Sunday, July 23, 2017

Blog Ruang Cerpenis Berkarya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Petang ini bersambung lagi dengan aktiviti menulis. Tadi dah selesai menulis artikel untuk majalah Zalora. Entri itu akan diterbitkan esok di Zcoop Malaysia. Boleh ke laman sesawang itu nanti untuk membaca artikel saya. Dah beberapa bulan ditinggalkan aktiviti menulis di sana disebabkan perubahan web. Saya jadi tidak reti dengan penggunaan laman web yang baru ditambahkan dengan tidak boleh log masuk membuatkan aktiviti menulis saya terbantut.

Tahun ini mahu aktif kembali. Momentum itu sudah ditonjolkan sejak awal tahun tempoh hari. Semoga dapat dikekalkan. Saya ni kena ikut mood. Orang kata menulis kena rajin. Ada masa bila rajin, ideanya pula tiada. Bila idea ada, rajinnya pula yang tiada.

Begitulah.

Melangkah setapak lagi, saya mengendalikan sebuah blog penulisan. Di belakang saya ada beberapa orang yang pakar dalam bidang ini. Blog tersebut mempelawa cerpenis untuk menghantar cerpen mereka bagi siaran di blog itu. Cerpen yang terpilih akan disiarkan cerpennya setiap hari jumaat. Dan berita baik, cerpen yang terpilih untuk bulanan, akan menerima saguhati daripada Geng TSJD.

Menarik bukan?

Jadi, untuk cerpenis atau sesiapa sahaja yang minat menulis, boleh cuba menghantar nukilan anda di emel yang tertera di blog itu. Sebagai sokongan anda semua, sudi kiranya mengikut blog tersebut. Sekadar menunjukkan tanda sokongan anda terhadap dunia penulisan.

Laman sesawangnya boleh klik di SINI. Segala jasa baik kalian, amatlah saya hargai. Boleh baca juga cerpen pilihan mingguan yang telah disiarkan jumaat lepas bertajuk Janji Lebaran. Selamat membaca dan teruskan menulis! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Cik Rose said...

Wah, tahniah ya kak untuk satu lagi pencapaian ni. Moga terus maju jaya! Ok, nak jengah blog sana tu sat. Hihi