Friday, August 4, 2017

Di Sebalik Kesedihan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Lamanya tidak menitipkan kata-kata di sini. Laman sesawang yang menjadi sawang. Sibuk. Itu alasan biasa. Tersangatlah klise kan. Memang sibuk pun ditambah dengan mood yang kadang ada masa ko rasa mual nak tengok blog sendiri dan tetiba kepala pusing bila ko baru je mula menaip ayat 'assalamualaikum'.

Pening-pening lalat gitu. Berperangai sangat kan. Dari minggu lepas memang terpaksa gugurkan aktiviti menulis dalam senarai sebab beban dalam kepala sudah melebihi. Teruk sangat bunyinya. Tidak pun macam tu tapi aku cuma mahu aktiviti bersantai.

Mana yang dok kerisauan sebab menanti anak buah yang mahu bersalin. Bila kakak sepupu aku dok risau, aku pun turut jugak merasanya. Kata orang cubit peha kanan, peha kiri sama merasa. Dah keluar pulak pepatah. Memang mendebarkan. Seolah-olah diri sendiri yang berada dalam kamar bersalin.

Dalam pada sibuk menanti kelahiran, aku dikejutkan dengan kematian kucing aku. Dak Oyen mati pagi rabu. Bengkak-bengkak mata menangis bila nampak dia terdampar di tepi jalan. Sekitar jam 3 pahi, aku terjaga dari lena. Kedengaran anjing menyalak-yalak. Tak sedap hati sebenarnya. Kalau suami ada rumah memang aku kejutkan dia suruh tengok. Tapi apakah daya. Tambah tak sedap hati bila pagi aku bangun pintu papan dibuka. Selalunya Dak Oyen akan menjengah. Pagi itu, tiada. Dalam pada bersiap tertanya-tanya juga.

Sewaktu keluar rumah, dalam keadaam hujan masa itu, dari jauh kelihatan Dak Oyen sudah sebegini. Menangislah aku anak-beranak. Aku dan Dak Kakak je. Dak Adik tak berperasaan. Hihi. 

Hari yang sama jugak, anak buah aku selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi perempuan. Alhamdulillah. Secara rasminya aku bergelar nenek. Keterujaan kakak sepupu aku memang kedengaran sewaktu menelefon aku pagi itu. Aku  gembira dalam sedih.

Oyen, dalam kenangan. Sedih tetiba. Nanti aku sambung lagi kisah gembira aku lagi. Kali ini berkaitan penulisan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

Kakcik Seroja said...

Kesiannya Oyen...mati terdampar dalam kedinginan :(

Warisan Petani said...

Sedihnya bila kucing kesayangan mati tragis macam tu.

Cik Rose said...

Sedihnya tengok keadaan Oyen macam tu..