offer a few member untuk bercuti di Kuantan, Pahang dan kawan aku yang boleh pegi 2 orang saja, jadi 3 oranglah termasuk aku. At first, dorang tanya apa yang best kat Kuantan walaupun dorang dah setuju nak pegi. Dorang ni main setuju aje baru tanya apa yang best, aku cakaplah kat Kuantan ada macam-macam tempat yang best, kalau bukan kat Kuantan pun, tempat-tempat yang luar Kuantan pun best jugak. Contohnya Sungai Lembing, situ boleh mandi dan boleh hiking di Bukit Panorama, Air Terjun Sungai Pandan, ada air terjun yang deras dan cantik.
Teluk Cempedak atau orang local sana panggil TC, tempat yang jadi tarikan pelancong asing bila datang ke Kuantan sebab TC terletak 5 kilometer timur dari pusat bandar di Kuantan dan terletak di kawasan kejiranan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai berpasir putih dan cemara dan pain yang indah pokok beratur pantai, dengan beberapa tanjung berbatu menghadapi gelombang berterusan Laut China Selatan. Semua ini digabungkan untuk menjadikan pantai yang tenang dan pada masa yang sama menarik. Bot-bot nelayan di laut boleh dilihat pada waktu siang dan pada waktu malam. Dia orang boleh pergi Cherating gak, berkunjung ke Tanjung Lumpur makan ikan bakar yang famous di Kuantan - ANA Ikan Bakar, kat situ kalau nak makan daging bakar yang best, memang ada kat sana, tempat tu nama MABIQ. Situ kalau waktu lunch, memang orang ramai dan orang pernah tersangkut jem kat situ sebab banyak kereta dok parking tepi jalan.
Selain dari tu, Kuantan mempunyai pusat bandar yang tak besar, orang boleh jalan kaki untuk pergi ke mana saja. Kuantan ada 2 mall besar – East Coast Mall, ECMand Berjaya Megamall. ECM ni mall yang ramai pelancong akan pegi sebab mall ni up to date, semua kedai-kedai berjenama ada di situ dan Megamall pulak orang pegi selalunya untuk main boling dan situ kalau nak beli komputer, ada macam-macam kedai komputer kat situ. Satu lagi tarikan pasal Kuantan ni pada waktu malam kat satu tempat ni orang local panggil tempat tu Benteng kalau orang luar panggl Taman Esplanade, sebab situ terdapat sungai besar yang puncanya dari air laut, orang pegi untuk menghirup udara laut pada waktu malam, ada orang memancing situ, jadi tempat tarikan remaja-remaja melepak dan ada feri yang akan bawa orang pusing-pusing pulau kat situ.
Di Kuantan juga ada satu restoran nama Kula Cake, yang famous gila dengan chesse cake mango, orang dari luar kalau pegi Kuantan, tak sah kalau tak pegi makan kat situ. Last yang aku cerita kat dorang, Kat Kuantan ada theme park iaitu Bukit Gambang Resort City. Ia adalah salah satu taman tema yang terbesar di Malaysia, seluas 547 ekar dan menawarkan tasik 17.1 ekar dan kolam gelombang 24,000 kaki persegi. Safari Park Gambang Bukit, safari terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Memang sungguh-sungguh aku dok cerita kat kawan-kawan aku ni dari A sampi ke Z pasal Kuantan ni. Dorang pun ada lagi cepat-cepat suruh aku cari dan book hotel untuk pegi sana.
Memandangkan kami ni kerja biasa-biasa aje, aku cari hotel yang kena dengan bajet kami, aku try to find list of cheap hotels at Kuantan dan dekat dengan TC. Once dah jumpa, terus book. The hotel is Hotel Sentral Kuantan. Aku usha harga bilik yang ditawarkan. Memang agak berpatutan dan dekat dengan pusat bandar dan aku juga dapat diskaun dari Traveloka sebab aku register kat website tu. Kami plan untuk bercuti 3 hari 2 malam di Kuantan jadi aku book hotel tu untuk 3 hari 2 malam. Malam sebelum bertolak tu, kami bertiga excited sangat-sangat, dah plan dah tempat mana nak pergi dulu dan kalau tak sempat nak cover Kuantan dalam masa 3 hari 2 malam tu, aku boleh plan sekali lagi. Kat Kuantan pun ada airport tapi mostly they serve domestic flights je, kalau sapa-sapa tak mau drive, boleh juga terus fly ke bandar tersebut.
Itu sahaja perkongsian ringkas untuk petang ini. Semoga memberi manfaat pada semua pembaca di blog ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

Warisan Petani said...

Jarang2 singgah kuantan.

Cik Rose said...

Tak pernah sampai lagi ke Kuantan... Pahang tu, pernah pergi Raub.. Kenduri officemate.. Tu pun dah lama. Tahun 2011...