Sunday, July 16, 2017

Sehari Sebelum Raya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Kembali dengan entri pertama hari ini. Gigih malam tadi telan latte farm fresh untuk mendapat kesegaran mata. Terpaksa telan sebab banyak benda yang menunggu untuk disiapkan. Blog ni memang banyak cerita-cerita tertangguh. Nak siapkan cerpen, mana mss yang tertangguh. Ah, banyak sekali perkara yang tertangguh. Kadang termengeluh. Bilalah semuanya dapat disiapkan. Kadang dah susun elok-elok satu-persatu benda yang mahu disiapkan. Tetapi adakalanya tersasar juga. Haha.

Manusia hanya mampu merancang. Kan? Begitulah juga perancangan yang kita buat kalau bukan izin daripadaNya, memang tak jadi. Cuma berdoa agar semuanya berjalan lancar walaupun ada masa-masanya stres sendiri sebab semua benda macam nak hadap.

Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, aku nak buka cerita sehari sebelum menyambut Syawal. Bila tangguh lagi lama, memang momentum untuk kau bercerita akan semakin mengendur. Perlahan-lahanlah kita mengarang ye.

Tahun ni, petang memantai, family aku ada kat rumah aku. Kiranya rumah mak aku tutup. Aku saja ajak mak ayah aku petang raya kat rumah aku untuk tukar angin. Rumah mak dengan rumah aku tidaklah jauh mana. Malam raya mak aku tidur rumah aku. Boleh pulak mak aku nangis masa balik rumah dia kejap ambil barang dan balik rumah aku semula. Katanya sedih sebab pertama kali beraya kat tempat lain.

Alahai mak. Macam jauh benarnya. Esoknya dah balik rumah dia. Mak ayah aku memang perangai datang rumah aku tak duduk lama. Datang kejap kemudian nak balik. Mak aku kira okeylah sebab nak jugak dia tidur semalam. Malam kedua memang dia mintak hantar balik rumah. Kalau ayah aku jangan haraplah. Kau pujuklah macam mana pun tak adalah dia naknya.

Pagi-pagi tu kita orang dah siapkan ketupat untuk direbus. Memang sibuk gila hari tu. Aku anak pompuan tunggal. Anak sulung. Jadi memang tugasan itu memberat.

Kata mak, aku kemas rumah tak habis-habis. Entah apa yang dikemas tak siap-siap. Haha. Siap keluar pergi Aeon beli aalas kaki dan bantal.

Petang pula, aku sambung masak kuah kacang.

 Kurma kambing.

 Rendang daging.

 Paru goreng. Sedap. Laki aku yang goreng. Garing.

 Bila berbuka puasa ramai-ramai, kenalah makan di bawah.

Keluarga sebelah aku kecil aje. Adik-beradik berdua aje.

Lepas dengan pengumuman raya, anak-anak bermain bunga api. Aku sambung buat kerja lagi. Ni pun gambar ni aje yang sempat diambil. Lainnya dah terlupa. Raya tahun ni tidaklah terasa huru-hara sangat sebab aku tidak terkejar ke sana-sini. Tahun lepas raya paling hectic. Mana yang paip bocor. Air tak ada. Masa tu tengah masak nasi tomato. Boleh bayangkan tahap kestresan aku? Hehe. Kenangan semuanya. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: