Pages

Tentang Blog

Untuk sesiapa yang pertama kali melawati blog aku, inilah pengenalannya untuk korang tahu mengenai aku dan juga blog ini.  Siapa ko nak orang tahu pasal ko?Retis ke?Tidakler gitu.  Ini hanya pengenalan pada yang terblogwalking ke sini dan juga pada kengkawan aku yang sudah sedia ada mengenali diri aku ini.  Itu jea pun.  Tidak ada paksaan untuk membaca.  Kalau tidak berminat boleh pangkah jea.  Pada yang suka jejak ke sini, terjejak ke, tersalah jejak ke, apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Datang ke blog ini.  Welcome to my blog. 

Oklah, mari aku mulakan cerita mengenai latar belakang blog ini.  Blog ini mengisahkan tentang kehidupan aku, suami dan anak-anak.  Blog ini tercipta selepas kelahiran anak aku yang sulung.  Selain asben aku, anak sulung aku yang menjadi sumber inspirasi kepada aku untuk menulis blog ini kerana aku banyak menceritakan kisahnya  Juga tidak ketinggalan akan terselit cerita mengenai keluarga untuk kedua-dua belah pihak.  Hehehe..Baru adil kan?Kalau tak adil nanti ada yang nyanyi lagu ini tidak adil, tidak adil bagi ku.  Ala-ala Yuna kononnya.  Blog ini banyak menceritakan mengenai kisah manis, pahit, dan segalanya dalam kehidupan kita orang.  Untuk apa cerita di public?Aku nak jadikan blog ini sebagai e-diary aku.  Bukan nak show off dan tidak ada apa yang menarik pun untuk aku show off kan di sini.  Blog ini hanya menjadi medium perantara untuk aku berkongsi terutamanya dengan kawan-kawan aku yang dok jauh dan jarang sekali boleh berjumpa.  Boleh tahu perkembangan aku, makin kembang ke tidak.  Hehehe.  Boleh tahu anak aku dah berapa orang.  Tak gitu.  Itu saje.  Tak payah nak berhubung selalu boleh keep in touch melalui blog apa.  Kadang tetibe jea kawan aku mesej 'Ko beli kain tue kat kedai mana?'  Ini contoh soalan.  Secara tak langsung kita berkongsi juga.

Dulu aku suka baca blog orang.  Sekarang aku sendiri suka menulis blog.  Gila ko suka baca blog ko sendiri?Hehehe..Dengan adanya blog perkara semakin mudah.  Tak payah aku nak jawab banyak soalan.  Kadang jawapan aku tengok blog aku.  Aku ada post entry kat blog.  Hehehe.  Dasar pemalas.

Oklah berbalik kepada nama blog ini.  Nama blog ini tercipta daripada nama suami, aku dan juga adriana.  Aku gabungkan nama kami bertiga.  Pada mulanya tak ada idea nak letak nama apa dan akhirnya inilah nama yang aku pilih iaitu apen-idariana.blogspot.com.

Nama apen tue nama samaran laki aku.  Aku pun tak tahu macam mana wujudnya nama apen tue sebab memang dari dulu lagi sebelum kenal kawan-kawan dia memang dah panggil Apen.  Laki aku pun guna nama Little Apen kat fb dia.  Dulu bolehler panggil little, sekarang aku tak nampak pun dia kat mana yang little.

So secara kesimpulannya, terima kasih kepada yang selalu singgah membaca di blog aku ini.  Kepada yang pertama kali singgah bolehlah teruskan membaca jikalau suka dengan blog ini.  Tak suka tak apa.  Non ado paksaan.  Itu saja coretan daripada aku tentang blog aku ini.  Selamat membaca!!Hope u all enjoy reading my blog.  Kalau ada salah silap dari segi penulisan dan penyampaian, aku mintak maaf sangat-sangat.  Aku jugak manusia yang tak lari daripada kesilapan.  Peace yooo!!!!:D


Daisypath Friendship tickers

No comments: