Pages

About The Author

Assalamualaikum dan Hai.

Saya Alfidah Adim. Berasal dari Melaka. Boleh panggil saya Fyda Adim. Nama ini memang saya gunakan dalam media sosial saya. Kalau waktu sekolah dulu, kebanyakkan kawan-kawan panggil saya dengan nama AL. Saya seorang mak kepada dua cahayamata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Isteri kepada seorang abang kastam yang nama gelarannya Little Apen. Nama blog ini pun diambil dari nama dia juga.

Saya seorang Pembantu Tadbir dan juga peniaga online di sini. Sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Dan saya sekarang adalah penulis di Zalora Online Magazine di sini. Saya ada juga menulis di Ilham Karangkraf di sini atas nama Ida Riana.

Pencinta warna pink. Dulunya peminat tegar pada Siti nurhaliza, sekarang dah kurang dan minat Nawa Latif. Boleh gitu? Blog ini adalah sebagai medium saya untuk terus menulis apa sahaja yang saya sukakan. Blog ini lebih menceritakan perihal diri sendiri, tentang keluarga dan tentang apa juga keadaan sekeliling. Saya akan terus menulis kerana saya sukakannya.

Impian dan harapan saya, agar saya tidak berhenti menulis dan terus menulis dan mengejar impian saya. Kepada para pembaca, terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan ada juga yang sudi menjadi kawan saya.

Saya suka berada di sini dan harap anda semua begitu juga kerana inilah dunia saya,

Selamat membaca. Bye dan jumpa lagi!

Fyda Adim

Emel : alfidah83@gmail.com

FB : Fyda Adim



No comments: